10 Soalan Wanita Penuh Makna Tersirat Lelaki Patut Ambil Tahu

Wanita memang misteri. Kalaupun anda sudah menjadi seorang suami kepada seorang wanita, jangan harap anda boleh merungkaikan segala kemisterian seorang wanita. Kompleks wanita ni, hatta isteri sendiri. Semakin anda kenal seseorang wanita itu, semakin anda sedar bahawa banyak hal tentang wanita yang anda tidak tahu.

Soalan Wanita Penuh Makna Tersirat

10 Soalan Wanita Penuh Makna Tersirat
Soalan Wanita Penuh Makna Tersirat
Ya, saya akui ...sebagai lelaki, banyak yang tak faham pasal wanita. Percayalah, walaupun anda sudah berkahwin lebih dari 10 tahun, masih ada misteri yang tak terjawab. Benda paling simple adalah dari mulut seorang wanita. Mulut kata lain .. hati di dalam siapa yang tahu.

Kata-kata wanita selalunya penuh sinis, berbeda dengan lelaki yang lebih direct. Itu sebab kebanyakan lelaki lebih suka berdiam, sebab takut kata-kata direct ini mengguriskan hati. 

Pun begitu, saya tak nafikan juga ada wanita yang kini lebih 'bersifat' lelaki. Mereka lebih direct lebih daripada lelaki. Segala benda dihamburkan tanpa ada sekatan dan berlapik. Lelaki memandang pun akan rasa "uh mak kau". Mungkin kerana pengaruh persekitaran atau drama TV .. huhu.

Kata-kata wanita banyaknya penuh dengan makna tersirat. Meh saya kongsikan beberapa contoh.

Err bukan nak persendakan wanita, tetapi sebagai panduan untuk lelaki faham dan sentiasa alert bila seseorang wanita keluarkan ayat-ayat tertentu yang terkandung makna tersirat.

Dan biasanya tak kiralah semasa berkasih-kasihan atau pun dah kawin, pasti akan ditanya akan soalan-soalan berikut, walaupun sebelum ini pernah jawab dan sebelum ini pernah kena tanya ...hehehe.

10 Soalan Wanita Penuh Makna Tersirat Lelaki Patut Ambil Tahu

10 Soalan Wanita Penuh Makna Tersirat
Wanita suka tanya soalan-soalan ini sebabnya ..err ... err ... mereka ada agenda tersirat .. ehhh betul ke? Apa kata wanita tentang soalan ini ehh?

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
Soalan Wanita Penuh Makna Tersirat
10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ok .. dah baca semua? faham?


Si lelaki .. awas dan ambil pot dengan soalan-soalan serampang dua mata ni ... halus semulus kulit wanita yang gebu-gebu ni .... lagi halus perkataan dan ayat-ayat yang keluar dari mulut mereka ... :) 

Ni cuma sebahagian je, ada banyak lagi bentuk, jenis, teknik soalan wanita yang penuh makna tersirat. Hanya wanita je ada jawapan .. :)

Post a Comment

1 Comments

  1. sabo jer la entri ni ha ha ha :)
    no further komen lah...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.