Baru-baru ini, saya ada buat satu blog post mengenai Syed Saddiq, yang merupakan antara belia muda yang berjaya menjadi ahli Parlimen Malaysia setelah menang dalam Pilihan Raya 14 (PRU14). Saya ingatkan Syed Saddiq adalah ahli Parlimen paling muda di Malaysia, rupanya fakta saya tak cukup lengkap ....haha .. kantoi dah.

Prabakaran Ahli Parlimen Termuda Malaysia, Pecah Rekod Datuk Seri Najib

Anak Muda Ini Pecah Rekod Najib Razak
Kalau nak tahu, ahli Parlimen paling muda ialah P. Prabakaran dari parti bebas. Anak muda ini telah berjaya memecahkan rekod ahli Parlimen paling muda dalam sejarah Malaysia yang sebelum ini dipegang oleh Dato Seri Najib Tun Razak.

Dato Seri Najib Tun Razak sebelum ini telah memegang rekod sebagai ahli Parlimen paling muda di Malaysia setelah menang kerusi Parlimen Pekan, mengambil-alih tempat YB sebelum itu, arwah ayah beliau, yakni Tun Razak.

Kemenangan P. Prabakaran dari parti bebas dalam PRU14 ini memang tidak disangka-sangka bagi hampir kebanyakan orang. Al maklumlah, ada beberapa isu berkaitan soal latar belakang pendidikan dirinya yang menjadi bualan.

Aha, kalau yang tak berapa tahu tu, P. Prabakaran adalah seorang mahasiswa dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Masih belum lagi tamat belajar, tetapi telah berjaya menang dalam satu pilihan raya yang melibatkan pertembungan 4 penjuru!
Prabakaran Ahli Parlimen Termuda Malaysia
P. Prabakaran diisytiharkan sebagai ahli Parlimen termuda di usia 22 tahun 3 bulan. Belia ini yang berjaya memecahkan rekod 42 tahun Dato Seri Najib sebagai ahli Parlimen termuda telah memperoleh 38,125 jumlah undi di kawasan Parlimen Batu.

Ianya sekaligus menewaskan pencabarnya Dr Dominic Lau Hoe Chai dari Barisan Nasional (13,687), Azhar Yahya dari Pas (10,610), dan Datuk VM Panjamothy dari bebas (383). Ini merupakan jumlah undi cukup besar untuk beliau yang merupakan kali pertama bertanding. Cukup hebat bukan?
Anak Muda Ini Pecah Rekod Najib Razak Sebagai Ahli Parlimen Paling Muda
Kerusi Parlimen Batu sebelum ini disandang oleh Tian Chua dari Parti Keadilan. Atas sebab perundangan, Tian Chua tidak dapat bertanding di dalam PRU14 ini. Dek kerana itulah, Tian Chua dari Parti Keadilan memberikan sokongan padu (endorsement) kepada P. Prabakaran untuk menjadi calon bebas di Parlimen Batu.

Yang menariknya ialah, sebelum adanya sokongan padu dari Parti Keadilan, Yang Berhormat Termuda Malaysia ini cuma berkempen untuk PRU14 menerusi laman sosial sahaja, dan cuma memuat-naik 3 buah video untuk berkempen.

Antara intipati manifestonya adalah bagi mewakili suara belia dan anak muda di peringkat Parlimen dan meningkatkan kemasukan lebih ramai golongan belia dalam arena politik. Malah, beliau mencadangkan agar usia layak untuk mengundi diturunkan dari umur 21 tahun ke 18 tahun.


Kemenangan P. Prabakaran tentunya menjadi satu inspirasi kepada ramai belia muda yang lain terutama yang mahu terlibat dalam arena politik Malaysia.


Oh ya, saya juga nak memberitahu anda bahawa anak muda ini telah menyertai Parti Keadilan, dan akan menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan di Parlimen. Tahniah diucapkan kepada anak muda ini yang merekodkan sejarah tersendiri sebagai ahli Parlimen termuda di Malaysia, selain pegang rekod sebagai Yang Berhormat paling muda dalam Parti Keadilan.
Ahli Parlimen Termuda Malaysia

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement