Harga Petrol Terkini 2018 Kerajaan Pakatan Harapan

AI Trade
Anda masih ambil tahu mengenai harga petrol terkini tak? Atau dah redha je dengan apa jua harga ditetapkan untuk bahan api itu? Mungkin ada yang tak sedar, harga petrol terkini untuk petrol RON 95, RON 97 dan diesel telah kekal agak lama dalam linkungan tidak lebih dari RM2.20 seliter untuk RON 95, RM2.47 untuk RON 97 dan RM2.16 untuk diesel.

Harga Petrol Terkini 2018 - Kerajaan Pakatan Harapan

Harga Petrol Terkini 2018 - Kerajaan Pakatan Harapan
Harga petrol yang kekal ini sudah berlaku sejak bermulanya parlimen dibubarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bagi membolehkan pilihan raya umum ke empat-belas berlangsung.

Kini, setelah pihak Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru, dan diterajui oleh Perdana Menteri ketujuh Tun Dr. Mahathir Mohammad; ramai yang menantikan harga petrol terkini yang baru.

Namun ...

Apa yang berlaku ialah, harga petrol akan kekal pada harga yang sama iaitu:
  • Petrol RON 95 - RM2.20 
  • Petrol RON 97 - RM2.47
  • Diesel - RM2.18
  • Diesel Euro 5 - RM2.28

Jadual Harga Petrol Malaysia 2018

Jadual Harga Petrol Terkini 2018

Daripada jadual harga-harga petrol yang pernah dicatatkan, kali terakhir harga bahan api petrol ini berubah ialah pada minggu keempat pada bulan Mac 2018. Perubahan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10 sen bagi semua jenis petrol berbanding pada minggu sebelumnya.

Dalam manifesto yang dilancarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, harga petrol akan disemak semula untuk menstabilkannya; manakala pemberian subsidi bersasar untuk petrol dan diesel akan diperkenalkan semula.
Manifesto 10 janji 100 hari
Dengan ini sistem penetapan harga minyak secara mingguan, yang mula dilaksanakan sejak Mac 2017, ditamatkan serta-merta.

Lagipun, kalau diikutkan sistem penetapan mingguan untuk harga petrol terkini tu, pada saya ia agak menyusahkan pengguna. Dan saya pasti ramai pengguna macam saya bersetuju dengan saya. Ia juga menyukarkan perancangan kewangan bulanan kerana harga petrol yang kerap berubah setiap minggu.

Apapun, harapnya harga petrol tidak akan naik mendadak dalam satu tempoh terdekat memandangkan harga minyak mentah dunia sudah nampak kenaikan. Saya dan ramai lagi menaruh harapan agar Kerajaan Harapan yang baru ini akan lebih menjaga kebajikan rakyat, dan tunaikan segala janji yang telah dikatakan dalam manifesto.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

2 Comments

  1. Zumal pun harap harga petrol ni tak naik dah tapi kalau nak bagi turun best juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun harap akan turun juga ni

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.