Seronok tak kalau anak-anak anda di usia masih kecil sudah boleh dan gemar membaca? Aha... sesungguhnya anak-anak yang boleh dan dapat membaca pada awal usia akan bantu dalam proses pembelajaran dan menjadikan mereka lebih pintar.

Dari pengalaman saya, anak dah boleh diajar untuk membaca seawal berusia 3 tahun. Pun begitu, pada peringkat ini, ia bersifat lebih santai, mudah dan menyeronokkan. Tidak rigid dan tidak secara keterlaluan.

4 Tips Untuk Merangsang Perkembangan Bayi Agar Jadi Bijak

Tips Rangsang Perkembangan Bayi Agar Bijak
Tips Rangsang Perkembangan Bayi Agar Bijak
Sebenarnya, kalau mahukan anak anda cepat membaca .. sebagai ibu bapa, haruslah ransang dahulu sel-sel otak anak untuk berkembang. Aha .. bukan setakat memberikan pemakanan yang sihat je, ibu bapa perlu proaktif sikit dan ambil inisiatif untuk meransang perkembangan otak anak.

Jika anda anda baca buku "Ajar Anak Kecil Membaca Awal", dalam tu ada diberikan beberapa tips atau cara untuk merangsang perkembangan otak anak sejak dari kecil atau masih bayi.

Masa atau umur paling sesuai untuk mula merangsang otak anak ketika bayi ialah ketika umur antara 3 hingga 12 bulan.

Pada peringkat usia sebegini, mata bayi sudah mahu untuk melihat dengan baik. Jika anda sedar, anda akan lihat bahawa anak anda ketika umur bayi ini sudah mula peka kepada warna-warna yang terang dan juga dapat melihat objek di sekitarnya dengan mengerakkan kepalanya.

Sekarang saya nak kongsikan tentang 4 cara (dari buku tersebut) untuk merangsang perkembangan bayi sejak usia 3 bulan sehingga 12 bulan yang pertama ini. In Sha Allah, ia akan bantu anak anda untuk menjadi anak yang pandai dan bijak, malah mampu membaca di awal usia.

Usia 3 Hingga 6 Bulan

1. Menggantungkan Mobile Berwarna Terang

Apakah itu mobile? Mobile ialah bahan berbentuk gambar, karektor, haiwan .. hmm atau soft toy yang digantung atau bergantungan. Contoh macam di bawah ini ...
Menggantungkan Mobile Berwarna Terang
Carilah soft toy atau mobile berwarna-warni dengan jarak 25 cm (10 inci) daripada mata bayi yang bertujuan untuk merangsang daya penglihatan mereka.

Dalam buku tersebut, ia mencadangkan agar mobile ini digantung dengan menggunakan tali elastik untuk menggalakkan bayi untuk menyentuh, menarik dan mengerakkan mobile tersebut. Cara ini secara tidak langsung dapat membantu dalam merangsang perkembangan fizikal bayi.

Ibu bapa pun akan turut seronok apabila melihat bayi memberikan respon yang positif.

2. Menghubungkait Bacaan Dengan Realiti

Baca untuk anak walaupun anda mungkin fikir bayi anda tidak faham. Jangan sesekali kita merasakan sesi membaca bersama bayi ini adalah suatu yang sia-sia. Ramai yang anggap yang bayi sekecil umur 3 hingga 12 bulan ini tidak faham apa yang dibacakan kepadanya. Sebenarnya, perkara ini adalah fakta yang tidak tepat.

Ibu bapa kena buat rutin ini. Rutin membaca bersama bayi adalah sangat penting terutamanya dalam perkembangan bahasanya. Kalau anda mahu anak anda kelak mengenal banyak bahasa, inilah masanya untuk anda mulakan.

Selain itu, interaksi antara ibu bapa dan bayi semasa sesi membaca ini juga dapat mewujudkan ikatan 'bonding time' yang berkualiti bersama mereka. Perkara ini secara tidak langsung akan merangsang perkembangan sosial yang baik buat bayi kecil anda.

Jadi apa maksud hubungkaitkan dengan realiti?

Pada peringkat ini, adalah lebih baik kita dapat menghubungkaitkan apa yang dibaca dengan realiti.

Sebagai contoh, jika kita ada bercerita tentang tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan di taman, tunjukkan juga bunga yang sebenar sambil menggalakkan bayi untuk menyentuh sendiri bunga tersebut.
[post_ads]
Saya dan isteri sering lakukan pada anak-anak kami sewaktu mereka masih berusia kurang setahun. Jika tidak dilakukan di rumah, ketika bercuti ke tempat seperti taman-taman bunga, taman haiwan atau zoo, kami berikan kesempatan untuk kenal lebih rapat apa yang pernah mereka dengar daripada pembacaan.

Menurut buku tersebut, rangsangan yang baik adalah rangsangan yang melibatkan kesemua sensori atau pancaindera bayi tersebut.

Contohnya, memegang bunga. Antara sensori yang terlibat dalam aktiviti ini ialah:
  • Melihat bunga (visual)
  • Memegang bunga (tactile)
  • Menghidu bau bunga (olfaktori)
  • Ibu menyebut nama dan sifat bunga (auditori)
Berikan pengalaman sebenar ini kepada anak-anak kecil anda ini. Serius ia akan berikan impak sangat positif kepada perkembangan otak bayi serta pancainderanya. Saya dan isteri dah buat, alhamdulillah .. ia berhasil.

Peringkat Usia 6-12 bulan

3. Mengimbas Kad Bunyi Huruf Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Dan Quran

Mengimbas Kad Bunyi Huruf Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Dan Quran
Teknik dan tips yang pada saya semua ibu bapa wajib lakukan kalau mahu anak cepat membaca dan mengetahui bahasa lain, turut bantu untuk anak mudah baca Quran.

Dudukkan bayi di pangkuan kita. Imbaskan 5 kad huruf samada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Quran/Arab pada setiap sesi. Tunjukkan kad huruf pertama 25 cm daripada mata bayi. Seterusnya, sebut bunyi huruf dengan jelas sebanyak 2 kali. Ulang langkah yang sama pada kad yang seterusnya dalam kadar yang pantas.

[Dah Baca?] Tips Menjadikan Anak Bijak Matematik

4. Mempelbagaikan Bahan Bacaan

Jika anda ada bajet, pelbagaikan koleksi bahan bacaan buat si anak yang mempunyai gambar-gambar yang menarik dan teks bacaan pendek pada setiap muka surat.

Tips personal daripada saya, cuba pergi ke mana-mana expo atau pameran buku contohnya Big Bad Wolf, ada banyak buku kanak-kanak, flash card dan mainan bayi yang boleh dibeli dengan harga murah dan mampu.
Menurut buku itu lagi, ibu bapa perlu jadikan sesi membaca dalam suasana yang menyeronokkan dengan pelbagai intonasi dan mimik muka. Ia mesti sesuai dengan jalan cerita yang digambarkan. Perkara ini dapat mengalakkan bayi merasai pelbagai emosi seperti gembira, sedih atau marah dan secara tidak langsung berimaginasi berdasarkan latar belakang kisah yang diceritakan oleh ibu bapa mereka.

Ibu bapa perlu jadikan semua tips aktiviti di atas sebagai satu cara untuk bermain dengan anak, terutama di usia masih bayi ini. Empat cara di atas adalah sebahagian daripada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama si anak bagi merangsang sistem sensori mereka.

[Dah Baca?] 11 Tanda Anak Anda Adalah Seorang Yang Bijak Sejak Kecil

Rangsangan sensori inilah yang sangat penting di awal usia kerana akan mempengaruhi si kecil dalam proses pembelajaran mereka kelak.

Sumber: Buku 'Ajar Anak Kecil Membaca Awal' oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi dan Encik Othman Ahamad.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Thanks 4 the entry. Anak saya baru 8 bulan. half of the activity saya dah apply kat dia. lepas ni boleh variasikan supaya dia tak bosan.InsyaaALLAH nanti nak beli Flashcard banyak2

    tebumanis78.blogspot.my

    ummuhurairah78.blogspot.my

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement