Jom Taja Kempen Peluang Kedua Projek Iqra'. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa terdapat golongan dalam kalangan belia dan remaja yang tercicir dalam kehidupan mereka. Golongan ini biasanya terdiri daripada remaja yang tamat atau berhenti sekolah lebih awal atas sebab-sebab tertentu.

Bantu Remaja Keciciran Menerusi Kempen Peluang Kedua Projek Iqra'

Bantu Remaja Keciciran Menerusi Kempen Peluang Kedua Projek Iqra'

Mereka ini biasanya akan hilang arah tujuan selepas berhenti belajar. Golongan ini kurang mendapat sokongan malah ramai yang dibiarkan terus terumbang-ambing tanpa diberikan panduan untuk terus menjalani kehidupan. Stigma masyarakat yang memandang serong kepada golongan ini menyebabkan ramai yang akhirnya terperangkap dalam kancah carca-merba kehidupan tanpa tujuan.

Ya, ramai golongan ini yang dibiarkan masyarakat. Malah, masyarakat kurang ambil peduli dan kurang prihatin untuk membantu golongan remaja keciciran ini.

Seperti mana orang lain, mereka juga sebenarnya ada impian dan hasrat. Andai tidak diberikan sokongan, panduan serta bantuan .. mereka akan terus hanyut, dan khuatir akan terjebak dalam kancah jenayah dan perbuatan yang melanggar undang-undang.

Kempen Peluang Kedua Untuk Bantu Remaja Keciciran Pelajaran

Kerana kesedaran inilah, pihak Projek Iqra' telah melancarkan Kempen Peluang Kedua untuk membantu golongan belia dan remaja yang punyai masalah ini.
Biasanya golongan ini wujud kerana faktor-faktor berikut:

  • Keciciran dalam pelajaran.
  • Berhenti awal sekolah atau tidak tamat belajar secara formal.
  • Masalah kewangan dalam keluarga.
  • Berhadapan stigma masyarakat yang memandang serong, contohnya bekas pelajar sekolah budak nakal (Henry Gurney) dan sebagainya.

Hasil penelitian pihak Projek Iqra', ada ramai dalam golongan ini yang sebenarnya mahu merubah kehidupan mereka. Ramai yang ingin menceburi bidang kemahiran, kerana itulah satu-satunya peluang untuk mereka meneruskan kehidupan tanpa sijil akademik yang baik.

Ada minat tetapi tidak tahu cara nak teruskan minat dalam kemahiran.

Bagaimana Remaja Keciciran Dibantu Menerusi Kempen Peluang Kedua?

Menerusi Kempen Peluang Kedua oleh Projek Iqra' ini, golongan ini akan dibantu dalam aspek berikut:

  • Kenal pasti minat golongan remaja ini dalam bidang kemahiran
  • Memberikan pendedahan kepada segala peluang kemahiran yang ada
  • Perkenalkan program kemahiran yang sesuai dengan minat
  • Mewujudkan sistem sokongan di awal pengajian mereka
  • Kaunseling untuk golongan remaja keciciran
  • Sokongan moral supaya kekal berusaha untuk berjaya dalam bidang kemahiran
  • Sokongan kewangan dengan membantu pelajar pelajar ini menyelesaikan kos permulaan yang diperlukan bagi kemasukan ke pusat latihan/IPTA & IPTS yang berkaitan.

Ada juga golongan remaja yang sedar akan peluang untuk sambung belajar dalam bidang kemahiran, tetapi kekangan kewangan menjadi halangan untuk mereka.

Dan ikutkan masih ramai juga remaja yang keciciran ini yang tak tahu pun wujudnya peluang kedua untuk mereka berdikari dan meneruskan kehidupan.

Semenjak program ini dijalankan dari tahun 2015, seramai 12 orang telah dibantu. Kini mereka telah pun bekerja dalam pelbagai bidang seperti pelancongan, automotif, kejuruteraan hawa dingin, elektrik dan lain-lain.

Alhamdulillah, mereka kini memperolehi pendapatan lebih baik berbanding ibu bapa mereka. Sekaligus, membolehkan mereka ini membantu menambah pendapatan seisi keluarga.

Bagus kan kempen ni? Mahu menjadi sebahagian daripada program ini tak?

Sumbangan Diperlukan Untuk Kempen

Pihak Projek Iqra' memerlukan anda untuk menjayakan kempen Peluang Kedua ini.

Sebanyak RM30,000 diperlukan bagi membiayai kempen dengan kos membiayai seorang remaja atau pelajar sebanyak RM1,500.

Setakat ini, pihak Projek Iqra' telah kenalpasti 20 pelajar atau remaja yang akan dibantu menerusi Kempen Peluang Kedua. Untuk itu, penajaan dan sumbangan daripada masyarakat diperlukan untuk menjayakan Kempen Peluang Kedua ini, dari serendah RM10.

Sokongan anda kepada kempen Peluang Kedua membolehkan pelajar-pelajar yang tercicir daripada sistem persekolahan mendapat kemahiran dan seterusnya bekerja dalam bidang yang mereka pelajari.

Saya menyeru kepada semua, terutama pembaca blog ini untuk sama-sama memastikan kempen ini dijayakan dengan baik. Ia satu kempen dengan tujuan yang murni, memastikan anak-anak ini mempunyai masa depan, paling tidak mereka ada kemahiran untuk mendapatkan kerja supaya kehidupan dapat berubah kepada yang lebih baik.

Ambillah peluang di bulan Ramadan yang mulia ini untuk menyumbang. Tak dapat berikan banyak, sumbangkan sedikit pun sudah memadai. Langkah anda menyumbang untuk kempen ini akan memberikan peluang kedua kepada remaja-remaja ini untuk meneruskan kehidupan... dan ianya satu perbuatan yang sangat mulia.

Bagaimana Untuk Memberikan Sumbangan Kempen Peluang Kedua?

Sumbangan anda boleh terus disalurkan secara online menerusi pautan berikut - Kempen Peluang Kedua Projek Iqra'

Atau terus menyumbang ke akaun bank Projek Iqra' Kempen Peluang Kedua (Maybank 5648 1050 4003) seperti tertera di bawah ini...
Apabila kita memberikan satu kebahagiaan pada orang lain, Tuhan pasti membalas dengan berkali ganda kebahagiaan kepada kita, in Sha Allah.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement