GST Sah Dimansuhkan - Kata Perdana Menteri & Tan Sri Zeti

AI Trade
GST atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan, sah akan dimansuhkan. Saya memetik laporan beberapa portal berita, termasuklah Berita Harian, Sinar Harian dan Kosmo yang mengatakan bahawa pemansuhan GST adalah keputusan muktamad.

Malah, pihak Kementerian Kewangan juga telah mengeluarkan satu siaran media khas mengenai GST ini di laman Facebook rasmi mereka.

GST Sah Dimansuhkan - Kata Perdana Menteri Tun Mahathir dan Tan Sri Zeti

GST Sah Dimansuhkan - Tun M
Pemansuhan GST telah disahkan oleh Perdana Menteri ke 7, Tun Dr Mahathir Mohammad dan juga Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang menjadi salah seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan, memetik sumber-sumber tersebut.
GST Sah Dimansuhkan
Ini satu berita yang memang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia, kerana mereka merasakan terbeban dengan adanya GST ini sejak ianya diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak pada 1 April 2015. Ramai yang percaya, adanya GST telah mengakibatkan banyak harga barangan termasuklah barangan keperluan naik. Begitu juga dengan produk-produk berkaitan servis dan perkhidmatan.

Dengan pengesahan dan penegasan oleh Tun Mahathir serta Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengenai pemansuhan GST adalah muktamad, saya fikir ia akan melegakan rasa gelisah, gundah, serta kerisauan sesetengah dari kita yang berfikir kemungkinan GST ini akan dipertimbangkan oleh kerajaan baharu.

Keputusan untuk memansuhkan adalah muktamad dan usaha sedang dilakukan untuk merealisasikannya,” kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang merupakan antara lima ahli Majlis Penasihat Kerajaan, memetik Kosmo Online.

Dan menurut Perdana Menteri, Tun Mahathir, seperti dilaporkan Sinar Harian, beliau telah pun mengarahkan kerajaan agar GST tidak lagi dikutip.



"Kita akan bayar balik kepada mereka yang membuat tuntutan..... Kerajaan sebelum dah pungut lebih daripada yang dibayar dalam cukai GST," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

GST Pada Kadar Sifar Mulai 1 Jun 2018

Manakala, dalam satu kenyataan lain memetik dari Bernama dan juga FB Rasmi Kementerian Kewangan telah menetapkan bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar, berkuat kuasa mulai 1 Jun ini.

Dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, GST mula dikuatkuasakan dalam negara mulai 1 April, 2015 pada kadar standard enam peratus.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementeran Kewangan berkata langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuat kuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

Siaran Media Mengenai GST oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Kenyataan Kementerian Kewangan GST Mansuh - Kadar 0 Peratus
Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1 300 88 8500 atau 03-7806 7200 (Pusat Panggilan Kastam).

Tepati Janji Dalam Manifesto Pakatan Harapan

Janji Hapuskan GST
Salah satu daripada janji atau kandungan manifesto kerajaan Pakatan Harapan adalah untuk memansuhkan GST. Ia juga adalah antara 10 janji dalam 100 hari yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan setelah memenangi PRU14.

Rakyat sedang menanti agar segala janji ditunaikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, dengan harapan agar hari-hari mendatang akan menjadi lebih baik untuk semua, baik dari segi pembangunan ekonomi, sosial, dan juga masalah-masalah lain yang telah lama ditanggung.

Kita sebagai rakyat boleh mendoakan agar usaha murni untuk membantu kehidupan rakyat masakini dan masa akan datang akan terlaksana dengan jaya. Jangan hanya sekadar berjanji dan menulis manisfesto semata untuk pilihan raya. :)

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

5 Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih, ramai perlu tahu fakta ini .. hehe

      Delete
  2. alhamdulillah kalau betul 1 jun GST dimansuhkan ,,senang sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moh sama-sama doa semoga ia akan benar-benar terlaksana. Hanya Allah S.W.T Maha Merancang segala sesuatu.

      Delete
  3. Insyaallah lepasni ni kita dapat kurangkan kadar kemiskinan. Hapuskan gst n trunkn harga barang baru semua dapat rasa. Ni bagi brim wujud gst taraaa guna maaa . Jom lawati blog kami https://www.ketamkecil.com/7-makanan-pesakit-endometriosis-untuk-kurangkan-sakit-setiap-bulan/

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.