Top 10 Individu Jutawan Terkaya Malaysia 2018

Senarai top jutawan atau billionaires 2018 sudah dikeluarkan oleh majalah Forbes. Dalam senarai 'Forbes Billionnaires List 2018' tersebut, seramai 14 individu dari Malaysia telah disenaraikan antara terkaya di dunia. Buat kesekian kalinya, Tan Sri Robert Kuok disenaraikan sebagai individu paling kaya di Malaysia untuk tahun 2018.

Top 10 Individu Jutawan Paling Kaya di Malaysia 2018

Top 10 Individu Jutawan Malaysia 2018
Tan Sri Robert Kuok, lebih dikenali sebagai 'Raja Gula'  mendahului sebagai top 10 individu bergelar jutawan terkaya di Malaysia dengan aset bernilai USD14.8 billion. Di peringkat global, pemilik Kuok Group ini menduduki tangga ke 96. Beliau berusia 93 tahun (2018).

Di tangga kedua dalam senarai top 10 individu bergelar jutawan terkaya di Malaysia ialah taikun dalam industri telekomunikasi, Tan Sri T. Ananda Krishnan, dengan aset kekayaan sebanyak USD7.2 billion. Manakala pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan, berada di tangga ketiga dalam senarai dengan nilai aset yang sama.
[post_ads]

Senarai Top Individu Terkaya di Malaysia 2018

Berikut adalah senarai penuh individu yang tersenarai terkaya dalam laporan 'Forbes Billionnaires List 2018'. Seramai 14 orang individu terkaya dari Malaysia disenaraikan dalam laporan tersebut.
Top 10 Individu Jutawan Malaysia 2018
Daripada senarai di atas, anda sudah tahu siapakah individu terkaya di Malaysia yang berada dalam top 10 individu bergelar jutawan terkaya untuk tahun 2018.
[post_ads_2]
Dalam senarai tersebut, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary merupakan satu-satunya tokoh perniagaan Melayu yang disenaraikan. Dengan aset kekayaan berjumlah USD1.9 billion, pengasas Yayasan Albukhary itu menduduki tangga ke-11 jutawan terkaya di Malaysia dan berada di tangga ke-1,284 terkaya di dunia.

Sumber: Forbes

Post a Comment

1 Comments

  1. kekayaan mereka memang diluar fikiran orang biasa-biasa..

    kalau la kita dapat 1% seperti kekayaan mereka sudah terasa nikmat hidup ini..

    tak perlu nak fikir sangat hal dunia sudah..

    biarkan kekayaan itu untuk menyara kehidupan beribadat secara total

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.