Pelik tetapi benar. Bukan auta tetapi fakta. Inilah realiti harga rumah yang dijual di bandar Ollolai, Sardinia, berdekatan Rom, Itali. Memang murah gila. Harga rumah yang dijual di bandar ini, cuma 90 pence atau RM5 sahaja bagi setiap unit.

Kawasan perbandaran di bandar Ollolai, Sardinia menawarkan sebanyak 200 unit buah rumah dengan harga jualan serendah RM5 seunit. Harga rumah yang pada fikiran saya tidak masuk akal, dan pasti takkan jumpa seumpamanya di Malaysia. Rumah kediaman di Malaysia, rata-rata dijual dengan harga di atas RM100,000 hatta untuk jenis perumahan yang dibiayai oleh subsidi kerajaan.

Jual Rumah Harga Serendah RM5 Seunit

Rumah murah di Itali, dijual serendah RM5 seunit
Apa yang sebenarnya berlaku sehingga harga rumah di bandar tersebut dijual sehingga serendah RM5 seunit?

Populasi Menurun, Elak Bandar Jadi Bandar Mati

Memetik laporan dari Daily Mail, langkah itu diambil bagi mengelakkan bandar yang terletak di Kepulauan Itali itu menjadi bandar hantu ekoran populasi kelahiran bayi setiap tahun di bandar itu mengalami penurunan mendadak. Ini bermakna, jumlah penduduk di bandar itu juga menurun dengan mendadak.
Rumah serendah rm5 seunit di Itali
Langkah drastik itu dilaksanakan oleh Datuk Bandar Ollolai, Sardinia, Afio yang mengambil maklum tentang perkembangan itu lantas memutuskan untuk menyediakan skim rumah khas. Menerusi skim ini, mereka yang mahu tinggal di situ boleh membeli harga rumah dengan harga yang amat murah, namun tertakluk pada syarat tertentu.
[post_ads]
Datuk Bandar Ollolai, tidak mahu bandar itu mati. Buat masa sekrang, cuma terdapat lebih kurang 1,300 buah kediaman berpenghuni di sini.
Datuk Bandar Ollolai tidak mahu bandar berhantu
Akibat daripada berita penjualan rumah serendah 90 pence (RM5) itu, maka ramailah yang membuat permohonan menerusi skim tersebut untuk memiliki rumah di bandar Ollolai. Menurut laporan, pihak bandaraya telah menerima 120 permohonan untuk membeli rumah daripada warganegara asing terutama daripada Amerika Syarikat, Australia dan juga Russia.
[post_ads_2]
Bandar Ollolai adalah sebuah bandar yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia sebuah bandar lama dikelilingi oleh kawasan pergunungan yang cantik, di sebalik hakikat ianya adalah sebuah pulau. Banyak rumah di bandar Ollolai ini sudah lama wujud dengan senibina lama yang masih utuh.

[Dah Baca?] Servis Bina Rumah di Tapak Sendiri

Satu fakta yang sangat menarik untuk diketahui hari ini ..

Mungkin satu hari (walaupun sukar), kita di Malaysia akan melihat perkembangan seperti ini. Cukup syukur andai di Malaysia ada rumah dijual semurah ini.

Di kawasan lain di dunia, telah ada bandar bersejarah seperti ini yang menawarkan kediaman serendah USD1. Ini semua gara-gara populasi yang menurun di kawasan tersebut, selain untuk mengelakkan bandar itu mati dan hilang dari peta dunia.
Bandar Ollolai, Itali
[Mahu Tips Beli Rumah?] 6 Tips Membeli Rumah dengan Modal Minima

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ohmaiiii kalau la kat Msia rega camtu..kompem ramai warga asing jd MALAYSIAn...ekekeke

    BalasPadam
  2. Kalau harga macam ni di Malaysia generasi Y tak endah jugak nak beli tak tahulah ..

    BalasPadam
  3. No yg buat Terasa nk pindah ni hehee

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement