Cara Nak Pastikan Biskut Tidak Mudah Jadi Lemau. Ada yang dah mula membuat biskut raya ke? Awal-awal buat biskut raya ni bagus juga .. sebab nanti, di akhir ramadan boleh tumpukan untuk beribadah dan mencari malam 1000 bulan. Cuma kadangkala bila dah buat biskut awal-awal ni, kita risau ia akan jadi lemau. Bila lemau, tak sedaplah nak jamu pada tetamu di hari raya, ye tak?

Kita mesti tak mahu buat biskut tapi nanti dah jadi lemau sebelum raya. Ini memang mengecewakan. Jadi untuk mengelak biskut yang anda hasilkan dengan susah payah itu lemau malah kekal rangup kita mungkin boleh ikuti tip-tip di bawah ini.

7 Tip Mengelakkan Biskut Raya Menjadi Lemau

Cara nak elak biskut raya jadi lemau

1. Biarkan Biskut Terbuka Terlebih Dahulu

Sebaik sahaja biskut dikeluarkan daripada ketuhar, biasanya ia agak lembik. Jadi, jangan terus simpan dalam bekas, sebaliknya biarkan beberapa saat di udara sehingga biskut itu betul-betul sejuk, barulah kita masukkan biskut tersebut ke dalam bekas kedap udara.

Jika disimpan ketika masih panas atau dicampur bersama biskut lain di dalam bekas yang sama, biskut akan mudah rosak dan lemau. Aha .. pastikan anda ada bekas kedap udara yang cukup dan berbeza untuk setiap biskut yang anda buat.

[ads id='ads1]

2. Keringkan Bekas Sepenuhnya Sebelum Simpan Biskut

Kita kena pastikan bekas untuk simpan biskut itu kering sepenuhnya. Ini mudah saja. Ambil tuala kering kemudian lap bersih bekas kuih dan anginkan beberapa saat atau mahu lebih terjamin, jemur terus di bawah cahaya matahari.

Cuba ingat zaman kecil-kecil dulu, ada tak nampak emak kita jemur bekas-bekas kuih ni kat tengah panas? Ada tak?

3. Gunakan Bekas Kedap Udara

Guna bekas kedap udara untuk simpan biskut elak jadi lemau
Pilih bekas menyimpan kedap udara atau balang berpenutup yang dilengkapi penutup khusus untuk biskut supaya tahan lama dan kekal rangup. Ala..sekarang ada banyak bekas kedap udara ni dijual.

Kalau ikut wife saya, gunakan je bekas jenama Tupperware yang sememangnya berkualiti untuk penyimpanan biskut-biskut raya ni..hehe.

[Dah Baca?] 10 Resepi Biskut Raya Popular dan Terlaris

4. Masukkan Bungkusan Kecil Garam Dalam Balang Kuih

Selain menggunakan gel silica dalam bungkusan, kelembapan udara dalam balang juga boleh dikurangkan dengan garam. Bungkus satu hingga dua sudu teh garam dengan kain bersih lalu masukkan ke dalam balang.

Aha, cara ini mungkin ramai tak tahu atau jarang dilakukan. Cubalah nanti untuk elak biskut dari menjadi lemau. In Sha Allah, biskut akan kekal rangup walau lama disimpan.

5. Alas Setiap Lapisan Biskut Dengan Kertas Kalis Minyak

Gunakan kertas serap minyak untuk elak biskut mudah jadi lemau



Anda biasa tak beli biskut raya di kedai atau pasaraya, dan dapati setiap lapisan susunan biskut itu diselang-seli dengan kertas berwarna putih? Aha .. itulah kertas kalis minyak. Gunakan kertas ini untuk pastikan biskut kekal rangup dan sedap.

Dengan meletakkan kertas kalis minyak pada setiap lapisan biskut, ia akan membuatkan biskut kekal rangup kerana kertas kalis minyak berfungsi menyerap lebihan minyak pada biskut yang kita penat-penat buat tu. Anda boleh je cari kertas ni kat kedai buat biskut atau kedai kek di tempat anda.

6. Taburkan Sedikit Gula Pasir Ke Dalam Bekas Menyimpan Biskut

Tabur gula pasir untuk elak biskut mudah jadi lemau

Masa kecil-kecil dulu, pernah tak lihat emak kita masukkan sedikit gula pasir ke dalam bekas biskut raya? Ini petua Melayu lama yang sangat berkesan bagi memastikan biskut raya tahan lama dan tidak berbau.

Tak perlu letak banyak, memadai dengan taburkan 1-2 sudu kecil gula pasir ke dalam bekas biskut.

7. Jemur Tepung/Gula Sebelum Buat Biskut

Orang zaman dulu menggunakan tepung dan gula yang dijemur bagi membuat kuih raya. Ini bagi memastikan biskut yang dihasilkan lebih ringan dan tahan lama. Tepung yang dijemur akan memberikan kerangupan dan rasa yang enak.


Orang zaman dulu, mereka akan tumbuk, kisar sendiri gandum untuk dapatkan tepung gandum .. ala macam dalam cerita Upin Ipin tu, kan ada adegan Opah minta Upin Ipin kisarkan tepung .. aha .. tu sebab kuih zaman tu sedap dan kekal tahan, jarang lemau bila disimpan dalam bekas.



Sekarang, anda dah tahu cara dan tip untuk elakkan biskut terutama biskut raya menjadi lemau. In Sha Allah, dengan ikuti panduan di atas, biskut akan kekal rasa rangup dan sedap.

Mudah saja kan? Cubalah praktik nanti, dan sudikan untuk share benda ni pada kawan-kawan yang lain, wasap je link artikel ini untuk mereka baca ye .. atau share kat media sosial lainnya di bawah.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement