Lata Berkoh Mendamaikan, Mesti Pergi Jika Bercuti di Taman Negara Pahang

AI Trade
Lata Berkoh, Taman Negara. Lata Berkoh terletak di Sungai Tahan, Taman Negara Pahang. Ia merupakan salah satu lokasi yang wajib anda pergi seandainya bercuti ke Taman Negara Pahang. Di sini anda bakal menikmati keindahan alam semulajadi yang segar dan cantik.

Saya dah merasai pengalaman berada di Lata Berkoh ini. Memang best untuk relakskan minda yang kusut, sekaligus membolehkan saya memdapatkan udara serta oksigen segar masuk ke dalam tubuh dan otak.

Cari Ketenangan & Damai di Lata Berkoh, Taman Negara Pahang

Trip ke Lata Berkoh adalah sebahagian daripada percutian saya dengan rakan-rakan sekolah selama 3 hari dua malam di Taman Negara Pahang. Kami menginap di dorm Mutiara Taman Negara dan juga menyewa satu tapak perkhemahan untuk tujuan memasak. Aha .. kami dah ada chef yang memang dibawakan khusus untuk uruskan makan minum.

Chef ini lelaki ya... chef tanpa tauliah.. kah kah kah.

Kami pergi ke Lata Berkoh pada hari terakhir bercuti di Taman Negara Pahang.

Selepas selesai bersarapan pagi, saya dan beberapa rakan lain menuju ke jeti Taman Negara menunggu bot panjang untuk ke Lata Berkoh, dan juga Santuari Ikan Kelah di Lubuk Tenor.
Pengalaman percutian Taman Negara - Lata Berkoh


Tak ramai yang nak ikut ke Lata Berkoh ini, sebab trip di buat pada awal pagi. Sejuk. Ada antara kami yang lebih rela untuk berehat sahaja di dorm dan bersiap apa patut sebelum keluar Taman Negara lebih kurang jam 11:00 pagi.

Perjalanan ke Lata Berkoh lebih kurang 45 minit dengan bot panjang dari jeti Mutiara Taman Negara. Sebelum itu, untuk ke Lata Berkoh, perlu memohon kebenaran masuk, ala .. bayaran cuma RM1 je. Kalau bawa kamera, kena bayar tambahan RM5. Anda tidak dibenarkan memancing di Lata Berkoh, sama juga dengan Lubuk Tenor, kerana ia berada di dalam jajaran Sungai Tahan Taman Negara Malaysia yang dilarang sebarang aktiviti menangkap ikan.
Pengalaman percutian Taman Negara - Lata Berkoh
Sepanjang perjalanan, 100 peratus pandangan mata memang akan melihat keindahan alam semulajadi yang menghijau. Sejuk dan damai.

[Baca Dah?] Pengalaman Pertama Kali Menjejak Ikan Kelah di Lubuk Sungai Keniam

Dalam perjalanan bot akan melalui kawasan Lubuk Simpon yang tak berapa jauh dari Mutiara Taman Negara. Kalau anda menginap di Mutiara Taman Negara, boleh trekking/jalan kaki untuk ke Lubuk Simpon. Ia lokasi sangat sesuai untuk berpiknik dan mandi-manda bersama keluarga.
Pengalaman percutian Taman Negara - Lata Berkoh
Lubuk Tenor, tempat santuari ikan kelah
Suku perjalanan, bot panjang yang membawa kami singgah di Lubuk Tenor yang merupakan Santuari Ikan Kelah di Taman Negara Pahang. Saya ada ceritakan dalam post sebelum ini mengenai tempat ini. Boleh cari ye .. hehe.

Bot dikendalikan oleh dua orang boatman, seorang sebagai jurupandu arah, dan seorang lagi pemandu bot. Seorang duduk di belakang, seorang lagi duduk di depan. Perjalanan agak berliku dan sedikit berombak kerana perlu menongkah arus Sungai Tahan.

Tiba di Lata Berkoh

Pengalaman percutian Taman Negara - Lata Berkoh
Lata Berkoh memang cantik.

Kawasannya agak luas, dan ada air terjun jika menghala ke bahagian lebih dalam Sungai Tahan.

Memandangkan kawasan Lata Berkoh luas, dan mempunyai pemandangan yang cukup cantik .. ia memang lokasi yang sesuai untuk berpiknik serta merehatkan tubuh. Bawa sahaja peralatan yang sesuai, boleh melepak berjam-jam di Lata Berkoh dengan amannya...

Tetapi agak malang buat kami, sebab peralatan nak konon-kononnya berpiknik tidak lengkap. Ada barang yang tertinggal, yang menyebabkan waktu untuk menghabiskan masa di Lata Berkoh terpaksa dipendekkan.

Dapatlah sekadar mandi-manda di jeram yang sejuk dan menyegarkan serta jernih di Lata Berkoh ni.

Gambar-Gambar Sekitar Lata Berkoh, Taman Negara Pahang

Nah beberapa gambar pemandangan di Lata Berkoh tu untuk tatapan anda...
Gambar pemandangan Sungai Tahan
Lata Berkoh
Pemandangan Lata Berkoh


Pengalaman percutian Taman Negara - Lata Berkoh
Pengalaman percutian Taman Negara - Lata Berkoh
Pengalaman percutian Taman Negara - Lata Berkoh


Pengalaman percutian Taman Negara - Lata Berkoh
Pengalaman percutian Taman Negara - Lata Berkoh

Saya sempat rakamkan video dalam perjalanan pulang dari Lata Berkoh ni ... boleh tonton.





Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

2 Comments

  1. teringat pulak saya kat kampung...

    kecantikan alam begini memang terbaik la..

    ReplyDelete
  2. Menarik...pemandangan cantik..sesuai utk mereka yg cintakan alam semulajadi..buat photoshoot kat sini pun cantik ca..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.