RinggitPlus Banner

Cara Keluarkan Duit Tanpa Kad ATM, Guna Maybank2u App di Smartphone Sahaja

AI Trade
Pernah tak hadapi situasi kad bank anda kena telan mesin ATM? Aha ... lagi haru bila ianya terjadi ketika bank dah tutup atau di mesin ATM yang bukan milik kad bank tersebut. Situasi ini dah pernah terjadi pada saya. Untuk itu, saya nak kongsikan kepada anda bagaimana nak keluarkan duit tanpa kad bank, hanya menggunakan smartphone anda dan menggunakan aplikasi Maybank2u.

Ok. Pertama sekali saya nak ingatkan kepada anda yang cara ini adalah untuk pendeposit Maybank sahaja. Kalau bank lain, saya tak pasti samada boleh atau tidak menggunakan cara keluarkan duit tanpa kad bank.

Cara Untuk Keluarkan Duit Tanpa Guna Maybankard di Mesin ATM

Cara Untuk Keluarkan Duit Tanpa Guna Maybankard di Mesin ATM
Baru-baru ini, kad bank Maybank (Maybankard) saya telah kena telan tak semena-mena. Dah masukkan nombor pin yang betul, tetapi kena telan oleh mesin ATM. Uhh jahat betul mesin ATM Maybank ni. Dah la ketika itu, memang saya nak gunakan duit cash.

Kisah Kad ATM Maybank (Maybankard) Kena Telan, Duit Tak Keluar

Lalu, seperti kebiasaannya .. saya pun buatlah report pada pegawai Maybank yang ada di situ. Katanya, kena buat kad bank yang baru. Tapi, saya tak boleh nak buat kad bank ketika itu disebabkan waktu operasi bank dah tamat .. huhu .. dah jam 4:40 petang.

"Cik, kad ATM saya kena telan, tadi saya nak keluarkan RM200 .. tetiba sebelum dapat keluarkan duit, kad ATM saya kena telan" adu saya pada pegawai Maybank.

"Duit saya tak keluar ... tapi kad ATM saya kena telan" kata saya lagi.

"Boleh berikan kad pengenalan? nanti saya semak sekejap" beritahu pegawai Maybank.

Selang 10 minit selepas itu, pegawai bank yang cantik berpakaian kebaya turun dari tingkat atas Maybank cawangan Parit Buntar dengan membawa sehelai kertas dan juga MyKad saya.

"Duit encik masih ada, yang nak keluar tadi dia automatik masuk balik dalam akaun" kata pegawai Maybank tu.

Saya lega. Ingatkan duit tak keluar dari ATM tu dah kena tolak dari akaun. Manalah tahu kan .. risau juga, tekan-tekan mesin, transaksi nampak dah berjaya .. tapi duit tak keluar, kad ATM kena telan.

Apa perlu saya buat?

Pegawai bank minta saya hadir di bank pada keesokkan harinya seawal jam 9:15 pagi.

Mengeluh panjang saya (jangan amalkan).

"Saya nak ke Kelantan ni cik ... tak boleh ke keluarkan kad bank saya dari mesin ATM?" tanya saya pada pegawai bank tu.

"Tak boleh cik, prosedur sekarang memang macam tu, kena buat kad ATM lain" beritahu pegawai Maybank. Saya sedikit hairan, sebab dulu-dulu boleh je keluarkan kad ATM dari mesin tu .. rupanya sekarang prosedur dah lain. Aduhhh ...


Saya terima je penjelasan dari pegawai Maybank tu.

Kemudian, saya pun buka aplikasi Maybank2u dalam smartphone Oppo saya .... huhu. Niatnya, nak check samada duit RM200 yang nak dikeluarkan dari akaun tu masih ada, yelah.. itu je baki yang ada dalam akaun Maybank saya. Kira duit nyawa tu ...nak ke Kelantan...haha.

Nasib Baik Duit Nak Keluar Tu Masih Ada Dalam Akaun

Alhamdulillah. Ada lagi RM200 tu.

Saya pun check aplikasi Maybank tu .. eh boleh buat cardless withdrawal la.

Saya pun teringat yang saya pernah buat 'Send Duit Raya' guna Maybank2u App ni. Masa tu saya nak bagi duit raya kat anak saya, tanpa gunakan kad ATM, boleh keluarkan duit kat ATM dengan masukkan dua kod khas.

Hmm ... saya pun cuba cara ni. Saya memang nak gunakan duit tu sebab nak bawa famili bercuti ke Kota Bharu. Percutian ad-hoc ni .. haha .. Ngok kan? Tak ada duit tapi gatal nak pergi bercuti .. haha.

Sib baik tempahan penginapan dah settle guna aplikasi Traveloka. Guna Traveloka leh dapat diskaun banyak untuk tempahan hotel secara online. Kalau nak bercuti je, memang akan gunakan aplikasi Traveloka untuk tempah bilik penginapan.

[Baca] Bercuti ke Kota Bharu - Bersantai Petang di Pantai Cahaya Bulan Dengan Famili

Alhamdulillah, mudah sebenarnya nak keluarkan duit dari ATM tanpa gunakan kad Maybank ni. Saya fikir ramai kot yang tak tahu bahawa dengan menggunakan aplikasi Maybank2u dalam smartphone boleh keluarkan wang tunai.

Bagaimana Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Guna Smartphone/Tanpa Kad?

Kerana itu, saya nak kongsikan cara-cara nak keluarkan duit tanpa kad ini sebagai panduan kepada rakan-rakan pembaca blog ini. Manalah tahu satu hari ini perlu menggunakan cara ini untuk keluarkan duit dari akaun.

Pertama sekali, anda mestilah pengguna atau pendeposit Maybank. Keduanya, anda perlu ada aplikasi Maybank2u dalam smartphone anda. Jika belum boleh muat-turun secara percuma di Google Play (android) atau AppStore (iPhone/iPad). Ketiganya ialah, anda mesti daftarkan nombor telefon yang betul untuk terima SMS pemberitahuan daripada Maybank - untuk penghantaran kod rahsia.

Orait. Meh lihat cara-caranya ...
Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Guna Smartphone/Tanpa Kad
Langkah #1 - Login ke aplikasi Maybank2u di smartphone. Sesetengah smartphone, hanya gunakan wajah (face recognition) atau jari je untuk login ke aplikasi ni. Namun, untuk gunakan transaksi cardless withdrawal ni, mesti masukkan password Maybank2u.

Langkah #2 - Apabila dah login ke akaun Maybank2U di telefon anda, pilih menu 'Mobile' yang terletak di bawah skrin macam ditunjukkan di bawah ini (1).
Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Guna Smartphone/Tanpa Kad
Anda mungkin perlu memasukkan password Maybank2u semula untuk pengesahan. Kemudian, pilih 'Cardless ATM Withdrawal' seperti ditunjukkan di atas (2).

Langkah #3 - Pilih akaun bank yang anda mahu duit itu dikeluarkan. Biasanya akan ditunjukkan akaun simpanan yang kebanyakkan dari kita miliki. Kadang ia akan tunjukkan akaun premium dan juga akaun kad debit yang lain. Macam saya, cuma ada satu akaun simpanan al-wadiah-i je dengan Maybank ni, maka ia akan tunjukkan seperti di (3). Klik je pada nama akaun tersebut.

Langkah #4 - Apabila dah pilih akaun mana nak keluarkan duit tu, ia akan keluar paparan untuk masukkan nombor telefon penerima. Dalam kes saya ini, maka saya masukkan nombor telefon sendiri. Anda kena klik ikon buku alamat seperti ditunjukkan (4).

Boleh terus pilih nama penerima daripada senarai nombor telefon yang ada dalam telefon anda (5) - Pastikan nama penerima ada dalam buku alamat telefon. Jadi, kalau diri sendiri, kena ada nama sendiri dan nombor telefon sendiri dalam buku alamat. Ini adalah ciri keselamatan - hanya membolehkan nombor telefon yang anda kenal sahaja akan menerima duit transaksi tanpa kad ini.
Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Guna Smartphone/Tanpa Kad
Anda wajib masukkan nombor telefon penerima tu. Kalau tidak, transaksi ni tak sah dan tak boleh diteruskan. Lepas dah dipaparkan nombor telefon penerima tu, maka klik 'Continue'.

Langkah #4 - Anda akan diminta untuk pilih amaun yang ingin dipindahkan atau dikeluarkan menggunakan pengeluaran tanpa kad (6). Maksima cuma RM300 untuk transaksi satu hari. Dan untuk satu nombor telefon cuma boleh terima dua kali transaksi menggunakan cara ini.
Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Guna Smartphone/Tanpa Kad
Sila ambil ingatan bahawa anda akan dikenakan caj untuk servis pengeluaran duit tanpa kad ini. Jika anda anda buat dua kali transaksi ini, maka dua kalilah anda kena caj. Orait? Faham eh.

Selepas dah pilih amaun, klik butang 'AGREE & REQUEST TAC' tu.

Anda akan terima TAC di telefon bimbit anda macam ditunjukkan pada (7). Sahkan transaksi ini dalam aplikasi Maybank2u tadi.

Dua Kod Rahsia Penting Untuk Keluarkan Duit Tanpa Kad

Sebaik sahaja anda sahkan, anda akan terima satu lagi SMS daripada Maybank2u. Ia akan hantar satu kod dinamakan 'Collect Code' seperti ditunjukkan pada (8). Ia merupakan kod rahsia enam angka dihantar kepada anda sebagai pemilik akaun Maybank. Kod ini penting untuk pengeluaran duit tanpa kad di mesin ATM Maybank nanti. Tanpa kod ini, tak boleh nak keluarkan duit.

Satu lagi kod rahsia akan dihantar kepada penerima menerusi SMS. Dalam kes saya ni, sayalah yang akan terima kod kedua ini .. hehehe. Kod ini adalah kod enam angka + nombor telefon yang hantar duit tu; contoh: 123456NOTELPENGHANTAR. Jadi dalam kes saya ni, sebab saya nak keluarkan duit cash dari akaun sendiri, jadi ia akan tunjukkan nombor telefon sayalah.

Tanpa kedua-dua kod ini, transaksi untuk keluarkan duit tunai dari mesin ATM tanpa gunakan kad tidak boleh dilakukan.

Mesti nak ada dua-dua kod. Simpan baik-baik ye.

Setelah selesai transaksi dibuat di aplikasi Maybank2u tu, ia akan paparkan butiran berikut; A - Nama penerima (seperti dalam buku alamat telefon anda), B - Nombor telefon penerima dan tempoh masa diberikan untuk gunakan transaksi ini. Tak boleh lebih tempoh tu, ia akan jadi tak valid. Dalam kes saya, nama penerima dan nombor telefon adalah nombor saya.
Cara Keluarkan Duit Tanpa Kad Guna Maybank2u App
Langkah #5 - Pergi ke mana-mana ATM Maybank berhampiran. Sekali lagi saya ingatkan, kedua-dua kod pengeluaran mesti ada. Iaitu kod 'Collect Code' dan kod transaksi. Tanpanya, anda tak boleh keluarkan duit tanpa kad.

Di mesin ATM Maybank, tekan atau klik je mana-mana butang. Paparan di bawah akan keluar. Pilih 'Pengeluaran Tanpa Kad'.
Cara Keluarkan Duit Tanpa Kad Guna Maybank2u App


Anda kemudian diminta untuk masukkan kod enam angka iaitu 'Collect Code'. Jika ia kod yang betul, ia akan kemudian minta anda masukkan kod transaksi XXXXXXNoTelAnda. Semua kod ini dihantar menerusi SMS sebelum ini. Jadi, semak di situ untuk kod yang betul.

Dah. Tu je. Mudah.

Selesai terima duit dari ATM, satu resit akan dikeluarkan. Pemberitahuan yang duit dikeluarkan menerusi transaksi tanpa kad juga akan dihantar menerusi SMS ke pemilik akaun.

Wajib Ada Aplikasi Maybank2u di Smartphone

Tak perlu risau kalau anda tak ada Maybankard atau tertinggal kad ATM Maybank anda. Cuma perlukan aplikasi Maybank2u di telefon anda untuk keluarkan duit.

Oh ya, lagi satu ciri aplikasi Maybank2u ini yang best ialah membayar pembelian menggunakan kod QR atau dinamakan QRPAY. Anda tak perlu ada wang tunai, cukup ada wang dalam akaun Maybank anda. Ianya boleh digunakan di mana-mana tempat pembayaran yang ada logo QRPAY Maybank ni.

Baiklah, tu lain kali saya cerita cara nak guna.

[Baca Dah?] Cara Dapatkan Bank Statement Menerusi Maybank2u

Saya harap panduan cara nak keluarkan duit tanpa Maybankard/kat ATM Maybank ini akan dapat dimanfaatkan orang lain. Ia juga cara paling mudah untuk pindahkan duit secara tunai (maks RM300) tanpa penerima mempunyai akaun Maybank.

Terima kasih kerana sudi membaca ye ... silalah share andai ia berikan info baik untuk diri dan manfaat pada orang lain.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments