13 Petua & Tips Untuk Tidurkan Bayi Agar Lena Waktu Malam

AI Trade
Buat ibu bapa yang baru mendapat bayi, pasti akan berhadapan dengan masalah untuk menidurkan bayi. Bayi yang baru lahir memerlukan masa untuk adjust keadaan yang jauh berbeza semasa di dalam kandungan, itulah sebab ada bayi yang agak sukar untuk ditidurkan.

13 Petua Serta Tips Tidurkan Bayi, Memastikan Dia Lena di Waktu Malam

Petua dan tips Untuk menidurkan bayi serta anak kecil
Tips untuk tidurkan bayi dan anak kecil dengan lena
Jadi, waktu awal kelahiran seorang anak, si ibu bapa kena latih anak atau bayi ini untuk membiasakan diri dengan keadaan bagi memudahkannya tidur dengan lena. Ada beberapa tips dan petua yang boleh anda gunakan sebagai latihan awal untuk mudahkan bayi anda ditidurkan.

Tips 1 - Apakah Tanda-Tanda Bayi Anda Bila Nak Tidur?

Rasa mengantuk berlaku pada setiap manusia, termasuklah pada bayi. Ada banyak sebab bayi akan rasa mengantuk dan membolehkannya tidur dengan mudah. Cuma lihat dan perhati dengan teliti di saat bayi anda mahu tidur.

Adakah ianya akan menguap? Adakah bayi akan menangis? Adakah bayi akan menggaru-garukan kepala? Adakah bayi itu akan bergolek-golek?

Kenapa ianya penting untuk anda faham dan 'alert' apabila bayi anda hendak tidur? Langkah ini merupakan langkah yang paling penting dan terawal dalam memastikan tidur yang lena sepanjang malam.

Anda tidak boleh memaksa bayi atau anak anda tidur jika tanda-tanda ini tidak kelihatan. Jika anda paksa, mungkin bayi atau anak anda akan mudah terjaga lalu menyebabkannya susah untuk tidur kembali.

Tips 2 - Perhatikan Keadaan Sekitar Ketika Bayi Anda Mudah Tidur

Cara nak tidurkan bayi dengan mudah
Apabila bayi atau anak kecil anda tertidur, lihat serta perhatikan keadaan sekitar. Ia penting untuk anda tahu suasana dan keadaan terbaik memudahkan anak anda tidur. Ok. Apa perlu anda perhatikan?

Keadaan bilik - samada suasananya terang? gelap? bagaimana suhunya? Persekitaran senyap atau bising? Perlu ada suami di sisi anak?

Adakah bayi anda mudah tidur jika dipasang kipas? Adakah bayi anda mudah tidur jika berada di hadapan TV? Dipasangkan radio? Dengarkan ayat suci Al Quran?

Bila anda dah faham keadaan-keadaan ini, maka anda boleh sediakan suasana tersebut untuk bayi atau anak kecil anda untuk tidur dengan mudah dan nyenyak.

Contohnya macam anak saya Amri, apabila hadapi kesukaran untuk tidur, saya akan bawa Amri (ketika bayi) meronda menaiki kereta pusing taman. Rupanya, dia mahu ada bunyi deruman baru dapat tidur dengan lena. Aha .. lepas tu, saya pasangkan kipas yang ada bunyi deruman sama setiap kali nak tidurkan Amri.

Malah, sehingga dah berusia 10 - 11 tahun pun, Amri mudah tertidur dalam kereta. Tak sampai lima minit, dia akan lelapkan mata dalam kereta sehinggalah tiba ke destinasi.

Tips 3 - Rutin Sebelum Tidur

Latih anak anda dengan rutin tertentu untuk memberitahu bahawa tiba masanya untuk tidur. Dengan latihan sebegini, ia akan membiasakan satu-satu keadaan itu untuknya mudah lena tanpa masalah.

Antara rutin yang pernah dan sedang saya gunakan untuk tidurkan bayi dengan mudah:
  • Mandikan dengan air suam sebelum tidur.
  • Bedung bayi dengan selesa.
  • Masukkan ke dalam buaian.
Rutin ini mungkin akan berubah apabila bayi atau anak kecil itu semakin membesar. Jadi, perkenalkan rutin baru. Contohnya, kalau anak kecil sudah berusia lebih setahun .. takkan anda nak bedung anak anda lagi?

Apa yang boleh anda buat ialah ubah rutin dari mandi air suam kepada membasuh muka, tangan dan kaki sebelum tidur. Boleh juga anda ubah kepada rutin membacakan buku cerita sambil berbaring bersama, atau bermain geletek-geletek sebelum tidur.

Rutin paling biasa dan mujarab biasanya ialah memberikan susu. Saya syor ibu yang boleh menyusukan badan, gunakan masa ini untuk eratkan hubungan dengan penyusuan susu ibu.

Tips 4 - Sentuhan 'Magic' Sebelum Tidur

Apa yang ‘magic’ tu? Percaya atau tidak, bayi pun perlukan urutan badan sebelum tidur. Kajian dari Universiti Miami melaporkan, bayi dan kanak-kanak yang diurut sebelum tidur selama 15 minit mampu untuk tidur lena tanpa terjaga.

Saya pernah gunakan cara ini untuk tidurkan dua orang anak saya iaitu Zikri dan Maira ketika mereka kecil. Keduanya suka jika saya menggaru perut mereka sebelum mereka dapat tidur dengan lena. Malah, sentuhan sebegini masih lagi dilakukan sehingga mereka sudah masuk darjah satu.

[Dah Baca?] Ketahui 11 Tanda Anak Anda Seorang Yang Bijak Sejak Kecil

Tips 5 - Perdengarkan Bunyian Yang Menyenangkan

Ada bayi yang mudah tertidur apabila mendengar rentak atau bunyi yang mendamaikan. Ada pula mudah tertidur apabila mendengar bunyi air sungai, bunyi burung berkicauan atau mungkin bunyi alunan muzik tradisional.

Buat seorang Muslim, saya syorkan untuk perdengarkan alunan ayat-ayat suci Al Quran atau zikir.

Saya pernah tidurkan baby Najmi dengan alunan zikir munajat dan juga doa taubat. Serius .. doa taubat bukan setakat menenangkan bayi untuk tidur, malah menenangkan diri saya sendiri. Terkesan dan mendalam alunan doa taubat. Jika boleh, anda alunkan sendiri supaya bayi atau anak kecil anda kenali suara anda sebelum mereka terlena.

Cara ini juga menambahkan erat antara anak dengan ibu mahupun bapa.

Tips 6 - Buaikan Bayi

Cara dan petua lama yang memang mujarab dalam sesetengah keadaan untuk mudahkan bayi tidur dengan lena. Gerakan dan ayunan ini membuatkan bayi itu terasa berada di dalam perut ibu. Cara ini sangat berkesan untuk bayi selepas usia lebih enam bulan.

Tapi, tak bolehlah anda selalu gunakan cara ini kerana ia boleh menyulitkan nanti terutama apabila anda bukan berada di rumah, atau sukar untuk menyediakan buaian sendiri.
[post_ads]

Tips 7 - Si Ibu Menyusu Perlu Jauhkan Kafein

Kafein bukan sahaja perlu dielak ketika hamil, juga semasa si ibu atau isteri menyusukan bayi, anda juga perlu buang senarai minuman berkafein di dalam kepala. Minuman yang mengandungi kafein terdiri dari teh, kopi dan minuman bikarbonat (minuman bergas).

Bayi akan terkesan jika minum susu ibu yang mengandungi kafein. Lebih mengerikan, badan bayi mengambil masa sehingga 97 jam untuk hilangkan kesan kafein dari tubuhnya menyebabkan bayi lebih susah untuk tidur.

Isteri saya selalunya akan minum air masak sekurang-kurangnya dua tiga gelas sebelum tidur bersama bayi.

Tips 9 - Bayi Makan Banyak Di Waktu Siang

Waktu siang terutama untuk bayi yang sudah semakin membesar adalah waktu mereka beraktiviti. Jadi, berikan sebanyak mungkin tenaga untuknya beraktiviti dengan berikan makan dengan banyak... oppss maksud saya .. lebih kerap.

Bagi makan je. Satu perkara yang tak susah pun dilakukan. Cuma kena ingatlah, jangan berikan makanan merapu, pastikan ia makanan yang sihat seperti buah-buahan, biskut oat, dan banyakkan minum susu - paling baik susu ibu.

Kekerapan makan di waktu siang mampu membantu tidur yang lena di malam hari. Bayi mempunyai saiz perut yang kecil dan perlu makan dengan kerap. Beri makan atau susukan bayi di waktu siang dengan kerap supaya masa dia tidur waktu siang tidak begitu lama.

[Dah Tahu?] Rahsia Menjadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Pintar

Jika bayi anda tidur lebih dari empat jam, anda boleh kejutkan dengan lembut. Ajak bayi atau anak kecil anda bermain serta belajar benda baru. Rutin menyelang-selikan tidur, makan dan belajar (aktiviti) dapat mengurangkan sedikit sebanyak masalah kerap terjaga malam.

Bayi akan penat serta letih, dan pada masa sama kenyang - jadi mudahlah nak tidur tanpa masalah besar.

Tips 10 - Berikan Minum Susu Akhir Sebelum Menidurkan Bayi

Petua zaman berzaman. Berikan susu kepada bayi anda sebelum tidur. Ketika nak tidurkan bayi dengan cara ini, pastikan si ibu atau isteri tidak tenung bertentangan mata dengan bayi. Ini untuk mengelakkan ransangan daya visual dari mata ke otak. Biarkan bayi atau anak kecil memandang ke arah lain selain mata si ibu.

Tidak kira bila kali terakhir anda memberi susu dan makanan kepada anak anda, cuba untuk berikan susu terakhir sebelum anda tidur. Ini akan elakkan bayi dari terjaga kelaparan di waktu malam.

Sekali lagi, susu ibu adalah terbaik untuk diberikan sebelum menidurkan bayi.

Alhamdulillah, semua anak-anak saya mudah tidur selepas diberikan susu ibu ketika hendak tidur di waktu malam.

Bayi mudah tertidur apabila menghisap susu ibunya. Hal ini kerana, hormon-hormon akan terhasil dan menimbulkan keselesaan buat bayi dan ibu.
[post_ads_2]

Tips 11 - Posisi Anak Tidur

Bayi saya si Najmi ambil masa sedikit untuk tidur. Kadangkala apabila sudah diberikan susu ibu pun, dia masih lagi belum lena sepenuhnya. Biasanya, Najmi akan mencari posisi sesuai dan selesa sebelum dapat tidur dengan lena.

Jadi, biarkan anak anda untuk cari posisi yang sesuai. Jangan paksa anak anda untuk mula tidur di satu posisi sahaja. Apabila anak itu sudah lena, baru ubah posisi tersebut.

Jika anak menangis ketika nak mencari posisi tidurnya ini, tepuk-tepuk perlahan sehingga si anak melelapkan mata.

Tips 12 - Tidur Sekali Dengan Bayi

Mahu bayi atau anak anda tidur dengan lena, maka tidurlah sekali dengannya. Kajian mendapati, si ibu atau bapa yang tidur sekali dengan bayi, bukan sekadar mengeratkan hubungan malah membolehkan anak mendapatkan tidur yang berkualiti.

Oh ya, kadangkala ada waktu di mana anda tidak dapat tidur sekali, jadi alternatifnya ialah cuba letakkan baju yang ada bau badan si ibu atau bapa di sisi berdekatan dengan bayi atau anak. Jangan pula dipekup .. uh kang naya je sebab lemas.

Isteri saya sering gunakan cara ini untuk tidurkan Maira yang memang manja dengan saya. Malah sehingga sekarang, Maira akan minta saya tidur di sampingnya setiap malam. Waktu Maira masih bayi, isteri saya kerap meletakkan baju yang ada bau badan saya di sisi Maira.

Ketika di awal kelahiran, deria bau antara deria yang sangat tajam bagi bayi.

Tips 13 - Puting Tiruan Sebagai Alternatif

Seboleh-bolehnya, saya memang tak syorkan anda untuk gunakan puting sewaktu nak tidurkan bayi atau anak kecil. Tak bagus sebenarnya. Tapi dah buat segala tips dan petua lain, tak ada kesan positif, boleh gunakan cara terakhir ini. Ya, kalau boleh elakkan puting kosong daripada diberikan kepada bayi untuk tidurkannya.

Berikan puting kosong untuk membolehkan anak anda melelapkan mata. Tapi, cepat cabut puting tersebut apabila anak tertidur supaya dia tidak begitu terbiasa dengannya.

Harapnya dengan sedikit perkongsian ini dapat bantu anda untuk tidurkan bayi mahupun anak kecil dengan mudah. Ia bersandarkan kepada pembacaan dan pengalaman saya sendiri. Mungkin tips dan petua tidurkan bayi di atas tidak berapa sesuai untuk anak anda, iyelah .. keadaan bayi ni tak sama.

Err namun, tak salah jika nak mencubanya. In Sha Allah.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

5 Comments

  1. banyak juga tip yang mudah dan praktikal untuk diikuti...

    bagus juga nie

    ReplyDelete
  2. Tips yang bagus untuk mereka yang mempunyai anak kecil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mummy Julia. Moga ada la ibu bapa baru yg akan ikut tips di atas jika bermasalah bayi nak ditidurkan

      Delete
  3. Good tips. Kalau Syafi mama tutup lampuel semua lama2 dia tidur la

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.

RinggitPlus Banner