Hanis Nabilah Mustafa Bakri. Tentu ramai yang belum kenal dengan pelakon baru yang berwajah cantik seperti anak patung ini. Anda boleh temui Hanis Nabilah ini dalam slot Dahlia TV3 bersiaran dari Jumaat sehingga Ahad menerusi drama 'Papa Nak Menantu'. Oh ya, Hanis Nabilah Mustafa Bakri juga seorang blogger ... hehe .. ya, gadis cantik ini ada blog sendiri, dan beliau juga merupakan founder kepada KolaKopi .. uh dah ada produk sendiri tu.

Hanis Nabilah Mustafa Bakri berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dari Universiti Malaysia Kelantan. Selain aktif dengan bisnesnya sendiri, beliau juga sering terbabit dengan modelling dan peragaan. Kalau anda peminat koleksi pakaian Rina Salleh dan Fellina Boutique, tentu wajah Hanis Nabilah ini familiar buat anda.

Gambar Hanis Nabilah Mustafa Bakri - Blogger, Pelakon dan Founder KolaKopi

Hanis Nabilah Mustafa Bakri - Pelakon Papa Nak Menantu, Founder KolaKopi
Hanis Nabilah Mustafa Bakri - Pelakon Papa Nak Menantu, Founder KolaKopi
Di dalam drama Papa Nak Menantu, Hanis Nabilah Mustafa Bakri memegang watak sebagai Delina, yang putus cinta dengan Azrin, dipegang watak oleh Hafidz Roshdi. Dalam drama tu, anda akan nampak wajah Hanis Nabilah seperti 'seorang' anak patung bernyawa.

Samada wajah cantik umpama patung ini boleh berlakon atau tidak, maka kena tontonlah drama 'Papa Nak Menantu' tu ye ...

Hanis Nabilah sebelum ini pernah membintangi drama lain iaitu Jatuh Cinta Buta (Astro) ...err kalau tak silap sayalah. Saya ni bukan ada Astro kat rumah, dok pakai channel percuma lagi yang akan upgrade jadi MyTV .. in Sha Allah tak lama lagi.

Hanis Nabilah Founder KolaKopi

Hanis Nabilah Mustafa Bakri - Founder KolaKopi
Pasal KolaKopi, produk dari Hanis Nabilah ni baru je lagi kot dalam pasaran, dalam tahun 2017 baru diperkenalkan. Ia merupakan serbuk kopi yang boleh diminum dan boleh dibuat masker .. huhuhu .. nanti korang tengoklah kat video di bawah nanti ye ...

Adik-beradik Hanis Nabilah semua dok buat produk sendiri, berniaga sendiri. Dan mereka bertiga ... semuanya perempuan turut sama-sama menaikkan nama KolaKopi sebagai produk dua dalam satu - minuman dan masker daripada kopi.
[post_ads]
Bagus betul kan? Sekarang, mungkin dari income dan modal menjadi model sambilan, Hanis Nabilah dah buat syarikat sendiri untuk pasarkan KolaKopi. Laman web bisnes KolaKopi pun mantap, buat guna platform percuma je tu ... huhu hebat hebat.

Hanis Nabilah Belum Berpunya? Single Lagi?

Hanis Nabilah sebagai model
Hanis Nabilah masih single, masih muda ... korang agak berapa umurnya? Hehehe ... Uhh dah la cantik, berkelulusan tinggi, pastu ada bisnes produk jenama sendiri ... dan sekarang dah jadi pelakon pula. Nampaknya makin meletuplah lepas ni .... sama macam blogger cantik lain.

Gambar Hanis Nabilah - Blogger, Model dan Pelakon

Ok nak tahu cantik ke tak si Hanis Nabilah ni, boleh tengok beberapa gambar gadis ini yang ada di blog - Hanis Nabilah Library dan beberapa media sosial miliknya.
[post_ads_2]
Foto cun Hanis Nabilah
Blog Hanis Nabilah simple je, entri paling terbaru setakat post ini ditulis adalah pada sekitar November 2017 ... huhu .. kira terupdate jugalah. Nampak Hanis Nabilah walaupun sibuk dengan karier, ada masa juga nak update blognya tu.
Gambar Pelakon Papa Nak Menantu - Hanis Nabilah
Gambar Hanis Nabilah Mustafa Bakri - Blogger, Pelakon, Founder Produk
Cantik tak? Uhh mestilah cantik sebab pakai mekap ... huhu .. tapi kalau korang tengok kedua-dua adik beradik Hanis Nabilah yang lain, mereka pun berwajah cantik gitu ...

Lagi gambar-gambar cantik pelakon Hanis Nabilah Mustafa Bakri di bawah.
Hanis Nabilah Mustafa Bakri - Blogger, Pelakon, Founder Produk
Foto Hanis Nabilah Pelakon Papa Nak Menantu
Foto Hanis Nabilah Pelakon Papa Nak Menantu
Foto macam patung pelakon Hanis Nabilah
Foto hot Hanis Nabilah
Gambar Hanis Nabilah Mustafa Bakri - Blogger, Pelakon, Founder Produk
Gambar Hanis Nabilah Mustafa Bakri - Blogger, Pelakon, Founder Produk
Gambar Hanis Nabilah Mustafa Bakri - Blogger, Pelakon, Founder Produk
Kredit gambar: Instagram Hanis Nabilah , Facebook Hanis Nabilah

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement