Geram Lihat Ikan Kelah Saiz Mega di Lubuk Tenor, Sungai Tahan

AI Trade
Kalau ke Taman Negara Pahang, tak sah kalau tak pergi ke Lubuk Tenor, Sungai Tahan. Di Lubuk Tenor inilah, anda dengan mudahnya boleh melihat secara dekat ikan Kelah Merah bersaiz mega yang kelihatan jinak. Bukan setakat ikan spesies termahal itu, malah ada beberapa spesies ikan air tawar lain seperti Tengas, Lampam serta Sebarau yang saiznya memang luar biasa.

Geram Melihat Ikan Kelah Merah Saiz Mega di Lubuk Tenor

Lubuk Tenor adalah merupakan kawasan santuari ikan Kelah di Taman Negara Pahang. Ianya terletak dalam jajaran Sungai Tahan menghala ke Lata Berkoh yang terkenal dengan kecantikan alam semulajadinya.
Lubuk Tenor, Santuari ikan Kelah di Taman Negara Pahang

Saya dan rakan-rakan sekolah menengah telah berkesempatan untuk bercuti di Taman Negara Pahang, dan merasai pengalaman best berada di Lubuk Tenor ini yang menjadi tempat Santuari Ikan Kelah.

Untuk ke Lubuk Tenor, cara paling mudah ialah dengan menaiki bot panjang. Bayaran perkhidmatan pengangkutan bot ke Lubuk Tenor adalah RM160 satu bot yang boleh memuatkan sehingga 4 orang pelancong dengan dua boatman. Anda boleh naik dari Jeti Kuala Tahan atau dari jeti tempat penginapan utama di sini iaitu Mutiara Taman Negara.
Jeti untuk ke Lubuk Tenor, Taman Negara Pahang
Boatman seramai dua orang diperlukan untuk memastikan perjalanan anda ke destinasi sepanjang Sungai Tahan adalah selamat dan selesa. Masa yang diambil dari jeti untuk ke Santuari Kelah di Lubuk Tenor lebih kurang 30 minit.

Lubuk Tenor Nampak Tenang, Tetapi Dihuni Ikan Saiz Mega

Bila sampai sahaja ke Lubuk Tenor ini, anda tak akan perasan bahawa kawasan tersebut penuh dengan ikan pelbagai spesies termasuklah ikan Kelah Merah. Ikan-ikan di sini bersaiz mega, luar biasa besar jika dibandingkan dengan tempat lain.

Mana tidaknya, setiap kali pelancong datang menjenguk ke lubuk ini, pasti akan mendapat makanan percuma yang ditabur. Lagipun ia kawasan larangan memancing di Taman Negara Pahang.

Ikan-ikan nampak jinak kerana tidak takut didekati setiap kali makanan seperti dedak dan roti ditabur. Namun, sejinak-jinak ikan yang ada di situ, ianya sukar untuk ditangkap atau dipegang.

Menurut boatman yang menemani kami, seandainya kami dapat menangkap spesies ikan di Lubuk Tenor itu dengan tangan, kami boleh membawanya balik tanpa dikenakan sebarang tindakan. Untuk pengetahuan, denda boleh dikenakan ke atas setiap ikan yang dibawa keluar dari kawasan Sungai Tahan, kerana ia merupakan kawasan larangan memancing dan menangkap ikan menggunakan peralatan.
Lubuk penuh ikan saiz mega di Sungai Tahan
Geram Lihat Ikan Kelah Saiz Mega


Lubuk Tenor, Sungai Tahan
Lubuk Tenor, lubuk ikan Kelah di Sungai Tahan
Rakan-rakan saya cuba juga untuk menangkap ikan Kelah terutama spesies Kelah Merah yang nampak jinak memakan dedak yang ditabur, tetapi ... uhh memang susah dan mustahil. Setiap kali tangan cuba nak mencapai, ikan tersebut cepat melarikan diri.

Memang rasa geram melihat ikan Kelah bersaiz mega berenang bebas di Lubuk Tenor.

Oh ya, anda dibenarkan untuk mandi 'bersama' ikan di Santuari Kelah ini. Boleh je berenang dengan ikan-ikan di situ, cuma perlu berhati-hati kerana ada kawasan yang sangat dalam di lubuk berkenaan.

[Baca] Aktiviti Memancing Kini Dibenarkan di Lubuk Tenor, Sungai Tahan

Jika anda ke Taman Negara Pahang, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk ke Santuari Ikan Kelah ini yang terletak di Lubuk Tenor, Sungai Tahan. Ia satu pengalaman yang sangat best dan pasti anda akan ingat sampai bila-bila.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments