Dendam Adam. Satu-persatu video iklan serta filem pendek Raya 2018 mula muncul dan menjadi trending. Terbaru adalah sebuah iklan Raya 2018 daripada Kentucky Fried Chicken (KFC). Ia berkisah tentang dendam seorang adik bernama Adam terhadap abangnya, gara-gara rasa kesukaan terhadap seorang gadis di sekolah.

Agak menarik juga iklan hari raya daripada KFC ni. Malah, saya boleh katakan kehebatan ayam goreng dalam masyarakat Malaysia memang ada keajaiban sendiri untuk menyatukan orang. Saya berani kata begini sebab saya nampak dan alami sendiri.

Dendam Adam - Sebuah TVC Raya 2018 dari KFC

Dendam Adam - Sebuah TVC Raya 2018 dari KFC
Video iklan raya 2018 daripada KFC ini agak menarik untuk saya kongsikan di blog kerana saya berjaya ditipu hidup-hidup di awal kisah Dendam Adam ini.

Sesuatu yang sama sekali saya tak jangka.

Dendam Adam dah lama. Segalanya berlaku ketika di sekolah. Adam rasa dimalukan oleh abangnya gara-gara satu buku yang terkandung luahan rasa suka terhadap seorang gadis di sekolah.
Dendam Adam - Sebuah TVC Raya 2018 dari KFC


Sejak dari peristiwa itu, Adam tak pernah memaafkan abangnya walaupun sudah beberapa tahun menyambut hari raya Aidilfitri bersama. Adam tak pernah lupa.

Dan Adam juga tidak pernah lupa bahawa setiap kali bertemu, abangnya akan berusaha untuk memohon maaf atas kesilapan itu. Tapi Adam tak pernah nak terima ... Dendam Adam kekal ada.

Apa jadi seterusnya kepada Adam dan abangnya?

Iklan Raya 2018 - Dendam Adam dari KFC Malaysia



Anda terkena macam saya tak? Saya ingatkan Adam ni budak kecik .. rupanya ... :) Hmm hebatkan bagaimana seketul ayam goreng itu boleh menjadi penghubung dalam diam, eratkan kembali silaturrahim antara dua beradik dan sedara. Ya, itulah magis pada makanan yang telah menjadi sebahagian dari kehidupan kita.

Syabas KFC dengan iklan Raya 2018 ini.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement