Jom Undi Nama SUV Pertama PROTON. Satu berita yang mungkin menarik untuk rakan-rakan yang menggemari jenama dan model kereta nasional PROTON. Ikhlas, saya sendiri adalah salah seorang peminat kereta PROTON walaupun jujurnya saya sudah tidak memiliki mana-mana model kereta jenama nasional ini, buat masa sekarang.

Walaupun saya tidak lagi menggunakan PROTON sebagai kenderaan rasmi keluarga, tetapi saya kekal berbangga dengan apa yang telah dikecapi oleh oleh PROTON sejak tahun 1983. Masih ingat lagi, ketika waktu kecil .. saya mempunyai baju dan seluar dengan gambar kereta Proton Saga berwarna merah serta berwarna biru. Malah, saya pernah masuk bertanding untuk melukis gambar kereta PROTON di masa akan datang (future).

Undi Nama SUV Pertama PROTON

Undi dan Beri Nama SUV Pertama PROTON
Teka Nama SUV Pertama PROTON
PROTON, adalah jenama kebanggaan Malaysia. Ia buatan Malaysia. Walaupun dilanda beberapa kontroversi, tetapi ia tetap ada di sini. Ia tetap menjadi satu sejarah paling manis dalam industri permotoran tanahair. Namanya sudah ada dalam buku sejarah buku teks anak-anak sekolah.

Tentukan Nama SUV Pertama PROTON Menerusi Undian Online

[post_ads]
Baru-baru ini, PROTON ada mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan SUV Pertama PROTON. Nama 'sebenar' untuk SUV pertama PROTON ini masih lagi belum ditentukan secara rasmi lagi.

Sudah ada beberapa nama yang diberikan untuk nama PROTON SUV ini, namun ia masih lagi belum dipilih secara total. Untuk itu, pihak PROTON mahukan kerjasama dan bantuan anda untuk memilih daripada lima empat nama yang telah diberikan menerusi undian secara online.

PROTON telah melancarkan undian secara dalam talian ini pada Isnin, 2 April 2018 bagi menjemput orang ramai untuk mengundi nama SUV pertama PROTON.

Dibuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

Undian dalam talian ini akan berlangsung selama satu bulan menerusi laman Facebook rasmi PROTON (www.facebook.com/ProtonCarsOfficial) dan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa sebarang pembelian diperlukan.

Aha, jadi ia satu yang amat menarik, dan saya pasti ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mengundi nama-nama yang telah disenaraikan untuk SUV pertama PROTON ini.

Memetik sumber dari laman rasmi FB PROTON ...

"Kami ingin berkongsi bersama rakyat Malaysia peristiwa yang bermakna ini kerana SUV baharu tersebut juga merupakan simbol pencapaian untuk negara kita. Oleh itu, kami akan memberi ganjaran kepada orang ramai yang turut serta dalam undian ini dan seramai lima orang responden yang bertuah akan dipilih sebagai pemenang untuk menerima hadiah-hadiah menarik," kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON.

Baucar hadiah bernilai RM100,000 akan dibahagikan kepada para peserta sebagai tanda penghargaan manakala lima pemenang utama akan dipilih berdasarkan makna terbaik yang diberikan di sebalik nama yang mereka undi.

Pakej hadiah yang bakal diterima terdiri daripada pengalaman bernilai seperti undangan ekslusif VIP pada majlis pelancaran serta diberi penghormatan untuk menjadi antara orang pertama memandu uji dan melihat sendiri teknologi dan ciri-ciri terkini yang terdapat pada SUV tersebut di trek ujian PROTON di Shah Alam.

Cadangan Nama Lain Untuk SUV Pertama PROTON

Selain itu juga orang ramai turut diberi pilihan untuk mencadangkan nama lain bagi SUV tersebut.

Saya sendiri telah memberikan nama lain untuk SUV pertama PROTON ni .. tak jauh banyak pun dengan senarai nama SUV PROTON yang diketengahkan, cuma mungkin lebih memberikan makna dan maksud lebih jelas ... (kononnya la) ....

Yang bestnya, andaikata nama yang dicadangkan tu terpilih ... saya mungkin akan menjadi seorang pemenang bertuah yang bakal menerima hadiah pakej pelancongan 2 orang selama 4 hari 3 malam ke Hangzhou dan Shanghai termasuk lawatan ke ibu pejabat Geely.
[post_ads_2]
Fuh .. memang menarik tu, memandangkan saya tak pernah lagi keluar dari Asia Tenggara ni. Paling jauh saya pernah pergi di luar Malaysia adalah ke Bandung .. itupun rombongan je .. huhu.

Oh ya, mungkin ramai yang tak tahu ...

SUV pertama PROTON ini adalah merupakan model pertama yang dibangunkan bersama Geely.

Ia merupakan SUV premium pertama bagi segmen C yang dihasilkan oleh jenama automotif Malaysia dan akan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri seperti sistem keselamatan pasif, aktif dan kognitif yang kebiasaannya hanya didapati pada kereta jenama lain yang lebih premium.

Jadi, macamana? Nak turut serta tak dalam undian dan berikan nama lain untuk SUV pertama PROTON ini?

Undian boleh dibuat secara online terus menerusi link berikut:

Undian Dalam Bahasa Inggeris

Sound the trumpets as PROTON's 1st SUV is coming! Vote for the best name for our SUV and stand a chance to win a priceless gift to personally witness this historical moment. History is calling! Vote now!

Vote here: https://www.surveymonkey.com/r/Proton1stSUV_Eng

Undian Dalam Bahasa Melayu

Bunyikan semboyan! SUV PROTON pertama akan tiba! Undi nama terbaik untuk kereta SUV kami dan berpeluang untuk memenangi tempat untuk menyaksikan sendiri detik bersejarah ini. Lakarkan sejarah! Undi sekarang.

Undi disini: https://www.surveymonkey.com/r/Proton1stSUV_BM

Undian Dalam Bahasa Mandarin

划时代的集结号已经吹响,宝腾首款SUV即将登陆马来西亚。“历史之约,不容错过”,参与命名,见证历史,大奖无价。期翼您投出宝贵的一票。伴我驰骋,就在此时。

在此,我们邀请您投票选出宝腾首款SUV最好的名字。

在此投票: https://www.surveymonkey.com/r/Proton1stSUV_Mand

Tarikh tutup undian ini adalah pada 30 April 2018 jam 11.59 malam dan pemenang akan diumumkan sebelum tarikh pelancaran SUV pertama tersebut.

Kepada yang ingin mencuba dan menjawab undian ini, saya ucapkan semoga berjaya.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement