12 Sebab Niagahoster Web Hosting Terbaik, Menjadi Pilihan Top 10 di Indonesia

AI Trade
Tahukah anda bahawa di dalam dunia internet terdapat beberapa jenis website, antaranya ialah website berita, website niaga, website personal dan juga blog. Setiapnya berbeza dari beberapa segi, namun tunjang untuk kesemua jenis website ini untuk 'live' adalah hosting atau lebih spesifik - web hosting.

Hosting adalah di mana semua data, rekabentuk dan cara perhubungan sesebuah website itu disimpan dan beroperasi. Itu sebab saya katakan ia merupakan tunjang. Jadi, sangat penting sekali untuk sesebuah website mempunyai tunjang yang bagus, boleh diharapkan, selamat dan mampu untuk mengendalikan trafik yang masuk ke sesebuah website.

Ketahui Mengapa Niagahoster Web Hosting Terbaik di Rantau Ini

Niagahoster Web Hosting Terbaik di Indonesia
Salah satu syarikat yang memberikan servis web hosting di rantau ini ialah Niagahoster. Jika anda di Malaysia, mungkin nama Niagahoster agak baru. Tetapi di Indonesia, Niagahoster sudah bertapak sejak tahun 2013. Pada pendapat saya, ia sebuah syarikat web hosting yang sudah cukup matang.

Mungkin ada yang kata tempoh wujudnya Niagahoster tersangat baru, namun Niagahoster didokong oleh syarikat induknya Hostinger yang diterajui oleh pemilik yang berpengalaman dalam servis menyediakan web hosting ini.

Kewujudan Niagahoster sebagai penyedia servis web hosting 'baru' di rantau ini memberikan kelebihan dari segi teknologi.

Kenapa? Disebabkan usianya yang sezaman dengan teknologi masa kini, tentu sekali teknologi yang digunakan dalam memberikan servis web hosting adalah teknologi terbaru yang memungkinkan proses capaian menjadi lebih pantas, lebih jitu dan kurang bermasalah.

12 Faktor Penyebab Memilih Pakej Web Hosting Niagahoster

12 Faktor Penyebab Memilih Pakej Web Hosting Niagahoster
Mari lihat apa faktor-faktor lain yang menjadikan Niagahoster sebagai web hosting yang terbaik di rantau ini.

  1. Niagahoster merupakan top 10 yang menyediakan servis web hosting berkualiti di Indonesia. Anda boleh semak faktanya di Hostadvice
  2. Mempunyai kadar uptime yang sungguh cemerlang. Menurut rekod oleh WebhostingStuff, Niagahoster capai 99.99% masa uptime. Masa uptime yang bagus bermula dari 99.96%.
  3. Harga web hosting termasuk juga dengan pembelian domain yang boleh dikategorikan sebagai antara termurah di rantau ini. Anda boleh semak sendiri harga domain yang disediakan oleh Niagahoster di Domain Murah Niagahoster
  4. Web hosting menggunakan server IIX, memberikan kelebihan untuk CMS dan website php.
  5. Niagahoster menggunakan Green Data Center Tier-4 DCI Indonesia yang berafiliasi dengan Equinix, penyedia data center terbaik di dunia.
  6. Segalanya unlimited di Niagahoster. Servis web hosting di Niagahoster menawarkan disk space unlimited, bandwidth unlimited, databases unlimited, add on unlimited, dan akaun email unlimited.
  7. Pakej tertentu memberikan anda domain percuma selamanya. Tidak perlu fikir mahu membeli nama domain dari syarikat lain, Niagahoster menyediakannya kepada anda tanpa sebarang bayaran.
  8. Sekuriti terbaik disediakan dalam setiap pakej web hosting oleh Niagahoster. Niagahoster menggunakan BitNinja Smart Server Security yang akan melindungi website anda dari pelbagai serangan termasuk Hacker, DDos, Spam dan bahaya Malware.
  9. Satu klik sahaja untuk kemudahan pelbagai jenis script tersedia di Niagahoster ini. Wordpress, Joomla, Opencart, Prestashop, Moodle, Magneto, dan lebih dari 280 script web lainnya segalanya boleh diakses dan digunakan hanya dengan satu klik.
  10. CPanel lengkap. Walaupun harga web hosting disediakan oleh Niagahoster adalah termurah, tetapi ia tidak membelakangi kualiti serta fitur terlengkap. Fitur seperti Softaculous, Site Builder, Email, Auto Responder, Auto Backup, SEO Tools dan banyak lagi semuanya tersedia untuk digunakan.
  11. Backup data secara automatik. Jadinya, anda tidak perlu risau mengenai kehilangan data sekiranya sesuatu yang buruk terjadi - samada sengaja atau tidak sengaja.
  12. Jaminan wang dikembalikan 30 hari. Ini bermakna, anda boleh mencuba sendiri servis web hosting di Niagahoster selama 30 hari, andaikata ia tidak memuaskan, boleh sahaja mohon dikembalikan wang menerusi support 24 jam. 


Dan sebenarnya ada banyak lagi kelebihan yang boleh anda dapat dengan menggunakan Niagahoster sebagai penyedia servis web hosting anda.

Bagaimana? Bagus kan?

Support Bagus 24/7 oleh Niagahoster

Tetapi ... jika ditanya saya, apakah ciri penting untuk sebuah syarikat penyedia servis web hosting menjadi yang terbaik? Pasti sekali saya akan jawab bantuan atau support yang diberikan selepas melanggan.

Harga murah atau mahal jika supportnya sangat teruk, pastinya ia akan meninggalkan kesan negatif.

Apalah gunanya servis web hostingnya terbaik andai support selepas pembelian tidak begitu aktif atau responsif. Setuju? Kerana pengetahuan peri pentingnya support ini, maka Niagahoster menyediakan support 24/jam untuk kesemua pelanggan bagi memastikan servis web hosting Niagahoster kekal terbaik.

Support 24 jam diberikan adalah merupakan satu jaminan yang sangat bagus. Andai anda mahu mencari mana-mana penyedia web hosting yang bertaraf profesional (walaupun harga murah), pilihlah yang berani mengaku boleh memberikan support ini.
Promo web hosting dari Niagahoster

Untuk tempoh tertentu, jika anda berminat untuk mendapatkan pakej web hosting yang terbaik, teknologi terkini, bersifat lebih lokal, dengan jaminan support terbaik 24 jam, bolehlah lihat apa yang disediakan oleh Niagahoster.

Paling menarik ialah anda boleh mendapatkan pakej hosting dengan harga murah ditambah oleh keistimewaan berikut:

  • Diskaun 40%
  • Domain percuma
  • SSL tanpa had percuma
  • SSL A+ percuma

Kesimpulan

Niagahoster memberikan segala keperluan terbaik untuk memastikan sebuah laman web mahupun blog untuk beroperasi tanpa masalah. Segalanya ada dalam Niagahoster.

Ketahui lebih banyak lagi, termasuklah promosi yang sangat menarik oleh Niagahoster. Boleh semak sendiri di laman rasmi - Niagahoster, Web Hosting Terbaik Indonesia




Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

1 Comments

  1. Masih belajar bab ni untuk business kami. Nice sharing..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.

RinggitPlus Banner