Kami Shopping Awal Untuk Raya Di Best Value Outlet, Design Village, Penang

Shopping raya di Best Value Outlet, Design Village, Penang. Awal. Kami sekeluarga telah shopping awal beli baju raya untuk tahun ini (2018). Ia memang jadi kebiasaan kami sekeluarga untuk keluar beli-belah awal mencari baju raya sebelum bermulanya puasa, setiap tahun.

Shopping Baju Raya Awal di Best Value Outlet (BVO) Design Village, Penang

Shopping Baju Raya Awal di Best Value Outlet (BVO) Design Village, Penang
Pada tahun ini, saya sekeluarga sekali lagi memilih Design Village sebagai lokasi atau tempat kami nak mencari baju raya yang awesome. Kami suka shopping di Design Village sebab ada banyak kedai-kedai best, yang menjual pakaian, sekaligus berikan lebih pilihan untuk kami.

Shopping raya tahun ini dibuat beberapa minggu lebih awal sebelum bermulanya bulan Ramadan. Alhamdulillah, adalah bajet sesikit untuk raya tahun ini. Itulah sebabnya kami pilih nak cari baju raya di Design Village, sebab ada beberapa kedai yang jual pakaian baru dengan harga cukup berpatutan.

Jarak tempat shopping ni dengan rumah pun taklah jauh mana, cuma kena ikut tol PLUS kalau nak cepat sampai. Boleh je ikut jalan negeri tapi takkan boleh nak sampai kurang 20 minit jika ikut highway.

Untung Beli Pakaian Hari Raya Awal Sebelum Ramadan

Untung beli dan buat persediaan awal untuk hari raya ni ialah kita tak perlu nak bersesak, dan boleh beli sikit-sikit .. tak sekaligus yang boleh jejaskan bajet bulanan. Dan lagi, boleh juga elakkan dari terbeli pakaian raya yang mungkin orang lain pakai ketika hari raya .. hehe..

Kalau tunggu promosi atau sale dalam bulan Ramadan untuk hari raya, ada kemungkinan pakaian atau baju dibeli tu akan sama dengan orang lain .. serius ni, memang pernah berlaku pada isteri saya .. hahahaa....Yelah, semua orang beli pakaian offer .. jualan promosi, jualan murah dalam tempoh yang sama, dan nak dipakai pula pada bulan yang sama - bulan hari raya.

Salah satu kedai yang best dikunjungi di Design Village, Penang ialah Best Value Outlet. Hatta di luar musim beli-belah pun, kedai ni memang seronok nak shopping baju baru.

Best Value Outlet - Sentiasa Ada Diskaun dan Tawaran Menarik

Best Value Outlet sentiasa ada tawaran menarik untuk baju dan pakaian yang cantik-cantik, yang trendy, berkualiti dan 'menang memakai'. Saya dan isteri kalau masuk je dalam Best Value Outlet ni memang takkan keluar dengan tangan kosong...haha.

Tak perlu nak pergi kedai lain dah kalau nak mencari baju t-shirt sempoi atau baju kanak-kanak yang berjenama. In Sha Allah, jika cari di Best Value Outlet ni mesti akan jumpa sesuatu yang akan menambat hati. Lagipun, harganya tu .. memang susahlah nak cari kat tempat lain.

Bayangkan, anda boleh dapat 3 helai baju t-shirt dewasa dengan harga di bawah RM50... dan jika bernasib baik boleh dapat baju 3 helai di bawah RM30!!

Pilihan design pun banyak. Ada pakaian baru untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Cuma ... susah sikit kalau nak mencari baju baby.

Design Menarik Memang Banyak Tetapi Masalah Saiz

Walaupun ada banyak pilihan untuk cari pakaian yang design lawa-lawa, ada juga masalahnya. Ia soal saiz. Bila dah dapat pakaian atau baju yang berkenan tu, kadangkala ada masalah untuk mencari saiz yang sesuai. Kalau biasa tu, saya pakai baju saiz XL, mungkin bila ke sini, saya kena cuba baju saiz XXL.

Samalah dengan baju kanak-kanak. Jenuh juga nak cari saiz yang sesuai untuk anak-anak. Design yang anak-anak suka dah dapat, tapi nak cari saiz pulak tak dapat... huhu.

Apapun, macam saya katakan tadi, Design Village ni besar dan ada banyak pilihan kedai yang jual pakaian untuk baju raya. Dan Best Value Outlet bukan satu-satunya kedai yang ada jual pakaian dengan harga berpatutan. Ada beberapa kedai lain termasuklah dari outlet-outlet berjenama terkenal.

Alhamdulillah, saya dan isteri habiskan masa lebih dari 2 jam shopping baju raya di Design Village. Dalam Best Value Outlet je dekat sejam dok cari dan belek pakaian untuk raya. Rambang mata tu... huhu.
Shopping Baju Raya Awal di Best Value Outlet (BVO) Design Village, Penang
Shopping Baju Raya Awal di Best Value Outlet (BVO) Design Village, Penang

Nak shopping raya di Design Village, kena rajin keluar masuk outlet yang ada. Kena rajin belek, cari saiz dan mencuba. Tak beli tak mengapa, mereka takkan marah anda ... huhu.. hak pengguna untuk dapatkan yang terbaik sesuai dengan bajet dan keinginan.

Anda dah buat persediaan awal shopping raya macam saya tak? Eloklah buat, supaya nanti tak tergesa-gesa melakukannya di bulan puasa. Bulan puasa kan ke bulan untuk ibadat ... huhu.

Cuma saya dan keluarga masih belum mencari baju melayu lagi. Mungkin untuk tahun ini, kami akan cari di Pasar Kemboja, Parit Buntar. Pasar Kemboja memang tempat best kalau nak cari baju melayu design terbaru, termasuklah untuk baju melayu kanak-kanak. Baju perempuan .. uhhh .. memang banyaklah di Pasar Kemboja. Aneka fesyen sampai tak tahu nak beli yang mana satu....semuanya Masya Allah, cantik-cantik.

[Baca] Lima Tips Untuk Shopping Baju Raya di Pasar Kemboja

Semoga anda dapat sesuatu dengan membaca post shopping raya awal ini. Ada komen? Boleh tinggalkan di ruangan di bawah.

Post a Comment

2 Comments

  1. Replies
    1. Memang syok berbelanja kat Design Village, yang bestnya kalau ada bajet lebih, leh dapatkan pakaian berjenama dengan harga cukup murah.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.