Dah maklum mengenai makluman terkini daripada pihak Tabung Haji tak? Jika anda merupakan salah seorang pendeposit di dalam Tabung Haji (TH), maka seeloknya anda ambil maklum mengenai hebahan terkini berkaitan akaun Tabung Haji anda. Ini penting. Anda mesti update atau kemaskini akaun TH anda sebelum 8 Jun 2018 seberapa segera.

Pastikan Anda Update Akaun Tabung Haji Sebelum 8 Jun 2018


Kenapa perlu update akaun Tabung Haji ni? Ini adalah kerana pihak TH akan melakukan pemindahan akaun pendeposit yang tidak aktif ke dalam kumpulan 'Akaun Tidak Aktif' bermula 9 Jun 2018. Ia akan membawa impilikasi yang besar kepada anda sebagai pendeposit.

Maksud Akaun Tidak Aktif

Apa maksud tidak aktif?

Akaun tidak aktif ialah akaun pendeposit TH yang tiada sebarang transaksi di pihak pendeposit dalam tempoh selama 7 tahun. Jika dalam tempoh 7 tahun tersebut, anda sebagai pendeposit tidak melakukan sebarang transaksi samada penambahan atau pengeluaran deposit, maka akaun anda dianggap tidak aktif.

Seandainya akaun TH anda telah dimasukkan ke dalam kumpulan 'Akaun Tidak Aktif' ini dan pada masa yang sama tidak kemaskini beberapa butiran penting akaun anda, ia akan mengakibatkan peluang untuk mengerjakan haji pada tahun semasa terlepas dan terpaksa menunggu pada tahun berikutnya.

Tidak Layak Terima Agihan Hibah TH

Malah, menurut kenyataan dikeluarkan oleh pihak TH, mana-mana akaun yang dianggap tidak aktif ini, adalah tidak layak atau tidak berhak untuk menerima agihan hibah tahunan atau hibah haji mulai tahun 2018.

[Dah Tahu?] Cara Semak Secara Online Penyata dan Baki Terkini Tabung Haji

Pengumuman ini telah dibuat oleh pihak TH menerusi siaran akhbar yang disiarkan di laman FB rasmi Tabung Haji pada 30 Mei 2018.

Siaran Akhbar Tabung Haji Mengenai Kemaskini Akaun Sebelum 9 Jun 2018

Pemindahan atau pengelasan ke 'Akaun Tidak Aktif' ini adalah bertujuan untuk melindungi akaun pendeposit daripada aktiviti yang mencurigakan.


Menurut kenyataan itu lagi, pihak TH telah mengenalpasti hampir 500,000 akaun pendeposit yang tidak aktif melibatkan jumlah simpanan sehingga RM62.8 juta.

Apa Perlu Anda Buat?

Jadi, apa perlu anda lakukan agar akaun TH anda tidak berada di dalam pengelasan ini?

Anda perlu pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji seluruh Malaysia dan lakukan sekurang-kurangnya satu transaksi samada penambahan deposit atau pengeluaran wang menerusi akaun Tabung Haji anda. Anda juga boleh melakukannya secara dalam talian menerusi laman web Thijari.

Atau ...

Anda boleh sahaja pergi ke mana-mana agen TH seperti Bank Islam, Bank Rakyat atau Maybank untuk membuat transaksi ini samada menerusi kaunter mahupun secara atas talian (online).

[Dah Tahu?] Cara Semak Pendaftaran Haji Secara Online

Anda mesti melakukannya sebelum 8 Jun 2018. Penting!

Pihak TH juga menasihatkan pendeposit untuk membuat pengemaskinian profil seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris untuk memudahkan TH menghubungi bakal haji bagi urusan surat penghantaran tawaran haji serta pengurusan harta oleh waris.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH, orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-62071919.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kena pergi update la camni. tq HH for reminding

    BalasPadam
  2. Sekarang ini laman web Tabung Haji dalam penyelenggaraan..

    BalasPadam
  3. Saya tidak memahami menyemak secara online akaun tabung haji

    BalasPadam
  4. keterangan tidak begitu jelas...untuk semakan secara online TH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement