Setiap kali blog saya bertukar layout dan design, perkara paling sering saya lakukan ialah memeriksa keupayaan blog ini untuk menerima trafik bulanannya. Bagi seorang penulis blog sepenuh masa yang bekerja di rumah, saya pastinya mahu pastikan blog saya menerima trafik sebanyak yang boleh. Paling tidak, ianya mesti konsisten.

Untuk kekalkan momentum mengekalkan trafik agar sentiasa pada tahap memuaskan bukan mudah. Usaha kena dibuat secara berterusan. Tak boleh tidak, masa untuk update blog perlu dibuat sehabis baik agar konten yang bermanfaat dapat menarik pembaca.

Jumlah Pageviews Blog HasrulHassan.com Februari 2018

Trafik Blog Bulan Februari 2018
Cabaran sentiasa ada. Sejak saya ambil keputusan untuk jadikan blog sebagai punca mata pencarian serta rezeki, pelbagai dugaan dan rintangan dah hadapi.

Kalau tidak kerana sokongan daripada isteri, anak-anak, kawan-kawan dan rakan blogger serta followers, pasti dah lama saya ni kecundang.

Untuk bulan Februari 2018, blog ini nampaknya masih lagi kekalkan momentum untuk terima trafik melebihi 100k PV. Menerusi Google Analytics, blog saya ini - hasrulhassan.com berjaya mencatatkan sebanyak 188,727 PV untuk bulan Februari 2018.
Trafik Blog Bulan Februari 2018
Trafik Blog Bulan Februari 2018
[post_ads]
Daripada ringkasan analisa trafik oleh Google Analytics, blog saya kebanyakkannya didatangi pembaca dari kalangan mereka yang berumur 25-34 tahun. Boleh katakan blog saya dapat pembaca yang banyak di kalangan belia.

Daripada sejumlah 188,727 PV yang diterima, lebih separuh datangnya dari pembaca wanita.

Alhamdulillah.

[Baca Juga] Jumlah Trafik Blog Bulan Januari 2018 HasrulHassan.com

Walaupun statistik ini jauh ketinggalan berbanding blog lain yang sudah lama, saya tetap bersyukur kerana mampu untuk kekal bertahan sejak Ogos 2010 (blog ini).

Menurut ranking Alexa, blog saya agak ketinggalan jauh ke belakang .. turun banyak sehingga berada di tangga 5,000 dalam ranking trafik Alexa di Malaysia.
Ranking Alexa blog HasrulHassancom
Moga jumlah trafik melebihi 100K PV ini akan dapat kekal lama, malah saya mengharapkan ia dapat capai lebih daripada 200K PV menjelang akhir tahun 2018 untuk penuhi target trafik blog ini mencapai 27 juta PV. In Sha Allah ... dengan bantuan rakan blogger .. saya percaya target ini boleh dicapai.
[post_ads_2]
Terima kasih kepada rakan-rakan group Kelab Belia Merdeka yang sentiasa support serta pengikut setia di Fanpage (FB) HasrulHassan.com.

Untuk mereka yang berminat untuk beriklan di blog ini, boleh hubungi saya terus menerusi https://looket.me/hasrulhassan

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. WAH, hebatnya.semoga terus sukses HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih. Nanti nak tgk bagaimana keadaan trafik blog bulan mac lak

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement