Perlu 4000 Jam Views & 1000 Subscribers, Baru Boleh Monetize YouTube

AI Trade
Channel YouTube newbie saya tak ramai subscribers. Saya perlukan sokongan anda untuk dapatkan lebih 1000 subscribers. Jika anda sudi, bolehlah langgan saluran YouTube saya tu. Saya baru je nak mencuba jana income dengan YouTube balik .. huhu.

Perlu 4K Views & 1000 Subscribers Jika Mahu Monetize YouTube

Syarat dan terma jana income USD menerusi YouTube
Saluran YouTube saya ni, baru ada lebih kurang 800 lebih subscribers. Tak cukup tu untuk membolehkan video-video yang dimuat-naik dapat diberikan akses untuk jana income menerusi Adsense.
[post_ads]
Sebenarnya, saluran YouTube ini adalah saluran lama yang saya cuba nak perkenalkan balik bagi membanyakkan cabang income online. Saya ada satu lagi saluran YouTube yang lain...hehe. Err itupun masih belum diselenggara dengan baik untuk raih income online menerusi Adsense.

[Dah Baca?] Income Pertama dari Video YouTube

Buat mereka yang tak tahu mengenai ini.

Syarat Nak Buat Duit Dengan YouTube

Pada akhir tahun 2017, pihak YouTube Adsense telah keluarkan terma dan syarat baru untuk membolehkan pemilik akaun YouTube menjana pendapatan menerusi Adsense.

Antara syarat untuk membolehkan video dalam YouTube tu berikan income .. saluran anda perlu ada 1000 subscribers, dan mesti telah dikunjungi dan ditonton 4000 jam. Ini adalah syarat yang terkandung pada saluran sayalah.

Saya tak pasti saluran YouTube orang lain dikenakan syarat yang sama.

Dua syarat penting:
  1. Jumlah jam ditonton (keseluruhan video)
  2. Jumlah subsribers (minima 1000 orang)
Syarat di atas adalah syarat umum. Ada lagi beberapa syarat lain yang lebih ketat. Syarat lain tu lebih kepada video yang ingin dimuat-naik di YouTube. Bukan semua video boleh diberikan peluang untuk jana income.
[post_ads_2]
Video anda tu mungkin boleh dimuat-naik dan ditonton, tetapi tak boleh monetize.

Jadinya, ada dua kekangan untuk mula jana income di YouTube.
  • Berkaitan video yang dimuat-naik
  • Berkaitan saluran anda
Itu sebab saya mohon anda yang baik hati untuk jadi subscribers saya. Pasal video tu, biar SEO yang buat kerja. Anda tak tonton video saya pun tak mengapa, cuma nak jadi anda jadi penambah nombor pada bilangan subscribers tu. Boleh tak?

Tengok ni ..
Tak lepas lagi tu. Bila dah lepas angka 1000 subscribers, pihak Google akan meneliti pula saluran dan video-video yang ada.

Ni saluran (channel) YouTubehttps://www.youtube.com/user/hasrulhassandotcom

Harap ada yang sudi untuk ikut dan jadi subscribers.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

9 Comments

  1. sekarang youtube memang dah ketatkan syarat2

    ReplyDelete
  2. akaun Youtube saya masih hanyut dilautan sepi..entah bila boleh memberikan hasilnnya..

    kalau dah langganan 800 lebih..

    kira tak lama lagi la tu.

    ReplyDelete
  3. tu lahhh makin kejam lahai syarat-syaratnya haha. done subscribe! :D

    ReplyDelete
  4. betul2, siapa yang buat sebelum 2017 memang untung laa.. saya pun baru 200 lebih. lagi 800 lebih nak kena tunggu.. insyaAllah ada rezeki dengan youtube ni.

    dah subscribe HH.

    ReplyDelete
  5. Okay nanti Asyraf follow. Saya pun tengah naikkan follower. Follow lah Asyraf dengan hati ikhlas dan terbuka. Baru real follower bukan fake.. hehehe...

    ReplyDelete
  6. Youtube ni kene rajin promo link je.. buat video menarik..baru subcriber laju klik follow.. saya baru nak bjinak2.. hahaha... tp dpt ilmu sikit dr membaca sbelum memulakan nya

    ReplyDelete
  7. Uish. Ketat juga syarat Youtube rupanya.

    ReplyDelete
  8. sbb makin ramai vlogger youtube hehe

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.