Tips Memilih & Cara Guna Sunblock Yang Betul Dari Dr. Erna Nadia

AI Trade
Anda seorang yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit tak? Aha, bagi kebanyakan wanita yang menjaga kecantikan dan kesihatan kulit, sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari adalah suatu kemestian yang perlu disapu setiap hari. Apatah lagi kalau banyak terlibat dengan kerja di luar.

Penggunaan sunblock ini mampu melindungi kulit wajah dari sinaran matahari yang berbahaya sekaligus mengurangkan pelbagai risiko masalah kulit. Saya dan keluarga pun pakai sunblock ni jika nak bercuti atau jalan-jalan di tempat terbuka macam padang permainan, pantai, dan taman haiwan.

Tips Memilih Sunblock & Cara Guna Yang Betul, Sesuai Dengan Kulit

Tips Memilih Sunblock & Cara Guna Yang Betul, Sesuai Dengan Kulit
Tips Memilih Dan Gunakan Sunblock Cara Betul
Kalau ikutkan memang terdapat bermacam-macam jenis sunblock yang berada di pasaran; lepas tu setiap produk sunblock ini pula mengandungi jumlah SPF yang berbeza bergantung pada jenis kulit & aktviti yang kita lakukan.
[post_ads]
Ya, setiap sunblock yang dijual tu bukan semuanya boleh terus guna pada kulit kita ehh.

Jadi sebelum nak beli sunblock tu, kena ambil tahu dulu sunblock mana yang paling sesuai dengan kulit kita.

Untuk itu, saya nak kongiskan sikit info berkaitan tips memilih sunblock dengan anda. Iannya adalah info yang dikongsikan oleh Dr Erna Nadia yang saya telah olah serba-sedikit. Sama-sama kita tambah ilmu berkaitan kesihatan kulit ni ... ehem...

Apakah SPF?

SPF adalah singkatan untuk Sun Protection Factor. Kita wajib pakai sunblock setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis. Sinar UV sangat bahaya. Zaman sekarang dah semakin banyak sinar ini dapat tembusi lapisan atmosfera kita. Jadi, jangan tanyalah kenapa zaman dedulu tak ada orang pakai benda alah ni, sebab salah kita juga tak jaga dunia ni .. huhu.

Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari atau sinar UV yang bahaya ini?

Kerana kulit akan semakin menipis dari semasa ke semasa dan ingin kurangkan risiko masalah kulit seperti masalah jerawat, jeragat, kulit menipis dan juga kanser kulit.

Jika anda pergi melihat produk sunblock yang dijual di pasaran, anda tentu perasan di label setiap produk tersebut ada tertulis SPF15, SPF30, SPF50. Jadi, yang mana satu yang sesuai dengan kulit kita?
[post_ads_2]
Maka itu, meh belajar dahulu apa itu SPF dan cara nak sesuaikan nilai SPF itu dengan kulit kita ni.

Ok. Saya sendiri sebenarnya tak berapa tahu mengenai SPF ini. Menurut Dr Erna Nadia, SPF ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.

Contoh pengiraan:

1. Cara kira seberapa kuat nilai SPF itu boleh melindungi kulit kita

Kita ambil contoh SPF15. Kita perlu tolak satu dari nilai SPF itu.

Misalnya, SPF15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93.

Jadi, 0.93 itu bermaksud 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran UV.
Jika SPF30, (30-1)30 = 0.96; bermakna 96% sunblock dapat lindungi kulit kita.

2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran uv. Mari lihat fakta di bawah.

Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit. Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit. Manakala, kulit sawo matang, boleh bertahan sehingga 20 minit.

Secara amnya, semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi....huhu .. untungkan orang yang berkulit gelap?

Sekarang anda dah tahu kenapa orang yang tinggal di tempat lebih panas berkulit lebih gelap, ia bukan satu kekurangan buat mereka, malah satu kelebihan yang Allah S.W.T berikan.

Contoh pengiraan:

Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan SPF15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15×10 = 150 minit untuk bertahan.

Untuk kulit sawo matang, 15×20 = 300 minit.

Ok, boleh faham ke setakat ni?

Selain dari nilai spf, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah, ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV (ultraviolet ) A & B.
  • UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit.
    • Ianya menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan), berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.
  • UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit.
    • Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja.
    • Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar (sunburn ).
Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA & UVB juga.

Terdapat juga beberapa produk sunblock ini yang tidak tulis tentang SPF ini.

Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja?
  • PA itu adalah kiraan untuk UVA.
  • +++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock.
Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.

Jadi, sekarang anda sudah faham bagaimana mahu memilih sun block yang sesuai dengan anda?

Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja (kurang dari 4 jam), maka penggunaan produk yang hanya mengandungi SPF15 sudah mencukupi.

Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, SPF30 sudah memadai. Tetapi ... melainkan anda berkulit sangat putih, anda memang memerlukam produk sunblock dengan kekuatan SPF50!

  • [Message]
    • Tips Mudah
      • Beza pada SPF adalah ianya cuma jangkamasa sahaja. Kekuatan masing-masing adalah lebih kurang sama. Jadi, tak perlu SPF yang tinggi. Jangan rosakkan kulit dengan SPF yang tinggi andai ianya tidak perlu.

Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air.

Sunblock Water-Proof?

Menurut Dr. Erna, tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria ‘water-proof’. Maka, tak usah terpedaya sangat dengan penawaran produk sunblock yang promosi teknik ini.

Tips Menggunakan Sunblock

Ok, meh tengok tips untuk memakai sunblock yang Dr Erna Nadia sediakan pada sekeping kertas di  dalam gambar di bawah ni.
Tips Menggunakan Sunblock
Dapat tak? Nak mudah, anda perlu save-as dan print-out je dan tempek depan cermin untuk rujukan dan panduan akan datang.

Kesimpulan Cara Guna Sunblock Yang Betul

Berikut adalah kesimpulan yang telah dibuat oleh Dr. Erna Nadia tentang cara pilih dan guna sunblock ni, yang terpenting untuk memilih sunblock adalah:
  1. SPF yang sesuai dengan jenis kulit & aktiviti kita
  2. Mempunyai UVA & UVB
  3. Jenis sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita (spray/gel/krim)
Last sekali nasihat dari Dr. Erna, "minumlah air kosong dengan cukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita" ... "lindungi kulitmu dari sinaran berbahaya, pelihara akhlak dan dirimu dari dunia fana & syaitan durjana".

Semoga perkongsian dari Dr. Erna Nadia ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Sumber: Erna Nadia

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

6 Comments

  1. uh... bru tahu jenis kulit ada sunblock yg berbeza... nice sharing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, maka lepas ni bolehlah praktikkan tips memakai sunblock ni.

      Delete
  2. sebelum ni main bedal je janji ada SPF,info ni sangat berguna untuk saya...thanks sharing HH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, samalah dengan saya, main bedal je. Macam kata Dr. Erna, ia adalah tempoh tu.

      Delete
  3. Hahhaaha...ingatkan lagi tinggi SPF lagi bagus rupanya tak semestinya, bergantung kepada aktiviti juga. Okay next time boleh apply tips ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul .. kalau kulit cerah mmg wajar pakai, kalau kulit gelap tu, rasanya pakai yang biasa punya tu. Yang +++PA tu.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.