Bercuti ke Pulau Langkawi - Oriental Village, Tempat Menarik Pertama Dilawati

AI Trade
Pulau Langkawi adalah antara destinasi percutian popular di Malaysia. Itu sebab apabila isteri saya dapat peluang untuk pergi ke Pulau Langkawi, kami sekeluarga akan ikut sama. Alhamdulillah, rezeki dari Allah S.W.T, baru-baru ini saya dan keluarga dapat pergi bercuti ke Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam.

Ada banyak tempat menarik di Pulau Langkawi. Kalau saya nak senaraikan mungkin tak cukup untuk hanya satu post. Setuju tak?

Percutian Pulau Langkawi 2018 - Oriental Village

Percutian Pulau Langkawi 2018 - Oriental Village
Percutian Pulau Langkawi 2018 - Oriental Village
Salah satu lokasi tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi adalah Oriental Village. Di sini ada banyak benda lain yang best yang boleh anda lihat, dan rasai antaranya pastilah menaiki kereta kabel dan juga kabin bergerak (SkyGlide).

Ok, sebelum cerita pasal percutian Pulau Langkawi lebih lanjut dan tentang Oriental Village ni, kita mukadimah la dulu sesikit ye.

Dah Lama Tak Pergi Pulau Langkawi

Dah lama sebenarnya saya dan keluarga tidak pergi bercuti ke Pulau Lagenda ini. Ada la dekat 3 tahun. Sebelum tu, cuma anak-anak saya je pergi ke Pulau Langkawi, tinggalkan saya dan isteri .. haha. Seronok mereka pergi cuti tanpa ada kawalan dari kami ... uh.
Percutian Pulau Langkawi
Saya dan keluarga telah pergi ke Pulau Langkawi pada hari rabu, 7 Mac 2018. Semua dibawa bercuti termasuklah emak saya yang sekarang menetap bersama saya di Parit Buntar.

Anak-anak tak sekolah?

Heh. Ya, anak-anak saya tak sekolah, dan terpaksalah kami minta kebenaran dengan pihak sekolah menerusi cikgu. Disebabkan itu, semua kawan-kawan anak-anak saya di sekolah tahu kami pergi 'bercuti' ke Pulau Langkawi. Kena tulis siap surat 'ponteng'.

Ok. Sebenarnya pergi ke Pulau Langkawi bukan semata bercuti.

Isteri saya ada mesyuarat penting di pulau peranginan popular ini. Memandangkan anak kecil saya, si Najmi masih menyusu badan, nak tak nak .. kenalah diangkut semua sekali.

Kami pergi ke Pulau Langkawi melalui Jeti Kuala Kedah. Mulanya ingat nak gunakan perkhidmatan feri Roro ke Pulau Langkawi, bawa sekali kereta kami ke sana. Tapi, lepas fikir panjang, kami ambil keputusan untuk naik feri penumpang dan menyewa kereta persendirian di sana.

Alhamdulillah, harga tiket feri ke Pulau Langkawi kekal dan tak naik.

Sewa Kereta Nissan Sentra - RM50 Sehari

Saya agak beruntung kerana saya ada sahabat lama zaman sekolah yang menjadi agen pelancongan di Pulau Langkawi tu. Jadi, soal kenderaan tu memang tak ada masalah. Saya dapat sewa Nissan Sentra dengan harga cuma RM100 untuk 2 hari penuh (48 jam).

Saya ambil feri dari Jeti Kuala Kedah jam 9:30 pagi. Mulanya nak kejar feri jam 8:30 pagi, tapi tak sempat, hanya lewat beberapa minit sahaja. Ini semua gara-gara cuba mendapatkan tempat letak kereta.

Alhamdulillah, perjalanan ke Pulau Langkawi menaiki feri dari Kuala Kedah lancar.

Sampai sahaja di jeti Pulau Langkawi, seperti biasa, penumpang-penumpang yang baru turun akan diserbu oleh mereka yang menawarkan perkhidmatan. Jenuh saya nak berkata; "Dah ada bang, dah tempah bang, dah ada kereta bang..".

Itulah gelagat pencari rezeki menerusi bisnes sewa kereta di Langkawi ni.

[Dah Baca?] Cari Pakej Lawatan Tempat Menarik Langkawi Harga Mampu?

Apabila dah masuk terminal, saya terus telefon untuk mendapatkan kereta Nissan Sentra yang ditempah untuk disewa selama 3 hari tu. Jenuh juga menunggu depan KFC di Terminal Jeti Pulau Langkawi.

Saat tu juga isteri saya terus mengesahkan tiket feri balik ke jeti Kuala Kedah. Kami ambil feri jam 6:00 petang untuk pulang pada Jumaat, 9 Mac. Kena dapatkan tiket takut-takut nanti kami tak dapat masa yang kami inginkan.

Selepas menunggu lebih kurang 30 minit, barulah kereta sewa yang dijanjikan tiba. Saya perlu mengambil kereta tu di satu tempat lain, tak berapa jauh dari jeti.

Ambil Gambar Kereta, No Plet dan Isi Borang Sewaan

Sewa kereta Nissan Sentra RM50 Sehari di Pulau Langkawi
Dapat je kereta, saya ambil gambar keadaan kereta dan nombor plet untuk tujuan rekod saya sendiri. Lagipun penting untuk kenalpasti kereta yang disewa. Kereta sewa ni semuanya nampak sama, standard gitu .. yang bezakan cuma nombor plet. Jadi kena ambil gambar nombor plet kereta.

Sebelum boleh ambil kereta, kena isi borang tertentu. Jika ada sewa kereta di Pulau Langkawi tanpa ada sebarang borang yang perlu diisikan, ia mungkin beroperasi tanpa lesen .. huhu.

Maka, sila pastikan benda ni kalau ke Pulau Langkawi andai ambil kereta sewa.

Oh ya, kami sampai ke Jeti Pulau Langkawi lebih kurang jam 11:30 pagi. Saya ambil kereta sewa jam 12:00 tengahari. Ikut kiraan jam sewa kereta, saya perlu pulangkan kereta pada jam 12:00 tengahari pada Jumaat 9 Mac.

Dah ada kereta, isteri saya cadangkan untuk pergi ke hotel terlebih dahulu. Nak cuba untuk dapatkan check-in awal. Iyalah, kalau ikutkan nak check-in hotel ni paling tidak mesti pada pukul 2:00 atau 3:00 petang

Alhamdulillah, Allah S.W.T permudahkan segalanya.
Bilik penginapan HIG Hotel, Langkawi
Kami dapat bilik, dan terus masuk untuk letakkan barang. Lepas tu, dapat bilik attach dengan bilik emak saya. Bilik emak saya, saya terpaksa tempah asing. Nasib baik ada Agoda yang berikan harga yang menarik.

[Dah Baca?] 5 Pantai Menarik di Pulau Pangkor, Perak

Anak Ajak Pergi Tengok 6D Cinemotion - Oriental Village

Apabila selesai lepaskan lelah, anak-anak saya terus ajak untuk pergi 6D Cinemotion yang ada di Oriental Village.

Itulah benda pertama yang anak-anak saya nak sangat pergi apabila jejak kaki ke Pulau Langkawi.

Saya lak memang tak pernah lagi merasa apa itu 6D Cinemotion. Anak-anak saya dah 3 kali kot merasa, isteri saya pun dah pernah rasa. Kali ini, saya ikutkan ajer kehendak anak-anak disebabkan saya tak pernah lagi ada pengalaman menonton 6D Cinemotion ni.

Kami menginap di Hotel HIG, di pekan Kuah. Jadi, perjalanan ke lokasi 6D Cinemotion di Oriental Village ni memang agak jauh sikit.

Sampai sahaja di Oriental Village, terus sahaja anak-anak bawa kami semua ke 6D Cinemotion tu.
Percutian Pulau Langkawi 2018 - Oriental Village
Saya beli tiket dewasa satu dan kanak-kanak 2 orang. Harga tiket dewasa adalah RM18 dan kanak-kanak adalah RM15 seorang. Isteri, Najmi dan emak saya tak masuk; tak sesuai untuk mereka .. hehe.

Layan juga menikmati 6D Cinemotion ni. Uhh gegar juga seluruh tubuh badan dalam tu.

Kenapa dikatakan 6D Cinemotion? Sebab ia melihatkan tayangan gambar 3D selain kerusi bergerak dan efek lain, seperti angin dan air. Kalau masuk sini, wajib anda pakai talipinggang .. serius ni.

Tajuk 6D Cinemotion

Ada dekat 20 tajuk tayangan 6D Cinemotion:

1. Aladdin
2. Base Motor
3. Bloody Mystery
4. Bolt1
5. Despicable Me
6. Dinosaur World
7. Doom Day
8. Extremity Roller Coaster
9. Flower Valley
10. Fly Me To The Moon
11. Forest Adventure
12. Horrible Mine
13. House of Hell
14. Jet Travel
15. Langkawi
16. Million DC 17. Monster Vs Alien
18. Ocean
19. Pumpkin Ghost
20. Roller Coaster Journey

Memang cukup banyak, tapi malangnya tak boleh nak pilih... ikut nasib ler dapat cerita apa. Masa saya, Zikri dan Maira masuk ke 6D Cinemotion ni, kami dapat filem animasi 3D Roller Coaster Journey - ada efek air, angin dan juga gegaran ...

Lepas abis je layan 6D Cinemotion ni, anak-anak ajak masuk ke SkyRex dan juga 3D Art Langkawi yang juga di berada di Oriental Village.

Kami tak ambil ride naik SkyCab dan SkyBridge sebab dah petang. Lagipun emak saya tak berani nak naik, manakala isteri saya takut nak naik selepas kejadian SkyCab rosak seminggu dua sebelum ni. Risau. Lagipun ada Najmi yang masih sangat kecil lagi.
3D Art Langkawi


SkyRex Langkawi
Untuk jimat wang, isteri saya ambil pakej kombo untuk masuk SkyRex, SkyDome dan juga 3D Art Langkawi. Bayar RM40/dewasa untuk masuk ke tiga-tiga tempat tu yang semuanya di Oriental Village. Cuma ambil satu tiket dewasa dan dua kanak-kanak.

Uhh bukan main seronok anak-anak saya dapat masuk ke tempat-tempat tu. Emak saya pulak, dapatlah 'bertemu' dengan Tun M dalam 3D Art Langkawi. Tapi sayang sekali, tak ada satu pun gambar dalam 3D Art Langkawi yang diambil.

Aduhai. Saya dah minta Zikri dan Maira untuk ambil gambar, tapi sorang pun tak snap apa yang ada dalam tu. Rugi lak rasanya. Hmm ni dah jadi satu alasan untuk kembali ke sini .. ehh ehh.
SkyRex, kalau anak-anak jenis suka Dinosaur, mungkin bestlah masuk sini. Kalau anak-anak jenis takut-takut tu .. baik janganlah. Isteri saya yang menemani Zikri dan Maira masuk ke SkyRex .. kata, ia lebih kepada tayangan animasi 3D dengan menaiki tren. Jika anda hargai kehebatan 3D, mungkin masuk SkyRex ni akan rasa sangat seronok.

SkyDome ni macam pengalaman saya dan anak-anak pergi melawat Planetarium Negara di Kuala Lumpur. Kami tak masuk ke SkyDome ni .... sebab hari dah petang, dan kami rancang nak ke tempat lain pula.

Bila rasa dah puas berada di Oriental Village, saya ambil keputusan untuk bawa semua pergi melihat dan merasa angin bayu laut di tepi Pantai Kok, yang tak jauh daripada Oriental Village.
Percutian Pulau Langkawi 2018 - Oriental Village
Oriental Village ni dah banyak berubah berbanding kali terakhir saya ke situ. Ruang parkir luas tetapi terletak agak jauh dengan pintu masuk. Kemudian, caj parkingnya pula berbeza .. semakin jauh dari pintu gerbang - pintu masuk ke Oriental Village, caj parking sejak semakin murah.

Parking Mahal Kalau Dekat ...

Saya parking di situ, bayar RM1 (kalau tak silap) untuk sekali masuk. Parking guna mesin automatik. Mahu bayar parking murah, kena jauhlah sikit berjalan. Nak dekat parking depan pintu masuk, maka bayar mahallah sikit.

Sebenarnya banyak tarikan menarik yang ada dalam Oriental Village ni. Kalau bawa famili, memang saya syorkan untuk naik SkyCab, SkyGlide dan nikmati panorama cantik di atas SkyBridge. Boleh juga masuk ke galeri Time Travel, selain layan SkyDome, Skyrex dan 3D Art Langkawi tu.
SkyCab Pulau Langkawi
Percutian Pulau Langkawi 2018 - Oriental Village
Cuma kena pandai bajet sikitlah melainkan anda memang sudah ada bajet khusus untuk menikmati segalanya yang ada dalam Oriental Village ini. Jika dah ada anak ramai, fuh ... kopak gak tu, belum campur makan minum yang ada di situ selain aktiviti sampingan macam beri makan arnab, beri makan ikan atau naik beskal letrik di SkyAdventure Park .. haha.

Apapun, Oriental Village adalah antara tempat menarik yang ada di Langkawi yang wajib anda pergi. Paling tidak, rasailah pengalaman menaiki SkyCab tu dan lihat kecantikan alam semulajadi dan pemandangan luar biasa Langkawi dari atas puncak Gunung Machincang.

Video - Apa Ada di Oriental Village, Pulau Langkawi

Dapatkan pengalaman pertama tu di Oriental Village Pulau Langkawi.


Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

2 Comments

  1. besar rupanya tempat ni.. wah lagi lah membawa keinginan nak ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang besar, apa yang saya cerita ni pun takat di bawah tu je, tak naik atas gunung machicang tu dengan SkyCab. Atas tu ada SkyCabin rasanya...selain jambatan tu

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.