Pilihan Raya Umum 14 sudah pun berakhir, dan dari hari ke hari, semakin banyak kerajaan negeri mula dibentuk. Antara kerajaan negeri yang pertama dan terawal membentuk kerajaan adalah kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal ketiga selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Senarai Exco Baru Kerajaan Negeri Selangor 2018

Senarai Exco Baru Kerajaan Negeri Selangor 2018
Sementelaah perlantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, perlantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) baru juga telah dilantik dan telahpun selesai mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pada 14 Mei 2018.

Semua barisan exco turut melafazkan ikrar Aku Janji merangkumi 10 perkara yang perlu dipenuhi serta dipatuhi sepanjang memegang jawatan terbabit.

Antara Aku Janji itu ialah memelihara dan menjunjung prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai agama rasmi negeri serta memastikan agama Islam tidak diganggu gugat selain menghormati agama bukan Islam.

7 Muka Baharu Dalam Barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor 2018

Senarai Exco Baru Kerajaan Negeri Selangor 2018
Senarai Exco Baru Kerajaan Negeri Selangor 2018
Senarai Exco Baru Kerajaan Negeri Selangor 2018
Dalam senarai barisan exco baru Kerajaan Negeri Selangor ini, terdapat 7 muka baharu yang dilantik setelah memenangi kerusi DUN masing-masing. Antara muka baru yang disenaraikan dalam barisan exco baru Kerajaan Negeri Selangor 2018 ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah, Izham Hashim, dan ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Izham dan Abdul Rashid, masing-masing adalah merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor.

Muka baharu lain ialah ADUN Kinrara, Ng Sze Han dan ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin; ADUN Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha; ADUN Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud dan ADUN Kajang, Hee Loy Sian.

Manakala tiga exco yang dikekalkan dari penggal lalu ialah Datuk Teng Chang Khim (Bandar Baru Klang), Amirudin Shari (Sungai Tua) dan V Ganabatirau (Kota Kemuning).

Selamat bertugas semua exco yang baru dalam Kerajaan Negeri Selangor. Moga harapan dan hasrat ramai rakyat Selangor akan direalisasikan dalam tahun-tahun mendatang dengan adil dan telus.

Diharapkan perkongsian fakta ini dapat dijadikan panduan berguna untuk rakyat Selangor.

Sumber: BH Online dan FB Selangor State Government

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement