RinggitPlus Banner

Sup Tulang Sri Cemerlang Memang Mantab

AI Trade
Restoran Nasi Sup Sri Cemerlang. Kalau ke Kota Bharu, jangan lupa untuk singgah makan di kedai makan ini. Memang mantablah sup yang dihidangkan. Tapi, sayugia saya ingatkan .. restoran ini cuma ada hidangan aneka sup beserta nasi, dan juga ayam serta daging bakar sahaja. Tak ada menu lain ..

Sup Tulang Sri Cemerlang Memang Mantab

Restoran Nasi Sup Sri Cemerlang sebenarnya agak popular juga di kalangan warga Kota Bharu. Kalau nak makan dan hirup aneka sup panas-panas, memang wajar pergi ke restoran ini yang terletak di Jalan Sri Cemerlang.
Sup Tulang Sri Cemerlang Memang Mantab
[post_ads]
Aha, saya kebetulan je makan di restoran ni. Ketika itu, baru sahaja abis bershopping di Pasar Siti Khadijah. Perut lapar. Malas nak cari tempat makan lain, saya cuba cari tempat makan yang dekat dengan tempat penginapan saya, di apartment Sri Cemerlang.

Popular Rupanya ..

Tak sangka pula restoran Nasi Sup yang saya singgah makan bersama keluarga agak popular di Kota Bharu. Lepas dah makan, ambil gambar dan muat naik di Instagram, baru saya sedar yang tempat makan tu sememangnya popular, dan menjadi antara tempat makan menarik sekitar Kota Bharu.

Mulanya tu, saya ingatkan kedai makan ni hidangkan lauk-pauk tengahari. Apabila dah ambil tempat duduk, dan staff situ datang nak ambil pesanan, baru sedar yang restoran tu nama Restoran Nasi Sup, dan hanya ada menu aneka sup sahaja ...

Sup Tulang Memang Terbaik

Hmm nak tak nak, saya pun pesan Sup Tulang bersama nasi putih. Anak-anak pula pesan Ayam Bakar, emak saya pesan Daging Bakar dengan Sup Perut. Dan isteri saya hanya berkongsi sahaja apa yang ada.
Sup Tulang Sri Cemerlang Memang Mantab
Tak perlu tunggu lama. Nasi putih dan sup tiba selesai pesanan diterima. Perghhh pantas .... inilah kelebihan kalau restoran tu sediakan makanan yang spesifik, kata orang unik dan ada niche sendiri.

Perghhh .... panas-panas.

Makan sup panas dengan nasi putih .. memang terbaik. Rasa Sup Tulangnya memang mantab ... lembut, tak perlu nak susah payah nak makan. Serius lembut dan sedap.

Emak saya pun suka dengan hidangan sup di restoran ini. Begitu juga dengan Daging Bakar yang dicicah dengan air asam.. menyelerakan sungguh.

Walaupun makan menu ringkas seperti itu, alhamdulillah ia tetap mengenyangkan. Harga pun berpatutan.
[post_ads_2]
Kalau anda ke Kota Bharu, bolehlah cari tempat makan ni, ala .. guna Waze dengan Google Map, in Sha Allah .. boleh jumpa dengan mudah. Cubalah. Mantab ooo Sup Tulang ...nyumm nyumm ... hehe.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

15 Comments

  1. memang cemerlang lah rupa dan rasanya.. sedap dapat makan sup panas2 ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup panas memang sedap, pastu sup tulang tu pula dah empuk .. memang bestlah

      Delete
  2. Replies
    1. Yup, memang best Sup Sri Cemerlang ni. Patutlah ramai suka makan kat sini

      Delete
  3. perghhh terangkat tapi jauh benar nak menapak

    ReplyDelete
  4. lapar terus perut kita. walhal baru makan nasi lauk telur sambal tadi. 2 pinggan.

    ReplyDelete
  5. Banyak betul juadah famous dari Kelantan..
    Tadi saya blogwalking baca tentang nasi tumpang, ini pula saudara HH kongsi tentang Sup Tulang Sri Cemerlang dari Kelantan..
    Fuhh memang tercabar, rasa nak pi Kelantan dalam masa terdekat nanti, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal, sekali dah tahu tempat, dah rasa .. mesti akan repeat lagi lepas tu. Macam Sup Sri Cemerlang ni la ... rasa nak pergi lagi la, sebab masa first time tu tak sedar pun kedai ni popular .. haha

      Delete
  6. thorbaik la sup tulang..

    dah lama juga tidak pekena sup tulang nie

    ReplyDelete
  7. Restoran kena ada menu khas..yang lain tu hanya sampingan, barulah ada ummmph. Sebab tumpuan dan bahan terbaik boleh diberikan kepada menu khas.

    ReplyDelete
  8. sup memang enak dan best makan waktu bila2 pun. dah lama tak kelik kelate ni, banyak juga restoran yg best di sana.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.