Wah untungnya jadi anggota tentera dan polis Malaysia. Saya difahamkan terdapat satu skim khas Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk kedua golongan ini bakal dilancarkan pada 27 Februari 2018 oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Skim Khas ASB Untuk Veteran dan Anggota ATM serta Ahli Koperasi Polis

Skim Khas ASB Untuk Veteran dan Anggota ATM serta Ahli Koperasi Polis
Skim khas ASB untuk golongan veteran dan anggota tentera (ATM) serta ahli Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) ini diwujudkan sebagai memudahkan golongan ini untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Memetik dari sumber berita Bernama; skim ini akan ditawarkan menerusi kerjasama antara Permodalan Nasional Bhd (PNB) dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat).

Tempoh Biaya Skim Khas ASB Tentera dan Polis

Skim pembiayaan ASB Bank Muamalat untuk ATM dan Polis
[post_ads]
Skim yang ditawarkan Bank Muamalat ini menyediakan pakej pembiayaan ASB untuk tempoh lima dan 10 tahun bagi anggota dan veteran ATM dan 10 tahun untuk anggota KPDRM. Ianya bertujuan untuk menggalakkan warga ATM dan juga PDRM untuk melabur dan membina tabungan masa depan yang kukuh.

Guna Cara Forced Saving

Cara atau kaedah yang digunapakai untuk skim khas ASB ini adalah 'simpanan secara paksa' atau 'forced-saving' menerusi dengan membayar secara ansuran bulanan tetap yang berpatutan kepada Bank Muamalat.

"Dengan kaedah 'forced saving' ini, pelabur dapat membentuk disiplin pelaburan berkala lebih berkesan untuk jangka panjang, seterusnya menikmati manfaat pengembangan pelaburan daripada kuasa faedah kompaun," menurut Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar dalam satu kenyataan.

[Dah Baca?] 3 Jenis Bentuk Penipuan Dalam Pelaburan

Hmm .. memang bagus teknik dan kaedah yang digunakan menerusi skim khas ASB untuk ATM dan KPDRM ini. Kalau nak harapkan disiplin sendiri tanpa paksaan seperti ini memang sukar sebenarnya nak menyimpan secara tetap di dalam pelaburan berbentuk unit Amanah seperti ASB.

Isteri saya sendiri pernah menggunakan cara dan teknik 'forced saving' ini, dan alhamdulillah memang menampakkan hasil yang mengujakan. Cuma mungkin ada sedikit perbezaanlah ... sudah pastinya, kerana isteri saya tidak masuk dalam apa-apa skim khas seperti ini.

Pinjam, Simpan dan Peram

Menerusi skim khas ASB untuk veteran dan anggota tentera serta ahli KPDRM ini, agihan pendapatan tahunan ASB yang diperoleh oleh mereka sebagai pelabur tidak boleh dikeluarkan sehingga tamat tempoh pembiayaan.
[post_ads_2]
Aha, jadinya ... selain dikenakan kaedah 'forced saving' pelabur juga tidak boleh 'merasai' pulangan sebenar dari pelaburan yang telah dibuat. Kira macam .. simpan dan peram untuk pelaburan. Aha ..gitulah yang saya faham.

Pun begitu, bagi memastikan pelabur tidak berasa terbeban, jumlah ansuran bulanan yang dikenakan adalah tidak melebihi 10 peratus daripada gaji kasar.

Sebagai contoh ...

Sekiranya pelabur mengambil kemudahan pembiayaan sebanyak RM70,000, mereka hanya perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM218 untuk tempoh 10 tahun, iaitu satu jumlah yang dikira mampu dibiayai oleh pelabur; yakni anggota ATM dan KPDRM.

Berbaloi Tak Skim Khas ASB untuk ATM dan PDRM?

Berbaloi Tak Skim Khas ASB untuk ATM dan PDRM
Dan untuk memperlihatkan samada skim ini berbaloi atau tidak, cuba lihat contoh pulangan ASB di bawah....

Berdasarkan andaian pulangan purata tahunan ASB ialah tujuh peratus, pelabur yang mengambil skim ini dan membayar ansuran bulanan sebanyak RM218 ... akan mempunyai jumlah tabungan terkumpul sebanyak antara RM55,000 hingga RM58,000 pada akhir tempoh pembiayaan tadi.

Menerusi skim ini anggota dan veteran ATM serta ahli KPDRM boleh memilih untuk melabur dengan modal serendah RM2,000 bagi pembiayaan 14,000 unit saham amanah sehingga maksimum RM20,000 bagi pembiayaan 140,000 unit saham amanah.

Bila Dilancarkan dan Boleh Mula Daftar Skim?

Skim khas ASB untuk veteran dan anggota ATM akan dilancarkan pada hari Selasa, 27 Februari 2018, manakala skim ASB untuk ahli KPDRM akan dilancarkan pada 25 Mac 2018, bersempena dengan Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211.

Ia satu peluang besar untuk anggota dan veteran ATM serta ahli KPDRM dalam mewujudkan satu tabungan kewangan yang jitu untuk masa hadapan.

Jika diikutkan pengalaman peribadi saya, melabur dalam unit amanah memang menguntungkan; tak kiralah unit amanah apa pun. Dah ada banyak pilihan untuk melabur dalam unit amanah sekarang ni jika dibandingkan tempoh 10 - 15 tahun dahulu. Bukan itu sahaja, peluang untuk menambah pelaburan dalam unit amanah juga sudah ada macam-macam.

[Dah Baca?] Kelebihan dan Kekurangan Melabur dalam Dana Amanah Hartanah Bumiputera Berbanding ASB

Anda anggota dan veteran ATM atau merupakan ahli Koperasi Polis Diraja Malaysia .. pastikan anda rebut peluang ini untuk memudahkan anda melabur lebih banyak dalam unit amanah.
Cara Jana Pendapatan Menerusi Unit Amanah
Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement