Tips Lajukan Internet Gunakan Cloudflare DNS

Berita baik untuk pengguna internet. Jika anda ada masalah dengan kelajuan untuk loading sesuatu di internet, cubalah gunakan servis percuma Cloudflare DNS. Saya dah mencuba dan menggunakannya, ternyata capaian internet nampak lebih ketara laju dari sebelumnya.

Bagaimana Lajukan Internet Guna Cloudflare

Sebelum ini, saya menggunakan Google Public DNS iaitu 8.8.8.8 (primary) dan juga 8.8.4.4 (secondary) pada router Streamyx saya serta Network Setting di komputer saya untuk tingkatkan kelajuan internet. Sekarang, bila guna Cloudflare DNS ini, ianya nampak lebih baik dan lebih bagus dari sebelum ini.
Guna Cloudflare DNS Lajukan Internet
Cara Guna Cloudflare DNS Untuk Lajukan Internet
Setiap bit aliran 'trafik' internet akan melalui DNS (Domain Name Service), biasanya dikendalikan oleh ISP anda, contohnya Streamyx atau Unifi. Ada banyak syarikat yang menawarkan cara alternatif untuk membolehkan anda layari internet lebih lancar, seperti Google menerusi Public DNS-nya.

Sekarang, Cloudflare turut menawarkan servis DNS percuma yang dipercayai lebih cepat dan lebih selamat. Ia juga bersifat lebih peribadi dan memberikan privasi kepada cara anda melayari internet.

Saya tak nak cerita panjang pasal Cloudflare ini, tapi kalau nak tahu tentang Cloudflare, boleh tengok laman web mereka di SINI.

Orait, meh saya tunjukkan cara nak lajukan internet menggunakan Cloudflare DNS ini.
[post_ads]

Tukar DNS ke 1.1.1.1 dan 1.0.0.1

Bagi mereka yang dah biasa gunakan Public DNS Google tu, apa yang perlu anda lakukan cuma tukarkan sahaja ip DNS kepada 1.1.1.1 (primary) dan 1.0.0.1 (secondary) pada setting Network di PC anda .. macam ditunjukkan di bawah:
Cara Guna Cloudflare DNS Untuk Lajukan Internet
Itu sahaja. Mudah kan? Jangan lupa restart PC untuk tengok hasilnya.

Satu lagi cara yang lebih baik terutama untuk mereka yang menggunakan Wifi di rumah. Boleh buat setting ip DNS ini untuk router modem anda untuk semua pengguna internet di dalam rumah anda mendapat capaian internet yang lebih baik.

Lajukan Streamyx/Unifi Wifi Di Rumah

Orait, jika anda seorang pengguna Streamyx atau Unifi, sila buka ip address untuk router anda.

Contohnya, macam saya yang menggunakan Streamyx, dan menggunakan router TP-Link TD-W8961N, saya akan taip di pelayar internet saya alamat berikut 192.168.1.1 dan kemudian login dengan ID- admin dan PASSWORD- admin. Cari paparan seperti di bawah:
Cara Lajukan Streamyx Guna Cloudflare
Kemudian, masukkan DNS Cloudflare (1.1.1.1 / 1.0.0.1) dalam setting seperti ditunjukkan di atas. Selesai. Restart router modem anda tanpa perlu restart PC anda. Sekarang, semua yang gunakan Wifi dalam rumah boleh merasai kelajuan capaian internet lebih baik dari sebelum ini.

Cubalah.
[post_ads_2]
Untuk lebih info mengenai Cloudflare CDN ini, cuba anda taip 1.1.1.1 di browser anda.

[Dah Baca?] Cara Tukar Password Wifi Streamyx atau Unifi

Lihat perbandingan di bawah ini ...
Guna Cloudflare DNS Lajukan Internet
Serius, anda akan rasa kelainannya nanti bila dah selesai setting seperti yang saya tunjukkan.

Oh ya, saya pernah beritahu tentang bagaimana nak setup domain blog di Cloudflare untuk tingkatkan kadar loading blog serta tingkatkan ciri keselamatan, anda boleh baca di SINI.

Post a Comment

4 Comments

  1. Nanti nak try lah.. tapi internet kat rumah macam takde masalah. laju je setakat ni.. macam mana nak tengok perbezaan tu nanti yea.. pakai software tu ke

    ReplyDelete
  2. nampaknya saya tidak mempunyai kemudahan seperti itu..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.