Dalam banyak-banyak jenama susu segar yang ada dijual di pasaran Malaysia, saya lebih tertarik dan suka kepada susu keluaran Farm Fresh. Farm Fresh adalah merupakan antara jenama pengeluar susu segar Malaysia yang semakin dikenali, malah ia menjadi antara jenama susu segar yang dicari oleh kebanyakkan penggemar susu di Malaysia.

Kenapa jenama Farm Fresh ini semakin digemari rakyat Malaysia? Apakah kelebihan yang ada pada jenama ini? Meh saya kongsikan serba sedikit info dan fakta hangat mengenai jenama ini, yang membuatkan ramai termasuklah saya menyukainya.

8 Sebab Kenapa Saya Sukakan Susu Farm Fresh

Sebab Kenapa Saya Pilih Susu Farm Fresh

Susu Farm Fresh Ada Perisa Kurma

Ini merupakan salah satu perisa unik yang ada pada rangkaian susu jenama Farm Fresh. Pertama kali saya merasainya, saya dah rasa suka kerana ia tidak berbau hamis, dan rasanya sedap. Lagipun kurma memang diketahui mempunyai khasiatnya yang tersendiri sebagai membantu dalam meningkatkan imunisasi badan, selain bekalkan tenaga dan juga membantu sistem pencernaan. Ditambah pula kelebihan yang terdapat pada susu segar. Memang wow ...

Susu Farm Fresh perisa kurma sangat bagus diambil di dalam bulan Ramadan. Ia menjadi antara menu minuman yang berkhasiat untuk diambil sepanjang bulan puasa.

Dijamin Cukup Segar

Susu Farm Fresh Perisa Kurma Bagus Di Bulan Ramadan


Susu ini cukup segar, malah pengeluar menjamin yang susunya datang dari kilang pemprosesnya di ladang di Johor dan Pahang kepada pengguna dalam tempoh 48 jam. Jika dibanding dengan susu keluaran jenama terkenal lain, yang kebanyakkannya diproses dan dikilangkan di luar negara.

Saya sukakan susu ini kerana ia keluaran tempatan.

Tiada Pengawet atau Perasa Tambahan

Susu keluaran Farm Fresh tidak mengandungi sebarang bahan pengawet dan juga perasa tambahan. Apa yang ada hanyalah perasa asli daripada bahan-bahan semulajadi. Tiada pewarna digunakan. Malah, kalau anda ambil susu Farm Fresh perisa Kurma, anda boleh dapati ada serdak buah kurma di dalamnya, yang memberikan rasa dan warna unik untuk susu perisa ini.

Susu Farm Fresh perisa Kurma juga tidak mengandungi gula tambahan. 100% rasa manis yang ada datangnya daripada buah Kurma yang dicampurkan ke dalam susu segar Farm Fresh.

Susu Farm Fresh Perisa Kurma Tambah Susu Badan

Isteri saya sedang menyusukan anak bongsu saya yang masih lagi berusia setahun lebih. Apabila ambil susu perisa Kurma ini, didapati ia mampu untuk menambah susu badan. Dah la, anak bongsu saya memang kerap menyusu badan, selang beberapa minit terutama ketika waktu malam, pasti nak menyusu badan. Susu botol memang tak lah kalau dah ada isteri saya di sampingnya.

Jadi, pengambilan susu Farm Fresh yang ada perisa Kurma ini memang sangat membantu untuk menambah susu badan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Ia juga bagus untuk ibu hamil dan anak-anak yang sedang membesar.

Terdapat Pelbagai Perisa Lain

Farm Fresh turut mengeluarkan susu segar Farm Fresh perisa asli, coklat, cafe latte dan yang terbaru tongkat ali selain yogurt dan susu kambing asli.


Mengandungi 50 Billion Probiotik

Salah satu produk Farm Fresh ialah susu Yogurt. Kesemua minuman yogurt Farm Fresh mempunyai sekurang-kurangnya 50 bilion probiotik yang bertindak membantu pencernaan serta memakan semua bakteria jahat.

Farm Fresh Cafe Latte Tongkat Ali

Produk terbaru Farm Fresh Cafe Latte Tongkat Ali mampu meningkatkan tenaga dan stamina selain bertindak sebagai anti kanser, anti kencing manis dan anti bakteria. Ini adalah antara penyebab utama saya sukakan susu ini. Sebagai salah seorang pesakit diabetes, susu Farm Fresh memang sesuai untuk saya.

Bahan Utama Untuk Hasilkan Teh Tarik Sihat

Sebab Kenapa Saya Pilih Susu Farm Fresh

Kalau anda nak buat teh tarik sihat, anda perlu gunakan susu segar daripada Farm Fresh ini. Saya ada kongsikan resepi atau cara nak hasilkan teh tarik sihat ini dalam post yang lepas. Resepi itu adalah resepi yang dikongsikan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan sendiri ...

Walaupun ia tidak seperti teh tarik di kedai mamak, tetapi ia tetap sedap dan kekal mempunyai buih seperti teh tarik biasa yang kita selalu minum tu. Ia lebih baik kerana kandungan kalori yang rendah, dan kurang gula.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya memang sukaaaa sangat minum susu dan dah lama minum pelbagai jenama susu. tapi at the end, Farm Fresh yang paling saya suka sebab tak terlalu creamy, tak terlalu manis dan rasa lebih segar. Memang pilihan No 1! baik perisa kurma ke, coklat ke apa lagi freshmilk. memang setuju sangat best!

    BalasPadam
  2. Produk farm fresh ni memang terbaik , bagus utk kesihatan..tak da rasa manis sangat .semua perisa ccl suka ..kecuali perisa kurma tekak kurang terima..sedap2 tapi ada rasa pahit-pahit sedikit

    BalasPadam
  3. boleh tak diambil ketika berpantang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement