10 Tips Memilih Tadika Sesuai & Terbaik Untuk Anak

AI Trade
Sebagai ibu bapa, terutama yang baru mempunyai anak untuk pertama kali masuk tadika, tentu ada masalah untuk mencari dan memilih tadika yang terbaik untuk anak. Saya dan isteri dulu pun begitu juga. Bagi anak sulong kami, si Amri .. kami telah pilih untuk memasukkannya ke Tadika Islam Perak, yang dikendalikan di bawah Majlis Agama Negeri Perak. Amri masuk tadika seawal usia 4 tahun!

Anak kedua dan ketiga berbeza pula. Anak kedua saya, Zikri dihantar dan belajar ke dua jenis tadika, awal umur 5 tahun, dihantar ke Tadika Perpaduan, kemudian dihantar ke Prasekolah. Manakala Maira, di awalnya dihantar ke Tadika Islam Perak sebelum sambung belajar di Prasekolah SKPTM. Memang nampak ada beberapa perbezaan.

10 Tips Memilih Tadika Terbaik untuk Anak Mula Belajar

Tips Memilih Tadika Sesuai Untuk Anak
Tips Memilih Tadika Sesuai Untuk Anak
Saya tinggal di kawasan yang boleh dikategorikan luar bandar. Walaupun ada beberapa taska dan tadika dimiliki dan diusahakan oleh syarikat dan penguasaha swasta, saya dan isteri lebih suka untuk menghantar anak-anak kami ke tadika yang diiktiraf dan mendapat bantuan kerajaan.

Bukan apa, kos untuk hantar anak-anak ke tadika swasta ni agak tinggi. Jika kami betul-betul berkemampuan, memang kami akan hantar, tetapi itulah ... bukan semua orang ada kemampuan.

Apa jenis tadika dan siapa yang menguruskannya itu cuma sebahagian kriteria dalam memilih tadika yang terbaik untuk awal pembelajaran anak-anak. Ada banyak aspek dan ciri lain yang perlu dilihat dalam memilih tadika ini.
[post_ads]
Andai di tempat anda mempunyai banyak pilihan dalam mencari dan mendapatkan tadika terbaik, mungkin tips di bawah ini dapat membantu.
Tips Memilih Tadika Sesuai Untuk Anak
[post_ads_2]
Berikut adalah 10 tips dan perkara wajib tahu untuk memilih tadika anak kita agar senang dan seronok belajar serta membesar.
  1. Tadika yang mempunyai rekod kejayaan yang hebat.
    • Pilihlah tadika yang mempunyai rekod kejayaan, anda boleh tahu dengan melihat keadaan di dalam tadika tersebut, selalunya pihak tadika akan paparkan kejayaan tadika. 
    • Cara lain ialah dengan bertanya pada jiran atau masyarakat setempat, terutama yang dah lama tinggal di tempat anda. Tentu mereka tahu kejayaan tadika berhampiran.
  2. Silibus pembelajaran di tadika yang diiktiraf dan terbaik!
    • Anda boleh semak dengan pengusaha tadika. Selalunya kita menyatakan hasrat untuk hantar anak ke sesebuah tadika, mereka akan berikan pamplet yang tunjukkan silibus pembelajaran.
    • Cuba bandingkan dengan silibus tadika lain. Anda boleh nampak kelebihan sesebuat tadika dengan membuat perbandingan ini.
  3. Kawasan tadika yang bersih.
    • Aspek penting jika mahu hantar anak anda ke sesebuah tadika untuk belajar dan bukannya untuk dapat penyakit. Persekitaran yang bersih bukan sahaja untuk kesihatan anak, tetapi juga mengelakkan kejadian tak diingini berlaku.
  4. Lokasi tadika yang dekat dengan rumah/ dalam perjalanan ibubapa ke tempat kerja.
    • Mahu jimat kos pengangkutan, pilih tadika yang dekat dengan kediaman anda, atau yang mudah untuk anda hantar/ambil dari tadika. Kebanyakkan tadika sekarang berada dalam kawasan perumahan.
  5. Faktor keselamatan anak-anak yang dijadikan keutamaan.
    • Cuba buat sedikit tinjauan keadaan dalam tadika dan persekitaran. Paling penting ialah anda lihat peralatan yang digunakan untuk pembelajaran anak-anak. Adakah ianya selamat?
    • Keadaan tempat keluar masuk, kedudukan tandas, kedudukan dapur/ruang masak/ruang makan mestilah tidak membahayakan. Lihat juga kelengkapan untuk memadam api, selain first-aid-kit. 
  6. Pendekatan pengajaran yang cekap (Cara guru yang terlatih dan berpengalaman mengajar).
    • Cuba kenali tenaga pengajar dari segi kelayakan dan pengalaman.
    • Sesekali perhatikan cara guru itu mengajar di dalam kelas.
  7. Suasana tadika yang membuatkan anak-anak rasa selesa untuk belajar.
    • Keselesaan penting supaya anak-anak tidak mudah terganggu dalam proses belajar. Anda kena lihat kemudahan seperti kerusi, meja, alatan pengajaran dan yang seumpamanya.
    • Cuba dapatkan tadika yang jauh dari kesibukan kenderaan atau bangunan berhampiran.
    • Kalau boleh anda boleh bertanya kepada anak anda samada mereka suka atau tidak dengan suasana tadika tersebut.
  8. Guru yang disenangi murid dan berkeperibadian mulia (buat anak rasa tak sabar nak pergi tadika).
    • Anda boleh tahu dan lihat bagaimana penerima anak anda pada guru ketika pertama kali bawa anak ke tadika. Lihat bagaimana guru berinteraksi dengan anak anda dan juga anak-anak tadikan yang lain.
    • Guru yang disenangi anak-anak tadika akan membuatkan keadaan tadika ceria dan menyerlah.
  9. Tadika yang menitikberatkan pendekatan islamik.
    • Sebagai ibu bapa yang beragama Islam, pastilah pendekatan ini menjadi keutamaan dalam menghantar anak ke tadika.
    • Anak anda bukan sekadar belajar akademik, tetapi juga akan diajar mengenai adab mulia, ciri seorang muslim yang baik dan halal-haram dalam Islam.
  10. Teknik mengajar yang “friendly” dan berjaya memudahkan anak-anak faham ketika belajar.
    • Bukan semua teknik mengajar itu sesuai dengan anak kita. Jadi, anda kena pastikan tadika yang dipilih itu dapat diterima oleh anak anda supaya mereka boleh belajar dengan faham dan baik.
Tips Memilih Tadika Sesuai Untuk Anak Belajar dan Membesar
Perkongsian 10 tips ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya dan isteri yang menghantar anak-anak ke tadika seawal usia 5 tahun. Alhamdulillah, anak-anak kami selesa dan seronok belajar di tadika yang telah kami masukkan.

Dan paling mustahak ialah, apabila mereka tamat belajar di tadika, mereka sudah boleh menguasai 3M dengan baik iaitu membaca, menulis dan mengira dengan baik. Mereka tidak akan kekok atau berasa kurang selesa apabila memasuki alam persekolahan sebenar, dan boleh bercampur-gaul dengan kenalan dan kawan yang baru.

Gaya hidup dan life style sekarang memang mencabar untuk ibu bapa mendidik yang terbaik untuk anak-anak. Mencari dan memilih tadika yang sesuai untuk anak adalah salah satu daripada tanggungjawab tersebut yang memerlukan ibu bapa untuk ambil tahu serta lebih prihatin.

Pun begitu, tak boleh juga terus membiarkan tanggungjawab mengajar dan mendidik ini dilepaskan kepada guru apabila anak sudah masuk tadika. Sepatutnya ada kesinambungan, kelansungan dan proses terus menerus yang konsisten setiap masa untuk menjadikan anak-anak terbaik dunia akhirat.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

1 Comments

  1. Faktor guru friendly dan kreatif mengendalikan kelas mmg buat anak2 suka dan semangat nak ke sekolah. Klu guru sambil lewa, kesian kat anak2 sbb pembelajaran peringkat awal mampu beri kesan kpd pengalaman kpd kehidupan mereka.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.