Perhatian kepada para pemilik homestay dan juga bakal usahawan homestay di Malaysia! Ok, ada berita baik untuk anda yang mahu uruskan homestay dan menjadikannya sebenar-benar lubuk menjana pendapatan secara sampingan atau sepenuh masa, gaya seorang jutawan!

Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan

Satu panduan lengkap menguruskan homestay gaya jutawan telah diterbitkan oleh pihak Klikjer. Ia merupakan satu panduan yang ditulis hasil pengalaman sebenar seorang usahawan homestay berjaya di Malaysia (pernah masuk akhbar). Nama beliau ialah Faridil Altras atau mudah dipanggil Farid.
Panduan Jutawan Homestay
Jutawan homestay Malaysia kongsi ilmu
Tuan Farid ini sebelum ini ada berikan saya satu ebook percuma bertajuk "10 Pelaris Homestay". Isi kandungan ebook panduan tersebut memang awesome. Jika anda mahu muat turun panduan percuma tersebut, nanti boleh dapatkan di akhir post ini ye.

Siapa Jutawan Homestay Ni?

Ok, meh kita berkenalan sedikit dengan Tuan Farid ni.

Tuan Farid adalah pengusaha homestay Fardain Place. Beliau seorang jutawan homestay!!

Beliau sebenarnya dah mula buat bisnes homestay sejak tahun 2014. Buat setengah orang, mungkin pengalaman menguruskan homestay dalam tempoh ini dianggap baru, namun ada juga yang rasa bahawa tempoh tersebut sudah cukup baik untuk mendalami segala hal berkaitan menguruskan sebuah homestay dengan baik.

Dalam tempoh tersebut, iaitu sejak 2014 - 2018 ini; Tuan Farid telah mengembangkan bisnes homestaynya dari hanya sebuah homestay menjadi kepada 8 buah homestay, yang semuanya diuruskan gaya jutawan! Wow .. hebat tak?

Ni antara beberapa gambar homestay milik beliau ...
Tips urus homestay
Homestay Jutawan Fardain Place
[post_ads]
Homestay Fardain Place
Kalau ikutkan, Tuan Farid ada lebih banyak homestay .. malah pernah ada sehingga 12 buah homestay yang diuruskannya. Namun, disebabkan beberapa masalah yang berlaku, maka Tuan Farid terpaksa menutup beberapa homestay setelah beberapa bulan ianya dibuka.

Ia satu pengalaman perit dan berjharga buat Tuan Farid.

Aha  ... anda tentu nak tahu bagaimana ianya boleh berlaku kan? In Sha Allah, anda mungkin boleh mengetahuinya dalam Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan ditulis oleh beliau.

Anda tentu nak tahu apa lagi pengalaman Tuan Farid yang lain ketika menguruskan homestay beliau ...

[Dah Baca?] Panduan Iklankan Homestay Menerusi Laman AirBnB

Menurut Tuan Farid dalam satu email kepada saya ...

Pernah satu ketika, 2 orang sekali tempah homestay yang sama, pada hari yang sama. Memang haru biru dibuatnya. Bayangkan pada satu hari, ada dua buah keluarga berbeza datang nak masuk rumah homestay yang sama, lepas tu kedua-dua keluarga dah siap bayar!

Itu pengalaman bila homestay ditempah terlebih-lebih. Namun, tidak disangkal Tuan Farid pernah ada ketika homestay jadi kosong tanpa tempahan berminggu-minggu lamanya.

Biasalah, siapa-siapa pun yang baru nak belajar urus homestay pasti akan hadapi masalah .. lebih kurang sama dengan apa yang berlaku kepada Tuan Farid ini.

Dek kerana masalah-masalah dan pengalaman perit itulah, Tuan Farid ambil keputusan untuk mencari jalan membina satu sistem pengurusan homestay yang lebih teratur dan efisien.

Sistem yang dibina dan dijalankan oleh Tuan Farid nampaknya membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan. Akibatnya, homestay yang diuruskan oleh Tuan Farid tidak lekang dari menerima tempahan setiap minggu yang menghasilkan income yang lumayan.

Kalau saya nak ceritakan pasal pengalaman serta sistem digunakan oleh Tuan Farid mengenai cara menguruskan homestay, memang tak dapatlah. Ianya terlalu panjang dan detail, saya tak mampu nak tulis dalam blog ini.

Persoalan Berkaitan Bisnes Homestay Dijawab Dalam Ebook 115 Mukasurat

Tetapi, buat anda yang mungkin rasa nak tahu lebih lanjut bagaimana Tuan Farid uruskan homestaynya dengan gaya seorang jutawan .. haha .. bolehlah baca ebook pertama beliau yang telah siap ditulis setebal 115 mukasurat!

Fuh. Tebal tu. Mesti macam-macam ada dalam panduan tu. Tak caya? Anda harus dapatkannya dan baca. Kalau boleh, praktikkan!

Dalam ebook tersebut, Tuan Farid bakal menjawab beberapa persoalan, antaranya:
  • Macam mana nak buat bisnes homestay tanpa ada rumah sendiri?
  • Berapa kos & modal permulaan?
  • Apa senarai barang dan peralatan yang perlu disediakan?
  • Macam mana nak buat marketing?
  • Macam mana nak letak harga?
dan banyak lagi soalan berkaitan cara menjalankan bisnes homestay secara sistematik dan menguruskannya gaya jutawan.
[post_ads_2]

Apa Beza Pengurusan Homestay Tuan Farid Dengan Cara Anda?

Anda mungkin fikir, hmmm .... betulkah bagus cara pengurusan homestay yang dilakukan oleh Tuan Farid?

Orait.

Jika anda nak tahu, Homestay Fardain Place telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan, antaranya ialah Anugerah Superhost oleh pihak AirBnB pada tahun 2015 dan Anugerah Guest Review dari pihak Booking.com pada tahun 2017.

Cuba bandingkan dengan homestay yang anda uruskan ... huhu .. ada pernah dapat anugerah sebegitu tak?

Itu bezanya antara anda sebagai seorang pengusaha homestay dengan Tuan Farid ni. 
Ada lagi ...

Homestay anda sentiasa dapat tempahan tak? Homestay anda ada dapat tempahan dari luar negara tak?

Paling kurang, dalam sebulan, perlu dapatkan 7 hari tempahan, barulah balik modal dan berbaloi orang kata. Menurut Tuan Farid, tempahan homestay Fardain Place, secara purata mendapat tempahan sekitar 25-30 hari setiap bulan.

Aha .. barulah betul-betul usahawan homestay berjaya .. tak gitu?

Jika anda seorang usahawan homestay, dah ada rumah nak dijadikan homestay, atau baru terfikir nak ceburi bisnes ini yang sentiasa ada permintaan (jika tahu caranya), maka saya syorkan anda baca panduan yang telah ditulis oleh Tuan Farid.
  • [message]
Dengan panduan tersebut, anda juga boleh mengelakkan beberapa isu berkaitan pengurusan homestay. Ada juga akan belajar cara menyediakan dokumen penting untuk melindungi homestay anda.

Tahukan, yang penghuni homestay ni datang dari banyak arah, banyak latar belakang, pelbagai ragam dan perangai, malah ada yang pelik-pelik. Jadi, satu sistem urus yang baik dan tersusun lengkap dengan dokumen mesti nak diadakan.

Ebook Lengkap Dengan 6 Bahagian - 27 Bab

Di dalam panduan menguruskan homestay gaya jutawan ini, anda akan dapat beberapa ilmu berkaitan cara nak jalankan dan uruskan bisnes homestay anda. Ia dipecahkan kepada 6 bahagian, iaitu:
  1. Bahagian Pemilihan & Pemilikan Homestay
  2. Bahagian Mempersiapkan Homestay
  3. Bahagian Pemasaran Homestay
  4. Bahagian Pelanggan Check-in
  5. Bahagian Pelanggan Check-out
  6. Bahagian Mengembangkan Bisnes Homestay
Lepas tu, dalam setiap bahagian pula terbahagi kepada beberapa bab. Secara keseluruhan, ebook ini mengandungi 27 bab kesemuanya. 115 mukasurat ye ... aha jadi saya nak beritahu anda, ianya adalah satu panduan yang sangat padat dan lengkap. In Sha Alllah.

Nak tahu lagi mengenai isi kandungan panduan ini? Boleh terus ke sini - Jutawan Homestay

Dan untuk tempoh terhad, anda boleh dapatkan secara percuma ebook "10 Pelaris Homestay" menerusi laman web tersebut.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Ni baru usahawan homestay berjaya sampai terima pengiktirafan. Siapa nak belajar .. bolehlah belajar.

      Padam
  2. WoW!! Sangat hebat dan teruja untuk berjaya spt beliau

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement