RinggitPlus Banner

Beli Siakap RM8 Sekilo di Pasar Awam Parit Buntar

AI Trade
Saya suka pergi ke pasar. Zaman kecik-kecik dulu, sebelum masuk darjah enam .. saya sering pergi ke pasar selepas peniaga dah pulang. Sekarang, dah kahwin pun ... saya sering pergi ke pasar untuk dapatkan barangan basah. Di Parit Buntar, alhamdulillah, harga barangan basah seperti ikan, daging, ayam adalah terkawal. Mana taknya, pejabat KPDNKK betul-betul depan Pasar Awam Parit Buntar ni .. hehe.

Bila kena dengan harinya, kadang-kala harga ikan di Pasar Awam Parit Buntar adalah jauh lebih murah dari kebiasaan. Saya pernah bercerita, yang saya pernah beli ikan kembong dengan harga cuma RM5 sekilogram. Bila saya kongsi info tersebut di group Parit Buntar, ramai kata saya ni pembohong, walhal memang saya tunjuk bukti bergambar lagi, yang harga ikan kembong ketika saya beli adalah RM5 sekilogram.

Siakap RM8 Sekilo Pasar Awam Parit Buntar

Siakap RM8 Sekilo Pasar Awam Parit Buntar
Siakap RM8 Sekilo Pasar Awam Parit Buntar
Dan nak dijadikan cerita pula, baru-baru ni .. saya beli 5 ekor ikan Siakap, dengan harga cuma RM4.70 sahaja. Murah? Memang murah bila dijual dengan harga RM8 sekilogram. Tetapi ...

Tetapi, ikan Siakap yang saya beli bukanlah seperti ikan Siakap yang selalu orang beli. Walaupun harga ikan Siakap yang dijual di Pasar Awam Parit Buntar ketika itu adalah RM8 sekilogram, tak ramai pula pelanggan yang membeli. Berlonggokkan je ikan Siakap tu dengan harga RM8 sekilogram tanpa ada orang berebut nak memborong...
[post_ads]
Yang ramai beli adalah ikan Bawal Hitam yang dijual dengan harga RM23 sekilogram.

Anda tahu kenapa tak ramai yang nak beli ikan Siakap RM8 sekilogram tu?

Sebabnya adalah saiznya. Saiznya kecil. Kalau kata orang-lah, macam menjual anak ikan Siakap je. Tapi bagi saya ... apa kesah, asalkan ikan Siakap yang sedap digoreng atau dibuat 3 rasa, atau ikan masak stim yang pernah saya buatkan untuk isteri ketika beliau pantang bersalin.

Nah .. ni saiznya ...
Siakap RM8 Sekilo Pasar Awam Parit Buntar
[post_ads_2]
Ya, saiz ikan Siakap yang dijual dengan harga RM8 sekilogram cuma sebesar lebih tapak tangan saya je. Saiznya yang kecil mungkin tak berjaya menambat hati pelanggan. Mungkin juga mereka merasakan ikan Siakap yang dijual tak berapa fresh, dan tak berapa sedap isinya.

Alhamdulillah, saya dah siang, dan dah digoreng pun. Anak-anak saya cukup suka, habis jugalah ikan Siakap yang dibeli dari Pasar Awam Parit Buntar tu. Ikan bersaiz kecil macam ikan Siakap yang saya beli tu, memang sedap kalau digoreng.

Kalau andalah, nak ke beli ikan Siakap saiz besar tapak tangan saya ni?



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

9 Comments

  1. Sedap tu.... Kat Shah Alam payah nak dapat harga murah macam tu. Ikan kecik yg biasa bagi kucing makan tu pun dah mahal giler....!

    ReplyDelete
  2. murah jugak dah tu...tuari ada beli jugak...tp mahal sikit dari ni

    ReplyDelete
  3. Kalau ada di jual di mana- mana pasar di Seremban area rumah SA...memang SA beli jer...besar2 ni sedap goren garing makan panas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu. Rangup. Anak2 saya siap buat ratahan lagi ikan siakap kecil2 mcm ni.

      Delete
  4. kalau aku, tak beli kot. kalau RM8 selonggok, aku beli..haha

    ReplyDelete
  5. murahlah harga macam tu.. sedapnya buat siakap rasa

    ReplyDelete
  6. oo.. baby siakap ye. rasanya mesti lagi sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap buat goreng dengan masak asam. Uhh anak2 memang selera makan...walaupun 3 hari makan ikan sama .. haha

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.