Stephen Hawking Meninggal Dunia di Usia 76 Tahun

AI Trade
Prof. Stephen Hawking meninggal dunia di usia 76 tahun, begitu menurut jurucakap keluarga beliau; dilaporkan MSN News. Anak-anak Prof. Stephen Hawking, iaitu Lucy, Robert dan Tim berkata di dalam satu kenyataan; "Kami sangat sedih untuk memberitahu bahawa ayah kesayangan kami meninggal dunia hari ini".

Stephen Hawking Meninggal Dunia di Usia 76 Tahun

Stephen Hawking Meninggal Dunia di Usia 76 Tahun
Ramai para saintis dan cendiakiawan dunia moden yang mengagumi Profesor Stephen Hawking. Beliau adalah seorang saintis dan pemikir hebat. Seorang yang sangat luarbiasa jika dibandingkan dengan orang lain yang mempunyai kesempurnaan.

Kebanyakkan yang mengenali pemenang hadiah Nobel dunia ini menzahirkan bahawa Prof. Stephen Hawking adalah seorang yang sangat berani dan gigih, selain suka berjenaka di sebalik pengetahuan tinggi yang dimiliki.

Prof. Stephen Hawking adalah merupakan bekas profesor Lucasian Matematik di Universiti Cambridge dan penulis buku bestseller - A Brief History of Time.

Ketika meninggal dunia, Prof. Stephen Hawking memegang jawatan sebagai Pengarah Penyelidikan Dennis Stanton Avery and Sally Tsui Wong-Avery di Department of Applied Mathematics and Theoretical Physics di Universiti Cambridge. Beliau juga adalah pengasas Centre for Theoretical Cosmology di universiti yang sama.

Diagnosis Untuk Hidup Cuma 2 Tahun ..

Beliau dikenali sebagai seorang profesor yang cekal dengan penyakit neuron motor, disahkan pada umur 21 tahun. Ketika itu, doktor mengandaikan yang Prof. Stephen Hawking cuma mampu untuk hidup selama 2 tahun dengan 'kecacatan' akibat penyakitnya.

Tetapi, beliau mampu terselamat dengan teori doktor tersebut, dan hidup selama lebih dari dua abad lamanya.

Manusia cekal mencari ilmu di sebalik 'kekurangan' fizikal padanya memang wajar dicontohi. Lihat pada diri kita yang sempurna keadaan, tetapi agak bermalasan untuk menggunakan otak pada tahap maksimum.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

1 Comments

  1. antara saintis yang tersohor dunia..

    berjaya kerana kesungguhan luarbiasa dan disiplin yang hebat selain dari kecerdikan

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.