Anda dah pernah cuba makan Otak-Otak yang dibalut dengan kulit popia dan digoreng tak? Fuh .. sedap weihh ... saya pertama kali merasa makanan tradisional yang telah ditransformasikan ini semasa percutian ke Pulau Perhentian baru-baru ini.

Saya memang tidak menyangka ianya merupakan otak-otak yang disalut dengan kulit popia. Sekali dah merasa, saya rasa macam teringin nak menikmatinya sekali lagi.

Resepi Popia Otak-Otak Goreng

Resepi Popia Otak-Otak Goreng

Saya cuba cari di Bazar atau Pasar Ramadan sekitar tempat saya ni, tetapi hampa .. tak nampak ada yang menjual otak-otak goreng seperti yang pernah saya rasa tu. Otak-otak memang biasa dijumpai, terutama otak-otak dari Johor tu.. bersepah kot kedai makan yang jual makanan ni, dan sangat mudah dijumpai di pasar malam.

Tetapi, nak jumpa Popia Otak-otak ni memang sukar sekali.

Nasib baik ada yang berkongsi resepi cara nak menghasilkan otak-otak goreng sendiri menggunakan kulit popia ini. In Sha Allah, mungkin boleh dicuba nanti. Ia mungkin boleh menjadi hidangan menarik di dalam bulan Ramadan mahupun juadah ketika Hari Raya.

Nak cuba tak? Jom tengok resepi Popia Otak-Otak Goreng ni ...

Bahan-Bahan Utama (Bahan A)

  • Kulit popia segera
  • 300 gm ikan tenggiri – ambil isi ikan sahaja dan dikisar halus
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 3 sudu kecil santan pekat
  • 1 sudu kecil jus limau
  • 1 helai daun kunyit – dihiris halus
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasaSerbuk perasa secukup rasa

Bahan-Bahan Dikisar (Bahan B)

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci lengkuas
  • 2 tangkai cili merah

Cara Penyediaan

  1. Mula-mula, sediakan inti otak-otak. Ambil isi ikan tenggiri dan satukan bersama semua bahan B yang telah dikisar halus.
  2. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit dan tepung jagung. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa.
  3. Gaul sebati bahan-bahan utama ini dan ketepikan. 
  4. Ambil kulit popia. Letakkan sedikit inti otak-otak tadi dan gulung kulit popia.
  5. Bolehlah goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan. 
 
Resepi Popia Otak-Otak

Apabila dah siap, maka hidangkan panas-panas bersama dengan pencicah atau sos cili. Hmm memang sedap. Rangup dan kaya dengan rasa inti ikan berempah.

Apalagi, jomlah cuba resepi Popia Otak-Otak ni. Err nak lagi mudah, beli je otak-otak yang belum dimasak tu, balik rumah .. balut dengan kulit popia dan goreng .. hehehe..

Sumber Resepi: M-Star

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement