6 Sebab Ayah Perlu Rapat Dengan Anak Sejak Kecil Serta Tips Melakukannya

Susah ke nak jaga anak terutama yang masih bayi? Kalau ikut kepada pengalaman, memang ada waktu ia jadi sangat sukar. Kesukaran itu sebenarnya berpunca daripada hubungan antara ayah dan anak itu sendiri. Jika hubungan itu baik sejak dari dalam kandungan lagi, in Sha Allah, proses menjaga seorang anak sejak dari kecil oleh si ayah memang tak jadi masalah. Itu sebab seorang ayah perlu rapat dengan anak sejak awal perkembangannya dalam rahim si isteri.

6 Sebab Ayah Perlu Rapat Dengan Anak Sejak Kecil dan Cara Melakukannya

Sebab Ayah Perlu Rapat Anak Sejak Kecil
6 Sebab Ayah Perlu Rapat Dengan Anak Sejak Kecil dan Cara Melakukannya
Saya nak kongsikan sedikit tips dan petua, yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk para ayah yang lain. Boleh jadikan panduan yang dikongsi ini untuk merapatkan hubungan ayah dan anak, dan paling penting ialah, memberikan keupayaan untuk si ayah menjaga anak sejak dari kecil, yang sepatutnya tidak dilepaskan kepada tanggungjawab si isteri atau ibu anak semata.

Ayah Kepada Empat Orang Anak

Saya seorang ayah kepada empat orang anak. Alhamdulillah, Allah S.W.T dengan izinNYA telah anugerahkan saya, suami isteri 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Tiga dari anak saya sudah bersekolah, dan seorang lagi masih lagi berumur kurang dari setahun (waktu menulis post ini).
[post_ads]
Susahkah nak menjaga bayi yang masih kecil buat seorang ayah
"Tak retilah nak jaga baby ni .. asal aku dukung je, mesti dia nangis" Aha .. ini antara luahan ramai ayah, terutama ayah yang masih muda.

Ya memang sukar dan susah kalau masih tiada pengalaman untuk menjaga seorang anak yang kecil, apatah bayi yang tak pandai nak berkata-kata, tak tahu nak berkomunikasi dengan tepat.

Wahai ayah, pernah terfikir tak mengapa dan kenapa seorang anak itu, terutama yang masih kecil itu sangat rapat dengan ibu mereka?

Ini adalah kerana hubungan yang akrab yang dah diwujudkan sejak dari kecil lagi, ya sebelum kelahiran lagi. Itulah sebab saya pernah syorkan untuk para ayah agar sentiasa dampingi si isteri ketika sarat mengandung. Dan sesekali 'berkomunikasi' dengan anak yang berada di dalam kandungan si isteri.

Anda tahu fakta di bawah tak? Ianya dari kajian...

Tahukah anda bahawa penglibatan seorang ayah dalam mengasuh bayinya sendiri sejak dari awal akan menentukan kejayaan, kehidupan sosial dan nilai akademik anaknya di sekolah kelak.

Bukan itu sahaja, terdapat satu tinjauan yang mengemukakan bahawa bayi-bayi yang lebih rapat dengan ayahnya kemungkinan akan memiliki emosi yang lebih stabil, percaya diri dalam menghadapi pelbagai situasi, malahan lebih bersemangat untuk menerokai ruang persekitarannya.

Saya setuju dengan fakta dinyatakan di atas, sebab saya dapat lihat sendiri hasilnya apabila anak sulong saya, Hasif Amri berjaya mendapat keputusan 6A dalam UPSR, dan kini menjadi pelajar tahfiz di sebuah sekolah Ulul Albab di tempat saya.

[Dah Baca?] 26 Tips Serta Petua Lulus Cemerlang 6A Dalam UPSR
Anak jadi cemerlang jika rapat dengan ayah sejak kecil
Hubungan saya dengan anak sulong memang baik, malah kami ada banyak minat dan hobi yang serupa. Begitu juga dengan kedua-dua anak saya yang lain, iaitu Zikri dan Maira.

Semua anak saya ada bakat dalam melukis, yang merupakan bakat 'hebat' saya ketika di sekolah rendah.

Amri, Zikri dan Maira semua minat Sains. Alhamdulillah. Mereka juga bijak seperti isteri saya yang sudah memiliki ijazah sarjana (masters) berkaitan bidang kesihatan dari Universiti Malaya (UM).

Enam Sebab Kenapa Ayah Perlu Rapat Dengan Anak Dari Kecil

Seorang ayah perlu rapat dengan anak sejak dari kecil kerana sebab-sebab berikut:

Anak Rapat Dengan Ayah Punyai IQ Lebih Tinggi

Bagaimana nak rapat dengan anak kecil
Dalam sebuah kajian oleh Father Involvement Research Alliance telah menunjukkan bahawa bayi yang mempunyai hubungan yang rapat dengan ayah sejak kecil memiliki sifat lebih konfiden, emosi yang stabil, dan berani meneroka persekitaran mereka. Apabila meningkat usia 3 tahun, mereka juga lebih bijak bersosial, mudah menyelesaikan masalah, dan memiliki IQ yang lebih tinggi.

Anak saya Amri, ketika masih kecil, belum bersekolah sangat suka dengan puzzle, malah boleh menyelesaikannya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Dan sekarang, Amri boleh selesaikan kubik rubik dalam masa kurang seminit!

Anak Cenderung Untuk Jadi Confident dan Lebih Berani

Selain ciri tersebut, anak kecil yang rapat dengan ayah mereka dilihat lebih bersedia untuk memulakan prasekolah serta mampu mengendalikan rasa bimbang apabila berjauhan dengan rumah.

Ya memang betul. Anak-anak saya tidak ada masalah untuk memulakan prasekolah. Malah, mereka juga tak ada masalah untuk bertukar antara sebuah prasekolah dengan prasekolah yang lain. Hal ini nampak pada diri anak kedua saya, iaitu Zikri.

Anak Capai Keputusan Akademik Lebih Baik

Tips mendidik anak sejak dari kecil
Dalam sebuah lagi kajian membuktikan bahawa bapa yang memainkan peranan besar dalam perkembangan anak mereka sejak kecil turut menyumbang kepada kebolehan akademik mereka di sekolah.

Percayakah anda, melalui kajian tersebut, di dapati bahawa anak yang rapat dengan ayah adalah 43% lebih berpotensi untuk mendapatkan A dalam semua matapelajaran.

Alhamdulillah, anak-anak saya setakat ini berjaya mendapat keputusan yang baik dalam akademik di sekolah. Tingkah-laku mereka sering mendapat pujian di kalangan guru, apatah lagi apabila Amri antara pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam beberapa aktiviti luar bersifat akademik.
[post_ads_2]
Saya sebagai ayah, berasa bangga ooo apabila setiap kali hari anugerah sekolah, nama saya disebut lebih dari sekali ... :). Walhal, nama isteri saya juga patut disebut lebih daripada tu kerana beliaulah yang bertanggungjawab memastikan anak-anak saya lahir dalam keadaan sihat dan membesar dengan baik.

Kurang Masalah Disiplin Di Sekolah

Seingat sayalah, anak-anak saya tiada masalah berat berkaitan disiplin di sekolah. Hmm walaupun Zikri pernah dinasihatkan oleh guru sekolah agar tidak lagi berjual-beli di sekolah ... alhamdulillah, setakat ini .. tiada yang dikenakan tindakan disiplin.

Kalau anda nak tahu, anak-anak yang rapat dengan ayah mereka sejak dari kecil, memang kurang masalah disiplin di sekolah.

Saya memang rapat dengan anak-anak saya sejak mereka dari kecil. Saya boleh katakan saya pernah tukar lampin, menyusukan anak, menidurkan mereka, memandikan mereka dan basuh berak mereka semenjak dari mereka baru berusia kurang setahun.

Aha, ini termasuklah dengan bayi baru saya .. Hasif Najmi yang manjanya dengan isteri saya sangat kuat berbanding anak-anak lain.

Menurut Psychology Today, peranan seorang bapa dapat dilihat sangat signifikan dalam bermain bersama bayi. Melalui permainan inilah bayi banyak belajar untuk bersosial dan memupuk kestabilan emosi yang baik. Ini terbukti apabila kajian mendapati anak yang rapat dengan ayah kurang mengalami masalah disiplin dan tidak terganggu dengan kemurungan.

Adalah sangat penting, apabila nak bermain dengan anak kecil terutama bayi .. perlu gunakan intonasi, riak wajah, variasi respon dan cara berkomunikasi yang pelbagai supaya si anak dapat menangkap situasi, faham emosi serta tingkah-laku.

Seorang ayah perlu jadi petunjuk atau role-model untuk anak-anak ini belajar menjadi manusia yang betul.

Anak Perempuan Tahu Cara Menilai Seorang Lelaki Dengan Baik

Anak-anak, terutamanya anak perempuan yang rapat dengan ayah mereka lebih berpotensi untuk memiliki hubungan yang sihat dengan kaum lelaki pada masa akan datang.

Ini adalah kerana mereka memahami bagaimana seorang lelaki harus melayani seorang wanita. Mereka belajar perkara ini menerusi ayah mereka. Dengan meluangkan masa bersama Ayah, anak dapat mengenalpasti ciri seorang lelaki yang baik dan seharusnya dijadikan teman hidup.
Anak perempuan kena rapat dengan ayah sejak kecil
Anak perempuan saya, si Maira nampak ciri-ciri ini walaupun masih lagi belum akil baligh. Maira pernah beritahu saya mengenai kelakuan seorang budak lelaki, dan kenapa Maira suka kepada seorang budak lelaki dengan penilaiannya sendiri.

Oh sudah pastilah saya pantau tentang apa yang disukai dan tidak oleh anak perempuan saya ini.

[Dah Baca?] Cabaran Mendidik Anak Perempuan

Menerusi satu kajian didapati bahawa seorang anak perempuan yang rapat dengan ayahnya, in Sha Allah akan berjaya memiliki perkahwinan yang harmoni dan bertahan buat jangka masa panjang. Mereka ini tidak mudah ‘tertipu’ dan mampu membezakan sifat lelaki yang baik dan sebaliknya.

Malah dalam satu lagi pemerhatian oleh pakar, didapati anak-anak perempuan ini yang sering berinteraksi dengan ayah kurang kebarangkalian untuk terlibat dengan kehamilan remaja. Ohh yang pasti sekali, wajar dan wajib dijauhkan dari anak-anak perempuan!

Kenapa? Kerana anak-anak ini sudah dilimpahi kasih sayang secukupnya dari seorang lelaki bernama ayah, dengan ini anak perempuan ini tidak senang-senang dipujuk rayu oleh lelaki yang bukan mahramnya.

Ayah - Model Contoh Untuk Anak Lelaki

Seorang anak lelaki akan melihat kepada ayah mereka untuk menjadi seorang lelaki. Jika ayahnya seorang kaki sukan, anak lelaki juga akan turut terbabit dengan banyak acara sukan di sekolah. Jika ayah mereka seorang yang pakar dalam bidang teknologi, in Sha Allah, jejak langkah sama juga akan diikuti oleh anak lelaki.

Saya seorang penulis blog, dan anak saya Amri sudah ada channel YouTube nya sendiri!! Cuma Amri belum sampai ke tahap di mana dia boleh jana income sendiri dari YouTube sahaja lagi..huhu.

Bagi seorang anak lelaki, mereka dapat belajar pelbagai kemahiran daripada ayahnya melalui aktiviti bersama. Malah, mereka dapat mencontohi cara gentleman yang ditunjukkan oleh si ayah yang prihatin semasa melayani si ibu.

Tanpa sedar, dari sinilah mereka akan faham bahawa sifat kelelakian itu bukanlah ditunjukkan sekadar dengan kekuatan fizikal semata-mata.

Anak lelaki banyak dipengaruhi oleh asuhan ayah dalam menekankan keadilan, ketegasan, dan tanggungjawab, tetapi dalam keadaan penuh kasih sayang.

Mungkin ini adalah punca anak saya Zikri sangat bertanggungjawab atas keselamatan Najmi yang masih bayi, dan keselamatan adik perempuannya yang kadangkala kerap diusik di sekolah.

Saya pernah lihat Zikri menarik tangan Maira ketika di shopping complex apabila dikacau oleh seorang budak lelaki, malah Zikri berdiri di hadapan Maira untuk pastikan budak lelaki itu tidak mengacau Maira lagi.

Malah, anak-anak saya sering menjaga keselamatan sesama sendiri apabila saya dan isteri agak sibuk melayan karenah baby Najmi ketika di luar.
Sebab Ayah Perlu Rapat Anak Sejak Kecil
Saya mungkin seorang ayah yang bernasib baik kerana mempunyai isteri dan anak-anak yang faham situasi. Isteri saya banyak membantu saya untuk fahami karenah anak-anak yang berbeza. Isteri saya juga banyak berikan tips berguna agar saya dapat rapat dengan anak-anak dari waktu mereka kecil lagi.

[Dah Baca?] 5 Pedoman Buat si Ayah Untuk Mendidik Anak-Anak

Tak usah cari alasan untuk rapat dengan anak-anak.

Jika anda tidak rapat sekarang, kesannya bakal anda nampak di kemudian hari. Hari ini mungkin tak ketara, tetapi percayalah ... dan yakinlah .. anak-anak ini sedang menilai diri anda sebagai seorang ayah buat mereka.

Bagaimana Nak Rapat Dengan Anak Sejak Kecil?

Sebagai ayah, anda wajar wujudkan hubungan rapat dengan anak sejak dari awal perkembangan mereka.

Apa yang boleh anda buat?
  • Berkomunikasi dengan anak sewaktu dalam kandungan.
  • Mesra dan melayani isteri dengan baik ketika hamil.
  • Ambil-alih tugas isteri ketika isteri dalam pantang seperti memasak untuk anak-anak, hantar anak ke sekolah, bantu selesaikan kerja sekolah anak dan macam-macam lagi.
  • Tidurkan anak dan berikan kata-kata nasihat sentiasa dalam apa jua situasi.
  • Bermain bersama anak-anak walaupun kadangkala permainan tu agak 'bodoh' untuk seorang ayah berusia 40 tahun.
  • Support aktiviti anak walaupun kadangkala aktiviti anak itu nampak salah pada pandangan pertama anda - contohnya menconteng dinding.
  • Jangan terlalu menurut kehendak anak atau terlalu manjakan mereka. Jadilah serapat seperti rakan mereka, bukan menurut perintah seoalh anda hamba anak-anak.
  • Tukarlah lampin anak dan suapkan makanan kepada anak anda yang masih kecil.
  • Jangan malu untuk berkomunikasi keanak-anakan dengan bayi atau anak anda yang masih kecil. Pedulikan pandangan orang sekeliling.
  • Pujuklah tangisan anak, elakkan memarahi anak kecil yang menangis. Tangisan mereka adalah petunjuk emosi mereka yang rapuh. Jadilah seorang yang menjadi 'bahu untuk diletakkan kepala'.
  • Cutilah jika anak anda sakit. Prihatin. Anak sakit jika melarat dan tidak diberikan perhatian serius boleh mengundang penyesalan.
  • Bawalah anak-anak dan isteri anda bercuti dan habiskan masa berkualiti bersama.
  • Sentiasa bercerita dan dengar cerita dari anak-anak.
  • Berdoalah untuk anak-anak, dan kalau boleh biar anak itu mendengar doa dan harapan anda kepada mereka.
  • Solat berjemaah bersama.

Setelah mengetahui pelbagai kelebihan yang saya kongsikan mengenai sebab kenapa ayah perlu rapat dengan anak sejak kecil, dan dah baca mengenai beberapa tips dan panduan untuk rapat dengan anak ....  maka, saya harap anda sebagai ayah dapatlah mencubanya.

Ya, cubalah untuk lebih rapat lagi dengan anak dan si kecil di dalam rumah. Ini bukan sekadar tugas si ibu. Luangkanlah masa berkualiti bersama walaupun anda sibuk bekerja. Ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk turut serta dalam menguruskan anak dan melibatkan diri dalam aktiviti harian mereka.

Jadilah ayah mithali untuk anak-anak. Tak perlu tunggu anda menjadi seorang duda untuk rapat dengan anak-anak .. huhu.

Hargai pengorbanan isteri.

p.s: Saya mungkin bukan seorang ayah contoh untuk bapa-bapa hebat di luar sana. Ada ramai ayah hebat yang mungkin tak ada blog seperti saya hingga dapat kongsikan kisah anugerah hebat Allah S.W.T ini. Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan.

Sumber asal: SirapLimau dan Zuriat

Post a Comment

2 Comments

  1. Tak ramai ayah yang nak rapat dengan anak-anak macam HH buat ni

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tuan berkongsi pengalaman dan tips untuk saya yang merancang untuk nikah dan mempunyai anak.

    Buat masa sekarang, saya sedang cuba untuk set 1 benchmark untuk anak-anak. Menuntut banyak ilmu, belajar tinggi-tinggi, sebab nak anak buat lebih baik daripada saya.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.