Rasanya mungkin ramai kenal dengan wajah cantik Hawa Rizwana, yang dikatakan netizen sebelum ini sebagai ada iras dengan wajah selebrit terkenal Neelofa. Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, berusia 23 tahun (2018) sekarang sudah menjadi penyampai baru di Berita TV9.

Saya baru sedar ada wajah baru yang cantik mata memandang ini apabila membuka siaran TV9 jam 8 malam. Ya, saya mulanya ingatkan Neelofa yang jadi peyampai Berita TV9 yang baru, rupanya bukan ..eh.

Hawa Rizwana, Pembaca Berita TV9 Baru Yang Iras Neelofa

Hawa Rizwana, Iras Neelofa Pembaca Berita TV9 Baru
Hawa Rizwana, Iras Neelofa Pembaca Berita TV9 Baru
Mungkin ramai yang tidak tahu, Hawa Rizwana ini merupakan anak kepada pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) iaitu Ahmad Redzuan Abdul Rahman, yang kini merupakan seorang pensyarah di UiTM.

Hawa bukan dipilih sebagai pembaca berita TV9 kerana berwajah cantik semata, tetapi Hawa juga mempunyai kelulusan dalam bidang berkaitan penyiaran dan kewartanan. Hawa Rizwana merupakan graduan dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sebelum ditawarkan menjadi pembaca Berita TV9, Hawa pernah menjalani latihan sebagai penyampai berita pada Jun 2017. Ketika itu, Hawa masih mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran untuk program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3.

Anda tentu nak tahu dari mana datangnya wajah cantik Hawa Rizwana ini.
Hawa Rizwana adalah gadis berdarah campuran keturunan Arab, Siam dan Aceh. Hawa dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat pada tahun 1995 dan merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik.

Wajah Hawa Rizwana pernah tular dan menjadi sebutan netizen pada pertengahan tahun 2017 dek kerana nampak seiras dengan wajah Neelofa walaupun hakikatnya mereka tiada kaitan pertalian darah.
[post_ads]

Gambar Hawa Rizwana

Cuba lihat beberapa gambar gadis bernama Hawa Rizwana ini yang kini menjadi pembaca Berita TV9 bersiaran jam 8 malam setiap hari ...hmmm ... cantik kan? Ada iras macam Neelofa ke eh? Anda ada mata boleh pandang sekali scroll .. huhu ..


Kredit: Instagram Hawa Rizwana

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Memamg ada iras Neelofa.

    Cantik dan bergaya..

    Memang terbaik kerana mempunyai pakej

    BalasPadam
  2. Lebih cantik dari Neelofa tu..

    BalasPadam
  3. nak kena tonton TV9 gak nanti..mmg ada iras Neelofa tapi Lofa cantik lagi..hehe

    BalasPadam
  4. kadang2 nampak seiras
    ada gambar yang tak sama
    hehee

    BalasPadam
  5. lebih lawa daripada Neelofa ^_^

    BalasPadam
  6. wah bro.. pompuan cantik celik je mata ek hehehhehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Errr ... mata pembaca blog saya pun akan celik juga. :)

      Padam
  7. sgt la seiras nelofa.
    cantik!
    moga perangai pon cantik lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Nampak seiras betul. Boleh tersilap tegur ni kalau kat luar.

      Padam
  8. aah la banyak sama .kalau kata adik neelofa pon sesuai sangat ni. cantikkk

    BalasPadam
  9. Saya pun nampak keirasan wajah dua selebriti ni..takde ke majalah nak cover story depa ni..mesti meletup! hahaa...Blog HH memang terbaik kalau nak cari story pasal perempuan cantik..kihkih...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement