Ramai peniaga yang masih tidak tahu bahawa mereka boleh buat link atau pautan untuk mudahkan pelanggan menghubungi telefon menerusi aplikasi WhatsApp. Jika anda masih gunakan cara lama dengan meletakkan nombor telefon samada dalam blog atau media sosial, baik anda gunakan cara ini kerana ia lebih mudah, dan ia lebih cepat.

Cara Letak Link WhatsApp Untuk Mudahkan Pelanggan Contact

Cara Letak Link WhatsApp Dalam Facebook, Instagram, Twitter dan Blog

Cara lama penggunaan WhatsApp dalam mempromosikan bisnes ialah dengan meletakkan nombor telefon untuk dihubungi pelanggan. Namun, cara ini agak melecehkan bagi sesetengah orang kerana anda perlu salin nombor telefon dan masukkan ke dalam address book telefon anda (bagi kebanyakan smartphone).

Mengapa tidak anda menggunakan link atau pautan seperti ini di bawah:

Hubungi Saya Untuk Review Produk

Atau

https://bit.ly/2K7jZt2

Perhatian
Link di atas hanya boleh digunakan untuk WhatsApp Business sahaja

Cuba anda klik mana-mana pautan di atas tu ... anda akan terus menghungi saya menerusi aplikasi WhatsApp smartphone anda. Mudah kan?

Atau kalau anda membaca blog ini menerusi komputer atau peranti mudah alih tanpa aplikasi WhatsApp, anda boleh hubungi saya menerusi WhatsApp Web. Apabila anda klik, anda akan diminta untuk buka WhatsApp Web dan hantar terus mesej ke smartphone saya.

Cara ini akan membolehkan anda lindungi nombor telefon anda daripada bot carian yang mengutip nombor telefon dari media sosial atau daripada penglihatan pengguna laman sosial yang mungkin mahu salahguna nombor telefon anda.

Nak tahu bagaimana nak hasilkan link atau pautan mudah seperti di atas?

Klik Sini Untuk Lajukan Bisnes Menerusi WhatsApp

Cara Nak Hasilkan Link WhatsApp

Ikut tatacara di bawah ini .. tak susah .. ia amat senang, dan tidak memerlukan anda daftar apa-apa. Lagipun, ianya percuma.

Cara Letak Link WhatsApp Untuk Mudahkan Pelanggan Contact

Perhatian
Laman web asal (spt gambar) sudah tidak berfungsi, berikut adalah alternatif yang boleh anda cuba:

  1. Pergi ke laman web ini - https://getwhatsapplink.com/
  2. Masukkan nombor telefon anda beserta dengan kod negara (Malaysia +60); contoh +601110402901
  3. Message tu boleh letak atau biarkan sahaja. Boleh letak "Hubungi Saya" atau "Beli Produk" untuk alert anda mesej yang masuk itu berkaitan apa .. kalau anda ada banyak produk, boleh gunakan untuk bezakan pelanggan, contohnya "Ubat Kurus" atau "Tempah Homestay".
  4. Lepas tu, klik je 'Generate Link'.

Kemudian, anda akan diberikan beberapa pilihan untuk gunakan link WhatsApp ini untuk mudahkan pelanggan contact anda secara direct.

Anda boleh letakkan samada dalam blog anda seperti yang saya tunjukkan di atas, atau letakkan link tersebut di Facebook, Instagram mahupun Twitter anda.

Amacam? Mudah je kan?

Looket.me - Alternatif Lebih Baik

Cara lain, anda boleh gunakan Looket.me. Looket.me ialah satu perisian yang menampilkan semua cara untuk pelanggan hubungi anda, samada menerusi Chat Messengger ataupun WhatsApp. Anda boleh tengok contoh di sini - Looket.me/HasrulHassancom

Okey? Saya harap tutorial dan tips ini akan dapat bantu bisnes anda untuk berkembang, dan paling penting anda tidak akan kehilangan bakal pelanggan untuk bisnes anda.

Selamat mencuba.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bagus ni..kita nak try letak icon kat tepi blog ni..macam mana eh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambil yang jenis ketiga tu .. letak je sebagai widget di tepi

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement