Senarai kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2018 berdasarkan keputusan SPM 2017. Ramai sudah sedia maklum bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017 diumumkan pada 15 Mac 2018. Keputusan SPM 2017 boleh diperoleh mulai jam 10 pagi pada 15 Mac 2018 di sekolah masing-masing.

Berdasarkan keputusan SPM 2017 tersebut, ranking sekolah terbaik di kalangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dianggap sekolah elit di Malaysia turut berubah.

Kedudukan Ranking 10 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik 2018 Berdasarkan SPM 2017

Kedudukan Ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2018 Berdasarkan SPM 2017
Berikut adalah kedudukan terkini ranking 10 SBP terbaik untuk tahun 2018 bersandarkan kepada keputusan SPM 2017 yang telah diumumkan pada 15 Mac 2018. Ia tidak melibatkan senarai penuh 69 SBP seluruh Malaysia di bawah KPM.

Moga ia boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk para ibubapa bagi pemilihan sekolah terbaik untuk anak-anak di sekolah menengah untuk tahun akan datang.

1. Sekolah Tun Fatimah

2. SMS Tuanku Munawir

3. Kolej Islam Sultan Alam Shah

4. SMS Seri Puteri

5. Sekolah Sultan Alam Shah

6. Malay College Kuala Kangsar

7. SMS Perempuan Seremban

8. SMS Alam Shah

9. SMA Persekutuan Labu

10. Kolej Tunku Kurshiah


Analisis Result SPM 2017

Menurut pengumuman keputusan SPM yang telah dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.90, pencapaian lebih baik berbanding 5.05 pada 2016.

[Dah Baca?] Panduan Memohon Biasiswa Petronas 2018 Lepasan SPM 2017

Beliau berkata pencapaian calon di bandar dan luar bandar menunjukkan prestasi memberangsangkan iaitu GPM 4.75, berbanding 4.89 pada 2016 bagi bandar, dan 5.22 berbanding 5.36 pada 2016 bagi luar bandar.

Daripada keputusan SPM 2017 ini, secara keseluruhannya, sebanyak 66 peratus menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik. Berdasarkan kualiti jawapan calon pula, 27 peratus calon menguasai KBAT tahap tinggi, 39 peratus tahap sederhana dan 34 peratus tahap rendah.

[Baca Juga] Kedudukan MRSM 2018 Terkini Berdasarkan Result SPM 2017

Ini menunjukkan bahawa calon SPM 2017 menguasai kemahiran mengaplikasi pada tahap yang tinggi, namun kemahiran menganalisis, menilai dan mencipta masih pada tahap sederhana.

Secara amnya, sebanyak 48 dari 73 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 23 mata pelajaran mencatatkan penurunan, manakala prestasi dua mata pelajaran tidak berubah dalam SPM 2017.

Tahniah kepada anak-anak yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dan baik dalam peperiksaan SPM ini. Harapnya kecemerlangan diteruskan apabila sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi nanti.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah diucapkan kepada calon SPM 2017 yang telah berjaya

    BalasPadam
  2. tahniah diucapkan. semakin lama semakin tinggi tahap pembelajaran anak2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, KBAT bukan mudah oo .. saya dah cuba jawab soalan kbat darjah enam .. susah weihh

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement