Desas-desus pemberian khas atau bonus untuk kakitangan awam sempena Aidilfitri 2018 semakin diperkatakan apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir menyatakan pemberian bonus itu akan dilakukan sebelum Aidilfitri 2018.

Pemberian khas sebanyak RM500 untuk kakitangan awam sempena Aidilfitri 2018 pernah dinyatakan di dalam Bajet 2018 ketika pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Ia adalah sebahagian daripada pemberian khas sebanyak RM1,500 di mana RM1,000 telah pun dibayar kepada kakitangan awam pada 8 Januari 2018, dan RM500 lagi dijangka dibayar pada 7 Jun 2018.

Desas-Desus Bonus Aidilfitri 2018 Untuk Kakitangan Awam

Kerajaan Pakatan Harapan Bayar Bonus Aidilfitri Kakitangan Awam
Desas-desus tentang pemberian khas atau bonus ini mula diperkatakan apabila pada Pilihan Raya 14, kerajaan Barisan Nasional telah gagal membentuk Kerajaan Persekutuan, sebaliknya kerajaan Persekutuan Malaysia kini ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ramai yang risau malah ada yang menganggap pemberian bonus sempena Aidilfitri akan terbatal dek kerana perubahan pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini.

Bayaran Bonus Aidilfitri 2018 Seperti Dalam Pekeliling Kerajaan

Pun begitu, perkara pembayaran khas atau bonus sempena Aidilfitri 2018 ini telah dinyatakan dalam pekeliling diedarkan sebelum ini daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2017 (JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (21)) dan juga Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2017 (ANM(T) 81/10/6/10 (34).

Desas-Desus Bonus Aidilfitri 2018 Kakitangan Awam
Jadinya, desas-desus pembayaran khas atau bonus Aidilfitri 2018 sebanyak RM500 kepada penjawat atau kakitangan awam akan dibayar pada 7 Jun 2018, boleh dikatakan benar.

Apatah lagi, pimpinan baru Kerajaan Persekutuan di bawah teraju Perdana Menteri ke 7, Tun Dr. Mahathir dilaporkan sebagai berkata bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan memberikan bonus sebelum Aidilfitri 2018 kepada kakitangan awam di Malaysia.

Bila Tarikh & Jumlah Pembayaran Sebenar Bonus Aidilfitri 2018 Untuk Kakitangan Awam?

Cumanya ...

Tak dipastikan bilakah tarikh sebenar pemberian bonus sempena Aidilfitri 2018 akan diterima oleh lebih 1.6 juta penjawat awam Malaysia, walaupun surat pekeliling mengenainya telah dikeluarkan sebelum ini.

Juga jadi tanda tanya ialah ...

Berapakah jumlah sebenar yang akan dibayar oleh kerajaan sebagai bonus Aidilfitri 2018 ini kepada penjawat awam?

Dalam manifesto 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan tidak dinyatakan secara khusus sama sekali mengenai apa yang bakal dinikmati oleh penjawat awam di Malaysia seandainya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.

Daripada beberapa sumber yang saya terima ...

Desas-desus mengatakan bahawa pemberian khas atau bonus Aidilfitri akan tetap diterima sebanyak RM500 kepada penjawat awam pada 7 Jun 2018 seperti dinyatakan dalam pekeliling Kerajaan Persekutuan sebelum ini adalah benar. Tarikh 7 Jun 2018 juga adalah tarikh pembayaran gaji untuk seluruh kakitangan awam Malaysia untuk bulan Jun.

[Baca] Tarikh Pembayaran Gaji 2018 Untuk Kakitangan Awam Malaysia

Apatah lagi surat ada surat makluman yang viral berkaitan pemberian bonus Aidilfitri tersebut.

Cumanya, pemberian khas atau bonus Aidilfitri 2018 ini, kemungkinan akan hanya dibayar terhad kepada penjawat awam di gred 41 dan ke bawah sahaja. Manakala pegawai perkhidmatan awam di atas gred 42 adalah tidak layak atau berkemungkinan besar tidak akan menerima bantuan khas atau bonus Aidilfitri 2018 ini.

Ini bermakna bonus ini bukan diberikan untuk keseluruhan 1.6 juta penjawat awam di Malaysia.

Kesimpulan

  • Bonus Aidilfitri 2018 untuk kakitangan awam akan dibayar sebelum Hari Raya. Tarikh 7 Jun 2018 adalah satu kemungkinan besar.
  • Jumlah pemberian bonus belum ditentukan. Ia mungkin kurang daripada RM500 atau lebih daripada RM500. Tidak tertakluk dengan pekeliling sebelum ini di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.
  • Penerima pemberian khas atau bonus Aidilfitri 2018 kemungkinan besar bukan untuk keseluruhan 1.6 juta penjawat awam, ia mungkin hanya dibayar untuk gred bawah 41 sahaja. Untuk info, gaji secara purata maksima untuk kakitangan awam gred 41 adalah tidak lebih daripada RM10,000 sebulan.

Sekarang, anda sudah sedia maklum akan desas-desus pemberian bonus Aidilfitri 2018 untuk kakitangan awam di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan. Ia mungkin satu berita yang benar, dan mungkin juga kurang tepat.

Segalanya bergantung dengan pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang pastinya akan mengambil kira keupayaan kewangan dan ekonomi negara Malaysia masakini.
=====
#UPDATE
Pemberian khas Aidilfitri 2018 adalah RM400 diberikan kepada kakitangan awam gred 41 ke bawah. Manakala pesara terima RM200.
======
Andai ada pemberian bonus Aidilfitri 2018 seperti dinyatakan sebelum ini dalam pekeliling, pastinya ia akan jadi berita gembira dan bermakna untuk sambutan Hari Raya tahun ini untuk kakitangan awam seluruh Malaysia.

Pastinya mereka ini akan berterima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana prihatin.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bagi yang ada duit...

    duit bonus bukan keperluan tetapi kehendak

    BalasPadam
  2. Dapat yg baki RM500 tu pun dah bersyukur dah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement