Tahukah anda sejarah penggunaan madu telah lama bermula? Hari ini saya nak berkongsilah sedikit info dan pengetahuan yang telah saya dapat semasa berkunjung ke Muzium Perak di Taiping. Rezeki saya, Muzium Taiping untuk tempoh terhad sedang buat pameran berkaitan Lebah dan Madu. Jadi, dapatlah sedikit sebanyak pengetahuan am mengenai Lebah dan Madu ni.

Sejarah Penggunaan Madu

Jenis-jenis madu
Sarang lebah madu
Baru ni, saya dan famili saja jalan-jalan ke Taiping untuk habiskan hujung minggu bersama. Saya juga bawa emak saya sekali untuk hilangkan rasa bosannya yang asyik duduk sahaja di rumah. Kesian emak ... jadinya, saya bawa jenjalan ke bandar Taiping. Sempat juga merasa makan di D'Bukit Kg Cengal Jantan, yang pernah viral dengan Mee Udang dan juga Milo Ais Kepal.

Berbalik pasal kisah madu tadi.

Madu telah dikenal dan digunakan manusia sejak ribuan abad yang lalu sebelum Miladiah (SM).

Sekitar 7000 tahun SM, telah terdapat bukti mengenai sejarah kebaikan madu lebah ini. Para pengkaji telah menjumpai beberapa ukiran di dalam gua di Afrika dan juga Sepanyol yang menunjukkan gambar manusia mengumpulkan madu dari retakan batu. Ukiran juga menunjukkan gambar pohonan pokok serta ada gambar lebah melingkari di atas gambar manusia tersebut.

Manakala sekitar tahun 3000 SM, iaitu di zaman Mesir Kuno, madu ini sudah gunakan sebagai antara bahan pemanis dan menjadi barang keperluan wajib ada dalam setiap rumah untuk kegunaan seharian.

Waktu itu, nilai madu sangat tinggi sekali, bahkan ia menjadi satu bentuk nilai matawang dan tukaran barang (sistem Barter). Ia juga diletakkan bersama dengan mumia raja-raja Mesir sebagai tanda bekalan untuk alam selepas kematian.
[post_ads]
Madu kemudiannya dipercayai digunakan sebagai salah satu kaedah perawatan dalam perubatan. Ia digunakan untuk mengubat luka dengan mencampurkannya dengan lemak haiwan atau tumbuhan. Kaedah perubatan menggunakan madu ini ada dicatatkan dalam Smith Papyrus, satu dokumen perubatan Mesir Kuno.

Madu juga ada disebutkan dalam tulisan Sumeria dan Babylonya, kode Hittie serta tulisan India; bermakna sejarahnya telah diperkatakan lebih tua dari apa yang ramai ketahui.

Oh ya, bahasa Inggeris untuk madu iaitu 'honey' dipercayai berasal dari bahasa Jerman 'Honig'.

Hmm banyak lagi kisah sejarah mengenai madu dan lebah ni yang saya serta keluarga tak tahu. Alhamdulillah, bila ke Muzium Perak, dapatlah tahu sedikit sebanyak. Apatah lagi khasiat dan kebaikan madu ini telah lama diperkatakan, malah ada disebutkan dalam Al Quran.

Dalam Islam, madu dipercayai boleh mengubat pelbagai jenis penyakit daripada demam selsema hinggalah dipercayai antara ramuan penting untuk umur panjang, awet muda dan kesihatan yang bagus.

Ramai pengamal madu lebah dalam diet makanan mereka adalah orang-orang bijak dan ilmuwan terkenal antaranya Ibnu Sina. Ibnu Sina dalam satu dokumentasi lama ada menyatakan madu sangat bagus untuk mereka yang berusia lebih 45 tahun, dan wajar golongan ini mengambil madu secara berkala dan teratur bersama buah-buahan; dan hindarkan makanan jenis berdaging yang keras serta banyak minyak.

Ishh banyak lagilah fakta menarik berkaitan lebah dan juga madu ni.

Kisah sejarah penggunaan madu ini anda boleh dapati jika berkunjung ke Muzium Perak di Taiping seperti ditunjukkan di bawah ini.
Lawat Muzium Perak di Taiping Kenali Lebah dan Madu
Bukan setakat sejarah berkaitan madu, tetapi sejarah berkaitan lebah juga ada dipamerkan di Muzium Perak di Taiping ni. Banyak benda yang sebelum ni tak tahu jadi tahu ...

[Dah Baca?] Muzium Kolonial di Penang, Tersenarai 10 Muzium Terbaik TripAdvisor

Anak-anak saya cukup seronok lagi teruja bila melihat pelbagai jenis lebah yang ada. Tak sangka pula lebah kecik tu ada banyak jenis dan kategori. Ada yang berbisa dan menyengat, ada pula dari jenis tak merbahaya seperti Lebah Kelulut yang sekarang ni dah ramai orang dok menguasahakan Madu Kelulut.
Pelbagai jenis lebah
[post_ads_2]
Belajar pengetahuan di Muzium Perak
Anda tahu tak, jika lebah tiada di dunia ni atau sesuatu kawasan tu, manusia hanya boleh bertahan untuk hidup selama 4 tahun sahaja! Uhh begitu hebat manfaat lebah ini sehingga boleh mengakibatkan manusia pupus di muka bumi.

Jika tiada lebah, proses persenyawaan dan pendebungan sukar berlaku. Tanpa lebah, buah-buahan tak dapat dihasilkan, tumbuhan tidak boleh membiak dan banyak lagi fungsi lebah, selain diketahui madunya memberikan 1001 manfaat kesihatan terbaik untuk manusia.

Bila saya dan keluarga datang ke Muzium Perak untuk ketahui perkara berkaitan lebah dan madu, baru sedar bahawa makhluk Allah S.W.T yang kecil ini sangat hebat. Malah membuatkan anak-anak saya lebih menghargai jenis serangga ni, ciptaan Maha Hebat Allah S.W.T.

Oh ya, selain belajar mengenai lebah dan madu secara lebih dekat, anak-anak juga dapat ketahui perihal lain seperti jenis-jenis haiwan, budaya masyarakat Malaysia, jenis permainan tradisional dan banyak lagi di Muzium Perak, Taiping.

[Dah Baca?] Imbau Sejarah Hebat Berkaitan Bijih Timah di Muzium Lukut, Negeri Sembilan

Saya boleh katakan ia salah satu tempat menarik harus dilawati jika anda ke Taiping. Harga tiket juga tidaklah membebankan, dan sebenarnya sangat murah jika dibandingkan dengan pengetahuan yang boleh anda peroleh.
Andai ramai orang boleh keluarkan duit beratus ringgit hanya untuk berhibur, kenapa tidak datang timba pengetahuan di muzium dengan bayaran di bawah RM10 sekali masuk?

p.s: Saya dan keluarga antara yang gemar ke muzium setiap kali kami melawat satu-satu kawasan tempat menarik di Malaysia.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya suka minum madu. banyak khasiaat madu ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emak saya .. setiap kali pening bila darah tinggi akan minum madu. Stok madu memang ada di rumah.

      Padam
  2. madu dan lebah sangat hebat dalam dunia islam dan terbukti daripada kajian perubatan barat akan khasiatnya..
    perkongsian yang menarik.

    BalasPadam
  3. waktu jalan jalan tadi terfikir nak beli madu..

    harga sebotol dah cecah RM60..

    tak jadi balik hehehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement