Pengalaman Pertama Bercuti ke Taman Negara Pahang - Part 1

AI Trade
Pengalaman pertama bercuti di Taman Negara Pahang. Impian sejak sekian lama. Saya memang dah lama teringin untuk pergi ke Taman Negara Pahang. Tetapi disebabkan beberapa kekangan dan juga silap pengetahuan mengenainya, saya berat hati nak pergi.

Namun, segalanya berbeza apabila rakan-rakan lama zaman sekolah menengah telah menawarkan peluang untuk saya untuk join satu trip ke Taman Negara Pahang. Hanya lelaki .. old boys. Tanpa famili. Percutian dengan objektif sampingan untuk memancing ikan Kelah yang memang menjadi tarikan utama kaki pancing di Taman Negara Pahang....dan juga sayaaa .. hehe.

Pengalaman Pertama Percutian Taman Negara Pahang

Pengalaman Pertama Cuti Taman Negara Pahang
Pengalaman Pertama Cuti Taman Negara Pahang
Anda tahu tak, selama ini saya ingatkan nak pergi ke Taman Negara ni perlu berkenderaan 4wd, masuk hutan tebal, kena berkhemah dan segala bagai. Tu sebab zaman muda memang ada berimpian tinggi nak ke Taman Negara. Kerana ia mencabar .. huhu.

Tapi masa tu mana nak ada bajet. Jauh kot. Saya fikir .. nak pergi mesti nak ada bajet besar disebabkan ianya terletak nuh jauh di pendalaman negeri Pahang. Kos tu ...

Apabila dah berumahtangga, saya simpan impian tu. Cuba nak kumpul bajet sendiri dan rancang sendiri untuk pergi ke Taman Negara Pahang ... dalam diam-diam tu ... haha. Tapi tak pernahnya nak tercapai ..

Tetiba je, dalam bulan Februari 2018, kawan-kawan lama sekolah menengah saya ... masukkan kembali saya ke dalam group WhatsApp. Dan terus ke agenda untuk pergi ke Taman Negara Pahang. Perghh pucuk dicita ulam mendatang .. nak-nak lagi apabila dapat tahu, kos ke Taman Negara sudah ada pembiayaan atau penaja .. huhu.

Syok betul hati saya bila dapat tahu, dan kemudian diajak pula.

Terlepas Peluang Sebelum Ini Untuk ke Royal Belum

Sebelum ni, geng-geng ni dah ke Royal Belum, tapi saya tak ikut serta atas beberapa kekangan kekeluargaan. Tapi kali ini, saya nekad .. dan alhamdulillah, isteri saya tak ada halangan untuk saya pergi secara berseorangan ... huhu. Yelah, kena juga tanya setuju ke tak .. kang masam muka pulak lepas balik dari Taman Negara .. tak best la kan..kan?


Orait .. udah pasal mukadimah yang membosankan tu .. hehe... mari ke cerita pengalaman pertama saya bercuti 'sendirian' ke Taman Negara Pahang ...yeahh yeahh ...

Bila segalanya dah set, maka saya pun berangkatlah ke Kuala Lumpur dari stesen KTM Parit Buntar menaiki ETS. Dalam perancangan, saya sepatutnya bersama seorang lagi sahabat lama yang datang dari Pulau Langkawi...menaiki tren ETS yang sama.

Aha .... sahabat lama dari Pulau Langkawi nak ke Taman Negara Pahang. Siap bawak joran pancing 6 kaki lagi tu. Dia ni agen pelancongan kat sana, kalau saya ke Pulau Langkawi untuk bercuti seisi keluarga, memang dialah yang saya akan hubungi dulu.

Bertolak Pagi Untuk Tiba Petang di KL Sentral

Bertolak pagi, kami berdua sepakat nak sampai ke KL Sentral bertemu rakan di Kuala Lumpur sebelum jam 6 petang. Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke destinasi pada waktu yang telah dirancangkan walaupun terdapat kekangan tak diduga di pertengahan jalan.

Nasib baik ada sahabat di Kampar yang membantu memudahkan perjalanan kami.

Bila tiba di KL Sentral, bertemulah kami berdua dengan beberapa rakan sekolah lama yang lain. Allah S.W.T nak pertemukan kami .. maka bertemulah walau hanya singkat masa. Seronok bila dapat jumpa kawan-kawan yang dulunya satu dorm, satu kelas waktu belajar dulu... zaman seluar 'bottom' .. haha... dan rock kapak.

Heh.. itulah gunakan social media geng .. weewwwiiitt.

Trip Taman Negara Dengan Brotherhood Semestian 6th Batch

Perjalanan nak ke Taman Negara bermula dari berkumpulnya sahabat-sahabat di rumah 'pengurus' projek. Trip ke Taman Negara Pahang ini melibatkan 12 orang kesemuanya, dan yang menariknya .. ada kalangan rakan-rakan ni yang tak pernah mengenali sebelum ini - disebabkan ada yang 'terpisah' di waktu tingkatan 3, zaman SRP.

Ukhwah yang baru dijalin, hanya kerana belajar di sekolah yang sama walaupun berada di timeline berbeza. Bagus kan ... ini kami semua gelar sebagai Brotherhood. ... ekekeke... huhu.. cam poyo je.

Kami pergi dengan kenderaan 4WD .. masa ni, saya masih lagi sangkakan yang perjalanan kami ke Taman Negara Pahang akan menyusuri laluan lori balak ... dem .. tak siapa pun info saya dengan tepat bagaimana perjalanan ke sana tu.

Setelah semua barang keperluan 'percutian' disumbat masuk ke dalam 4 buah kenderaan, kami semua memulakan perjalanan ke Jerantut, Pahang .. dengan misi untuk bercuti bersama Brotherhood, dan memburu ikan Kelah yang dianggap antara ikan air tawar termahal di Malaysia.

Oh ya, sebelum tu .. pastilah ada sedikit penerangan daripada 'pengurus' trip ini, selain taklimat ringkas, beberapa perkongsian tips penting dan juga doa untuk perjalanan yang diberkati dan dipermudahkan Allah S.W.T.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Tahan, Jerantut ....lokasi Taman Negara Pahang mengambil masa dijangka (dalam taklimat) adalah 4-5 jam.

Saya tak tidur sepanjang perjalanan. Mungkin sebab excited nak tahu bagaimana keadaan perjalanan ke Taman Negara Pahang. Uhh pertama kali kot bercuti nak 'masuk' ke dalam hutan .. haha...dah lama ngidam ni seperti ramai sahabat-sahabat saya yang lain.

Alas Perut di Jerantut, Tiba di Kuala Tahan

Sampai awal di bandar Jerantut. Kami singgah di Mc Donalds, alas perut kelaparan. Lama juga melepak di situ... sekadar nak habiskan masa supaya boleh sampai ke Kuala Tahan dalam tempoh waktu subuh menjengah.

Alhamdulillah. Rupanya jalan nak ke Kuala Tahan, Taman Negara Pahang sudah elok, bertar dan boleh diakses oleh semua kenderaan. Dah banyak pembangunan. Malah, ada hentian rehat dan rawat disediakan untuk pelancong yang menghala ke Taman Negara.

Ngam. Sampai di Kuala Tahan di waktu Subuh.

Kami berhenti, rehat ... dan sholat subuh berjemaah di Masjid Kampung Kuala Tahan. Sejuk. Mungkin sebab hujan gerimis pada pagi tu. Selesai solat ... masa yang ada, ramai di kalangan kami ambil peluang untuk tidur sejenak di ruang legar masjid.
Sholat di Masjid Kg Kuala Tahan
Gerai makan pagi di Kuala Tahan
Bila matahari sudah kenampakan dan cuaca sudah sedikit panas, kami semua terus ke gerai makan berdekatan di jeti Kuala Tahan. Ada satu gerai makan di situ, berdekatan sekolah yang nampaknya ramai pelanggan. Mata terus menangkap beberapa orang pelanggan yang sedia ada, gaya pemancing.

Selepas masing-masing dah kenyang.... kami pun ambil keputusan untuk punggah barang di jeti Kuala Tahan. Dalam pada tu, ada juga yang cuba melengkapkan beberapa keperluan penting untuk masuk ke Taman Negara, khusus berkaitan aktiviti memancing ikan Kelah, yang menjadi buruan utama.

[Baca] Senarai 11 Keperluan Penting Memancing Kelah Dalam Taman Negara Pahang

Pekan Kuala Tahan banyak juga kedai makan dan juga kedai yang jual peralatan berkaitan perkhemahan, memancing dan trekking. Jika ada keperluan yang tak berapa nak lengkap, terlupa bawa seluar ke, kasut tak sesuai ke, nak cari beg kalis air ke atau apa sahajalah, boleh cari di sini.

Tapi, sepertimana kedai-kedai di pekan kecil lain ... ianya terhad. Bukan macam pasaraya ehh. Jadi, eloklah perlengkapkan dulu apa yang patut sebelum ke Taman Negara Pahang ni.

Ramai juga pelancong yang ingin masuk ke Taman Negara ni. Ada dari China, U.K, France, Brazil, Filipina ... semuanya kerana mahu menikmati keindahan alam semulajadi yang jauh dari hiruk-pikuk bandar besar.

Dari Jeti Kuala Tahan, Naik Bot ke Taman Negara Cuma RM1

Jeti Kuala Tahan tidaklah seperti jeti feri macam kat Pulau Langkawi atau kat Lumut tu. Ia simple je. Kiri-kanan jeti ini ada banyak kedai makan terapung. Rata-rata hidangkan menu masakan tempatan dari hasil Sungai Tembeling yang menjadi pemisah antara jeti Kuala Tahan dengan pintu masuk Taman Negara Pahang.

Punggah barang dari 4WD .. inilah hasilnya .. haha ... macam nak duduk terus dalam Taman Negara ... err err .. dalam gambar di bawah ni .. ada barang larangan yang sebenarnya tidak boleh dibawa masuk ke dalam Taman Negara ya .. anda boleh kenal-pasti apa benda tu tak?
Jeti Kuala Tahan untuk masuk Taman Negara Pahang
Bot ke Taman Negara Pahang
Pengalaman Pertama Bercuti ke Taman Negara Pahang - Part 1
Pengalaman Pertama Bercuti ke Taman Negara Pahang
Dari jeti, kami menaiki bot panjang ke tempat penginapan kami yang juga pintu masuk ke Taman Negara Pahang, iaitu Mutiara Taman Negara. Alahhhh ... seberang sungai je. Hanya bayar RM1 seorang untuk tambang bot sehala menyeberangi Sungai Tembeling ke Mutiara Taman Negara.

Jenuh juga nak punggah dan bawa barang-barang ... aha .. itupun apa yang kami bawa untuk percutian 3 hari 2 malam dah dikira seminima mungkin.

Tempah Dorm dan Tapak Perkhemahan

Kami tempah dua kawasan penginapan. Satu tapak perkhemahan dan satu lagi bilik dorm. Kami ambil dua bilik dorm dengan setiap dorm boleh memuatkan sehingga 8 orang dewasa. Harga penginapan .. hmm anda boleh rujuk di laman web Mutiara Taman Negara Resort.
Mutiara Taman Negara Resort, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang


Bila sampai je ke jeti Mutiara Taman Negara Resort ni .. kena panjat anak tangga yang agak tinggi. Di situ, anda boleh nampak 'kesan' air sebelum ini yang menjadi penanda aras dan pemberitahuan kepada para pelancong yang air Sungai Tembeling boleh naik sampai ke aras ditunjukkan tu.

Oh ya, barang-barang yang dibawa .. anda boleh masukkan ke dalam carriage yang disediakan di tepi jeti tu. Jadi, jangan risau .. anda takkan angkut barang yang dibawa tanpa bantuan .. huhu. Ia akan dibawa naik menerusi carriage yang ditarik gunakan kabel elektrik.

Lepas tu, barang-barang tu akan dibawa menerusi buggy yang tersedia diatas .. terus ke depan bilik penginapan. So no worries... kalau nak bawa tong gas ke ... dapur elektrik ke .. .huhu.

Bila sudah dapat kunci dorm, kami semua punggah barang keperluan yang dibawa dari buggy ke dorm dan juga tapak perkhemahan. Nak ke tapak perkhemahan dari kawasan utama penginapan agak jauh, jadi jenuh juga nak angkat barang.

Masak Sendiri

Oh ya, barang keperluan yang besar-besar macam beras, gula, dan sebagainya untuk tujuan memasak, kami angkut guna bot dari jeti Kuala Tahan ke jeti Renjer Perhilitan yang lebih dekat dengan tapak perkhemahan kami. Tapi, kena bawa naik tangga yang curam jugalah.

Masak sendiri lebih jimat.

Di Mutiara Taman Negara ada tempat memasak. Jadi, kami semua himpunkan barang-barang nak memasak di situ. Ia bertutup, jadi dapatlah elak dari serangan binatang liar macam babi hutan dan monyet. Tempat memasak tu ada sinki dan meja. Tong gas, dapur gas, cerek segala bagai .. kena sediakan sendiri.
Tempat penginapan di Taman Negara Pahang


Apabila semua barang keperluan dah dinaikkan ke tempat penginapan, beg-beg pakaian pun dah punggah masuk dalam dorm .. aha ... apalagi .. kami lepaskan lelah dan berehat sebelum mulakan 'program' percutian pada sebelah petang.

Kami check-in awal, dalam pukul 10 pagi. Jadi, masa memang banyak terluang.

Saya dan beberapa sahabat lain cuma lepak tidur dalam dorm sementara menunggu makan tengahari disediakan oleh sahabat-sahabat yang lain.

[Dah Baca?] Perhilitan Benarkan Aktiviti Memancing di Sungai Tahan Mulai Mei 2018

Untuk kisah seterusnya, nantikan di post yang akan datang ye .. dah panjang sangat ni.

Jangan lupa untuk like Fanpage blog ini.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

2 Comments

  1. Sangat menarik! Dah 3 tahun belajar di Pahang, tapi masih belum sempat pergi ke Taman Negara Pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah. Damai je. Rileks. Kalau nak tenangkan diri dan buat aktiviti yang jarang dibuat, datanglah bercuti ke Taman Negara Pahang ni.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.