Selamat Hari Ulangtahun pertama buat anakanda bongsu Hasif Najmi. Hasif Najmi yang lahir bulan Mac setahun yang lalu kian membesar bagai johan ... alhamdulillah. Dilahirkan waktu hampir tengah malam pada 27 Mac 2017, Hasif Najmi menjadi penyeri baru dalam keluarga kami.

Najmi - Anak Bongsu Saya, Dah Berusia Setahun 

Selamat Hari Lahir Najmi 2018
Hasif Najmi, satu-satunya anak dalam keluarga yang dilahirkan menerusi caesarian. Dan Najmi, satu-satunya juga yang mempunyai dua pusar di kepala... berbeza dengan abang-abang dan kakaknya.

Najmi Setelah Berusia 1 Tahun

Setelah setahun ini, Najmi menunjukkan kelakuan yang sangat baik, mengingatkan saya dan isteri tentang kelahiran abang sulong Najmi, iaitu Amri yang kini sudah menjangkau usia akil baligh.

Najmi jarang memberontak kecuali jika kelaparan susu. Sangat akrab dengan isteri saya kerana sentiasa menyusu badan terutama sekali apabila isteri atau mamanya ada berdekatan.

Melihat perkembangan Najmi yang juga akrab dengan abang Ngah iaitu Zikri, Najmi agak cepat membuat langkah pertama. Walaupun sekarang masih belum mantap jalannya, tetapi seluruh pelusok rumah dah dijelajahi.
Berbeza dengan Zikri yang sukakan ikan, Najmi lebih tertarik pada burung-burung. Setiap kali keluar rumah, burung-burunglah yang dicari. Mungkin dia suka burung kerana bunyinya .. tak macam ikan yang tak ada bunyi ... hehe.

Sama seperti kanak-kanak yang lain, Najmi juga suka menonton TV. Slot paling disukai tentulah iklan TV ..
Anak anda macam tu jugak ke ehh?

Najmi adalah anak bongsu dalam keluarga. Bila dah jadi anak bongsu ni, pastilah Najmi dimanjakan oleh semua ahli keluarga. Zikri dan Maira menjadi abang dan kakak yang sangat protective. Saya cubit main-main pun tak boleh ... huhu ...

[Dah Baca?] Pilihlah Hospital Ada Pakar Jika Lahirkan Anak Sulong

Tak Sangka Terima Najmi

Sebenarnya, saya dan isteri tidak menyangka akan menerima kehadiran cahayamata baharu memandangkan usia kami sudah pun capai lebih 40 tahun. Buat isteri saya, hamil di usia sebegini memang berisiko tinggi.
Alhamdulillah, semuanya selamat, dan isteri saya .. walaupun terpaksa hadapi saat getir kerana melahirkan Najmi secara pembedahan ... kami sangat bersyukur dengan kelahiran Najmi.

Selamat Hari Lahir buat Hasif Najmi, yang membawa maksud Bintangku yang Kemas.
Semoga Hasif Najmi menjadi anak yang soleh dan taat pada agama, serta mampu berbakti dan memberikan sinar bintang pada masyarakat. Amin.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sekejap ja dah setahun Najmi...selamat hari lahir ..moga dapat membesar jadi anak yang baik dan mendengar kata ibu bapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah .. sekejap je ... terima kasih atas ucapan dan doanya. In Sha Allah.

      Padam
  2. alhamdulillah stahun dh die...hepy besday najmi

    BalasPadam
  3. aamiin dan syukur Alhamdulillah..

    seronok tengok budak-budak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement