Bila dah umur cecah 40an ni, setiap kali bertemu rakan sekolah lama .. pasti akan rasa teruja. Yelah, lama tak bertemu dan bersua. Banyak cerita gitu.

Seronok Dapat Jumpa Kawan Lama Zaman Sekolah

Semestian 6th batch old boys
Baru-baru ini, saya telah berkesempatan untuk bertemu rakan-rakan sekolah lama saya menerusi satu aktiviti yang dah lama saya idamkan .. iaitu masuk ke Taman Negara Pahang. Aktiviti ini cuma libatkan kawan-kawan sekolah lelaki sahaja.

Hmm .. bolehlah dianggap sebagai old boys weekend getaway gitu .. haha.

Oh ya, saya dulu bersekolah di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, lebih dikenali dengan singkatan SEMESTI. Saya merupakan bekas pelajar SEMESTI batch ke enam yang masuk sekolah sekitar tahun 1989.
Semestian 6th Batch
Semestian 6th Batch
Bila dapat bertemu rakan lama zaman sekolah ni, secara automatik perangai zaman sekolah akan muncul balik. Haha .. pernah rasai tak? Rasa macam berada di zaman remaja sekolah dulu. Tak sedar yang rambut hitam dah banyak dipenuhi uban, dan wajah pun sudah ada barisan kedut.

Ada orang kata, umur 40an adalah era di mana kehidupan sebenar akan bermula. Ia bukan zaman mencari kekayaan dah, ia zaman menikmati kehidupan. Itu kata oranglah.
[post_ads]
Tapi betullah, apabila dah berada di umur 40 tahun ni, banyak perkara zaman remaja yang tak dapat dibuat .. biasanya akan dibuat pada umur sebegini.

Uhh tak sedar diri dah tua .. hahahaha....

Bila bertemu rakan sebaya zaman sekolah, selalunya akan bercerita mengenai apa yang sedang dibuat masa sekarang .. kalau dok berpolitik .. maka cerita politiklah .. kalau dok berbisnes .. maka soal bisneslah. Dan yang bestnya ialah, masing-masing boleh berikan pandangan dan pengalaman bernas untuk bantu rakan-rakan.

Yelah, dah ada kepakaran dan pengalaman sendiri .. tentu banyak perkara boleh dikongsi.

Inilah kebaikan bila dapat kekalkan hubungan rakan dan kawan tu dengan akrab erat dan lama. Bila bertemu ... masing-masing akan cuba untuk tahu akan pencapaian, hala hidup yang telah dilalui dan kejayaan yang dah dicapai.

Saya bangga betul bila tahu ramai rakan yang dah berjaya dengan hebat. Ada yang jadi doktor pakar, usahawan berjaya, ahli korporat, ahli politik tidak korup, pakar kewangan dan macam-macam lagi.
[post_ads_2]
Pun begitu, ada juga rakan yang perlu dan masih lagi bertungkus-lumus dengan kehidupan sedia-ada. Ya, rezeki tak sama. Tuah juga tidak melekat pada semua.

Bila dah ketemu rakan zaman sekolah ini, in Sha Allah .. ramai yang akan bantu.

Jangan lupa persahabatan lama yang telah anda jalinkan masa sekolah .. terutama di peringkat di mana lama anda berkawan ...

Kenangan zaman sekolah inilah yang sebenarnya mengeratkan hubungan tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan latar belakang.


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kena setuju dgn HH bhw 40 starts everything. Mostly da stable Dari segi family & kewangan. Like asben Aida, HH, now da start hiking, cycling. Anak-anak dara besar. Alhamdulillah...
    Aida pon tgh plan utk kumpul kawan2 skola rendah.

    BalasPadam
  2. memang benar HH, kak ana sendiri akan ambil setiap peluang dan ruang yang ada untuk bertemu kawan-kawan sekolah ni, sementara berkesempatan menjalinkan ukhuwah kan.. Alumni SEMESTI sekolah terbaik Hilir Perak ni :)

    BalasPadam
  3. hahahaha..

    terkenang pulak dengan geng sama sekolah dulu..

    teringin sungguh nak jumpa mereka

    BalasPadam
  4. Betul, okay, tetiba sebak, rindu member lama gak..xkira dari zaman sekolah rendah, sampai ke Universiti..ohh rindunya !

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement