Cara Masak Pengat Labu Sempoi Untuk Berbuka

Tercari menu makanan sempoi yang sedap sebagai pencuci mulut untuk berbuka puasa ke tu? Apakata anda cuba masak Pengat Labu. Aha .. menu tradisional ini memang best dijamu ketika berbuka puasa dan juga selepas sholat terawih untuk moreh.

Resepi nak buat Pengat Labu sangat simple, in Sha Allah .. anda boleh buat sendiri dengan hanya ikuti resepi yang saya kongsikan di bawah ini.

Menu Pengat Labu Sempoi Untuk Berbuka Puasa

Resepi sempoi Pengat Labu, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Ok, nak tahu resepi Pengat Labu? Nak masak pengat ni untuk berbuka puasa kejap lagi? Meh meh .. ikut je panduan di bawah untuk masak pengat yang sedap ..nyumm nyummm .... sempoi weih.

Bahan-Bahan

  • separuh biji buah labu kuning (dipotong dadu)
  • 1-2 biji gula melaka (saiz sederhana) atau gula kabung
  • 1 cawan santan
  • segenggam sagu (pilihan)
  • sedikit air
  • 2 helai daun pandan

Cara Penyediaan

  1. Masukkan labu, daun pandan di dalam periuk dan masukkan air hingga boleh menenggelamkan labu yang telah dipotong.
  2. Biarkan ia mendidih sehingga labu empuk. Tambahkan sagu jika mahu.
  3. Bila labu dah lembut (lebih kurang 20-30minit), masukkan santan dan gula melaka/kabung. 
  4. Kacau dan biarkan sehingga gula betul-betul cair.
  5. Jika ada masukkan sagu, kena pastikan sagu telah benar-benar kembang. Kalau tak ada masukkan sagu, abaikan langkah ni.
  6. Siap dah. Hidangkan ketika panas atau sejuk.
Cara Masak Pengat Labu Sempoi Untuk Berbuka


Amacam? Cukup mudah kan? Memang sempoi la Pengat Labu untuk berbuka puasa. Tak payah nak ke Bazar Ramadan cari kuih muih, sebab anda boleh masak sendiri satu hidangan dessert yang sedap di rumah.

Post a Comment

7 Comments

  1. sedap... awal2 puasa hband saya duk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh alhamdulillah, ada suami yang sudi nak buatkan. Terbaiklah.

      Delete
  2. sedapnyaaa.. dulu selalu mak masakkan juadah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm sedap dan manis. Labu kan ke lemak2 gitu .. memang menyelerakan la.

      Delete
  3. setakat ni aida dok buat pengat pisang ajer.
    pengat labu sempoi HH ni nampak menarik sgt :)

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.