Durian Kampung RM5 Sekilo Dari Batu Kurau

Musim durian kembali di negeri Perak! Ok ... tak sangka pula musim durian sudah kembali di awal tahun 2018 ni. Alhamdulillah, rasa kepingin nak makan durian dipermudahkan Allah S.W.T apabila saya dapat beli buah durian kampung dari Batu Kurau dengan harga murah, RM5 sekilogram.

Durian Kampung RM5 Sekilo Dari Batu Kurau

Tak percaya je bila harga durian dijual dengan serendah RM5 sekilogram. Sebelum ini, sepengetahuan saya, harga durian paling murah pun ... busuk-busuk pun mesti dalam lingkungan RM8 hingga RM12 sekilogram.

Hari tu, isteri saya balik dari pejabat, beritahu yang ada orang jual buah durian kampung dari Batu Kurau semurah RM8 sekilogram. Tapi isteri saya tak belilah. Lepas isteri cakap je .. tiba-tiba rasa nak makan durian.

[Dah Baca?] Durian Batu Kurau Hanya Rm10 Sekilogram - Memang Puas Hati

Kebetulan, ianya hari Jumaat, ada Pasar Malam di pekan lama Parit Buntar. Isteri saya minta saya carikan buah durian jika ada jual. Kalau dijual dengan harga RM8 - RM10 .. bolehlah beli katanya.

Cari Buah Durian Murah di Pasar Malam

Maka, saya pun pergilah ke Pasar Malam Parit Buntar dengan dua orang anak saya, iaitu Zikri dan Maira. Maira memang hantu durian, sebiji buah durian dia boleh habiskan seorang .. macam arwah moyang dia. Rileks je makan buah durian berulas-ulas sambil tengok video YouTube .. huhu.
[post_ads]
Pusing punya pusing sekitar Pasar Malam Parit Buntar, memang ramai yang jual buah durian. Semuanya claim jual buah durian kampung dari Batu Kurau. Hmmm mungkin musim durian di Batu Kurau dah banyak buah durian yang luruh.

Saya pun nampak ramai juga pengunjung Pasar Malam yang beli buah durian tu. Ada yang angkut dua tiga plastik hitam sarat dengan buah durian. Sah memang murahlah.

Rata-rata peniaga yang jual buah durian Batu Kurau letakkan harga antara RM8 - RM12 sekilogram.

Tiba-tiba di satu sudut, saya dan anak-anak ternampak ada 3 orang lelaki yang menjual durian longgok. Wahhh ... selongok buah durian dijual dengan harga RM20. Ada 3-4 biji ikut saiz.

Buah Durian Batu Kurau - Hanya RM5 Sekilogram

Pastu, sebelahnya .. mereka jual durian kampung dengan harga RM5 sekilogram. Wow .. murah betul ni. Tak pernah lagi saya jumpa orang jual buah durian dengan harga timbang sebegini murah. Mana weihh nak dapat RM5 sekilogram buah durian kampung sekarang ni .. .memang susah nak jumpa!
Jadi, tanpa fikir 24 jam .. saya pun beli sehingga 7 biji buah durian kampung dari Batu Kurau ni. Bayar dalam RM40 ... uhh seronok Maira bila saya beli buah durian sehingga dua plastik besar.

Sebelum saya bayar, saya check dulu isi buah durian. Ni tips penting kalau nak beli durian longgok atau durian yang dijual dengan harga murah, lebih-lebih lagi durian kampung yang kurang berjaga. Bila puas hati, baru bayar, dan beli.

Hmm .. bila balik rumah, terkejut isteri saya bila bawa balik banyak buah durian. Kata saya ...

"Lima ringgit je sekilo ..."

"Murahnya .. dah tengok isi dia tak? kang semua tak boleh makan ..." kata isteri saya.
Alhamdulillah, walaupun ada beberapa ulas isi yang tak boleh nak dimakan sebab masam, namun saya puas hati, anak-anak puas hati dan isteri saya juga puas hati.

Najmi pun teruja dapat merasa pegang dan makan buah durian kampung dari Batu Kurau ni ... hehe.
[post_ads_2]
Semua makan dengan puas buah durian kampung Batu Kurau. Yang masam, isteri saya simpan untuk buah tempoyak.

Kiranya berbaloilah dengan apa yang dibayar. Tak adalah bayar beli durian dengan kulit semata .... haha.

[Dah Baca?] Rezeki Dapat Ikan Segar Dari Power Plant Penang

Sahabat saya juga ada beritahu durian dah muncul dengan banyak sekitar Slim River, Sungkai dan Kampar. Jadi, kalau teringin nak makan durian kampung, bolehlah datang ke negeri Perak. Untung-untung, anda boleh dapat harga jual buah durian murah macam saya dapat, hanya RM5 sekilogram.

Post a Comment

4 Comments

  1. alooo jealousnyaa. murah RM5 sekilo. kalau jumpa ni, nak borong banyak banyak hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya beli sekadar nak lepaskan rasa teringin je.

      Delete
  2. tengah jatuh harga rasanya..sebab dah banyak orang jual

    ReplyDelete
  3. Wah! berbaloi-baloi tu, kalau dah teringin makan memang jawapannya kena belilahkan.
    Mrs. A sekeluarga pun suka durian.
    Kat office Mrs. A ada officemate jual dah siap buang kulit satu bekas RM12.
    Ramai yang beli puashati Mrs. A pun dah dua kali beli.
    Durian kampung dari Kuala Pilah

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.