Lama betul rasanya tak makan Mee Rebus Tulang. Alhamdulillah, hari tu saya berkesempatan untuk makan Mee Rebus Tulang, antara yang sedap di Taiping. Ketika itu, memang sengaja saya dan famili pergi ke Taiping untuk jalan-jalan makan angin. Lokasi kedai makan yang menjadi pilihan saya sekeluarga untuk makan Mee Rebus Tulang ialah di Changkat Ibol.

Mee Rebus Tulang Warung D'Bukit, Kampung Chengal Jantan, Changkat Ibol Berhampiran Taiping

Mee Rebus Tulang Warung D'Bukit, Kampung Chengal Jantan, Changkat Ibol Berhampiran Taiping
Mee Rebus Tulang Warung D'Bukit, Kampung Chengal Jantan, Changkat Ibol Berhampiran Taiping
Aha ... dah dapat agak kedai makan mana yang saya maksudkan tak? Ya, lokasi kedai makan yang saya maksudkan untuk makan Mee Rebus Tulang yang sedap ialah di Restoran atau Kedai Makan Warung D'Bukit, yang terletak di Kampung Chengal Jantan, Changkat Ibol berdekatan Taiping.

Lokasi Mudah Mee Rebus Tulang

Lokasi warung ni memang tak susah nak dicari. Hanya keluar tol PLUS Changkat Jering, di persimpangan lampu isyarat pertama, hanya hala ke arah Lumut. Jadinya, anda perlu belok ke kanan di simpang pertama selepas keluar tol.

Dalam lebih kurang 10 km, akan jumpa satu simpang yang menghala ke Changkat Ibol. Ambil kanan dan terus sahaja. In Sha Allah, akan jumpa warung yang saya maksudkan yang berada di atas bukit di tepi jalan. Tak susah mencarinya. Dari jauh anda akan perasan ada papan tanda dan warung ini. Kalau hujung minggu, akan bersusun kenderaan di tepi jalan.

Saya dan keluarga memang suka makan di sini kalau kami melalui kawasan Changkat Jering.
Mee Rebus Tulang Sedap dan Murah di Changkat Ibol, Taiping
Antara menu best selain Mee Rebus Tulang ialah Mee Rebus Udang, Mee Kari Ketam (kadangkala je ada), Sup Perut, Mee Sup Tulang, Laksa dan banyak lagilah. In Sha Allah ... anda tidak akan rasa kecewa dengan rasa menu yang ada.
[post_ads]
Oh ya, satu lagi menu best yang selalu saya makan di warung ini ialah Mee Bandung Udang. Fuh .. udang-udangnya bersusun ooo atas mee ... boleh tengok di sini - Sedapnya Mee Bandung Warung D'Bukit.

Milo Ais Kepal Pun Ada ..

Selain tu, antara tarikan best makan di sini ialah Milo Ais Kepal. Anak-anak saya kalau ke sini, pasti akan pesan Milo Ais Kepal. Ada yang kata, menu istimewa ini hanya ada di negeri Perak sehingga ia menjadi tular di media sosial.

Haha .. saya tak perasan pulak benda tu.

Tapi kalau ikutkan la, tak susah mana pun nak membuat Milo Ais Kepal ni di rumah. Isteri saya pernah cuba membuat Milo Ais Kepal di rumah. Alhamdulillah, anak-anak semua suka dengan menu resepi Milo Ais Kepal yang isteri saya buatkan.

Saya memang suka makan Mee Rebus Tulang di Warung D'Bukit, Changkat Ibol ini sebab daging tulangnya lembut dan mudah saya nak kunyah. Tak adalah perlu bertarung sakan untuk merasai kesedapan tulang yang penuh semangkuk.

Rasa Mee Rebus pun cukup sedap - sesuai dengan selera saya. Cuma kadangkala kena perahkan limau sedikit untuk menambah rasa masam dalam kuah Mee Rebus.

Jika ikut kebiasaan, rasa kuah Mee Rebus mesti ada rasa manis udang kering, rasa lemak dari telur rebus dan rasa masin dari cucur dan keledek. Rasa ini semuanya ada dalam Mee Rebus Tulang Changkat Ibol ni.
[post_ads_2]
Selain Mee Rebus Tulang, ada Mee Rebus biasa. Anak saya yang sulong selalunya akan pesan Mee Rebus biasa ni .... sebab dia tak berapa pandai nak makan tulang-tulang ni .. hehe. Boleh katakan setiap kali ke warung ni, Amri akan pesan menu yang sama .. tak tukar-tukar.
Saya tak pasti sejauh mana popular menu yang ada di Warung D'Bukit Changkat Ibol ni dalam media sosial. Tak pernah pula nampak warung ni menjadi tular ...

Pun begitu, setiap kali saya dan keluarga ke sini, pasti ramai pelanggan yang memenuhi setiap ruang yang ada.

Warung ini dibuka setiap hari dari jam 12:00 tengahari sampai jam 7:00 malam. Ianya ditutup pada setiap hari Jumaat.

Jumpa Sahabat Lama di Warung Mee Rebus Tulang

Oh ya, nak dijadikan cerita .. baru-baru ni saya bertemu dengan seorang sahabat lama saya, yang sama-sama belajar di USM, iaitu Cikgu Sukiman Mustafa. Seorang sahabat yang banyak bantu saya ketika belajar dulu ni.
Hasrul Hassan dan Sukiman Mustafa (Nanang)
Rupanya, Cikgu Sukiman (aka Nanang) berkahwin dengan orang Changkat Ibol, siap ada dusun durian D24 dan Musang King di situ. Uhh alhamdulillah, mungkin ia satu pintu rezeki untuk saya sekeluarga kelak jika teringin nak makan buah durian gred A.

Ok.

Jika anda ada melalui lebuhraya PLUS dan ternampak simpang keluar Changkat Jering, bolehlah nanti singgah di kedai makan ni. Manalah tahu nak merasa Mee Rebus Tulang atau Milo Ais Kepal tu. Time-time cuti .. bolehlah pergi mencuba rasa mee rebus ini .. :)

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Serius nampak sedap laa new rebus ni. Mama dh ke hantu mee rebus. Boleh masuk wishlist ni

    BalasPadam
  2. Rindu nak makan mee rebus tulang. feveret... last makan kat johor yg ada tulang.. yang lain mee rebus biasa je..

    BalasPadam
  3. saja je kan.. nak bagi mia kecur pagi ni.....

    BalasPadam
  4. exit changkat jering, kedai dia belah mana..kat kona tu ke?apa nama kedainya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh baca ke tak ni? Kan ada sebut WARUNG D'BUKIT .. Kg Chengal Jantan, arah ke Changkat Ibol. Hanya ada satu jalan sahaja ... tak boleh miss maa.

      Padam
  5. oo..trafik light masuk kanan, ingatkan kiri ke Taiping tu..dalam 10km..ingatkan gerai makan yang bebanyak kat pekan changkat jering tu..ok, Warung Dbukit namanya.haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement