Google Adsense Perkenal Auto Ads
Google Adsense telah perkenalkan satu lagi cara terbaik untuk bantu blogger menjana income USD semaksima mungkin. Apakah dia? Aha ... memperkenalkan satu lagi teknologi baru dalam Adsense untuk meningkatkan revenue atau income USD anda iaitu Auto Ads!Auto Ads diperkenalkan kepada pemilik-pemilik akaun Google Adsense untuk dua tujuan utama, iaitu meningkatkan pendapatan USD yang dijana menerusi iklan secara placement automatik dan juga keduanya untuk meningkatkan lagi kepuasaan untuk pembaca blog anda.
Saya dipelawa oleh Google Adsense untuk mencuba Auto Ads ini di blog-blog saya.
Saya dah mula (ketika post ini ditulis).
Jika anda sering menyemak koding dan akaun Google Adsense anda, anda tentu sedar mengenai Auto Ads ini.
Auto Ads oleh Google Adsense adalah terdiri daripada banyak format-format iklan yang tersedia dalam Adsense yang menawarkan cara termudah dan inovatif untuk anda menjana income menerusi konten di blog anda.
Setelah anda masukkan kod Auto Ads ini di dalam HTML blog anda, Google akan secara automatik menunjukkan iklan yang paling optima dalam mana-mana ruangan di dalam blog anda tanpa perlu anda buat tetapan baru untuk kedudukan iklan tersebut.
Hanya SATU KOD untuk semua jenis format iklan yang ada dalam Adsense!
Di bawah ini adalah contoh kod tersebut. Ia sama sahaja dengan kod Adsense untuk page-level. Jika dah masukkan kod adsense untuk iklan format page-level, tak perlu lagi masukkan kod ini - sebab ia sama.
Ia bukan sahaja akan mengoptimasi income USD Adsense anda, tetapi juga akan memberikan pengalaman menarik untuk pembaca dan pengunjung blog anda.
Kelebihan Guna Google Adsense Auto Ads
Berikut adalah kelebihan yang bakal anda dapat dengan menggunakan Google Adsense Auto Ads ini:- Google akan membolehkan anda untuk fokus kepada konten blog anda. Jadinya, anda tidak perlu risau kat mana nak letak iklan Adsense di dalam blog. Google sendiri akan lakukannya untuk anda secara automatik.
- Ia berpotensi untuk meningkatkan income USD Adsense anda. Auto Ads akan menganalisa blog anda, dan cari ruangan dan lokasi sesuai untuk memaparkan iklan. Auto Ads akan semak layout blog, kandungan blog anda serta kod iklan Adsense yang sedia ada.
- Ia sangat mudah. Anda hanya perlu masukan kod Adsense SEKALI sahaja dalam blog. Paling mudah, letakkan kod Adsense Auto Ads ini di bahagian head blog anda. Seterusnya biar Google Adsense yang melakukannya.
Auto Ads menggunakan teknologi terkini yang akan cuba memahami struktur blog atau laman web anda. Ia akan kesan kod Adsense sedia ada dan letakkan iklan yang sesuai di mana ianya tidak akan mengganggu pengunjung dan pembaca blog anda.
Dan paling best, anda tidak perlu susah payah lagi nak susun kod iklan Adsense dalam blog hatta jika anda bertukar layout dan design blog anda. Hanya satu kod Adsense .. ia akan buatkan untuk anda secara automatik.
Bagaimana Nak Mula Gunakan Auto Ads?
- Masuk atau login ke akaun Adsense anda.
- Pada bahagian kiri panel navigasi, klik 'My Ads' dan pilih 'Get Started'.
- Pada bahagian 'Choose your global settings', pilih format iklan yang anda mahu dipaparkan di dalam blog, kemudian klik 'Save'.
- Pada laman berikutnya, klik 'Copy code'.
- Letakkan kod iklan tersebut dalam bahagian < head > dan </ head > di dalam HTML blog anda.
- Auto Ads akan mula keluar di dalam blog selepas 10-20 minit.
Mudah je kan?
Buat mereka yang dah gunakan kod iklan jenis page-level sebelum ini, anda tidak perlu masukkan kod baru Auto Ads. Cukup dengan memilih jenis format iklan seperti dinyatakan dalam langkah (3) di atas.
Semoga berjaya dengan teknologi baru Google Adsense Auto Ads.Auto ads is ....
|
Buat rakan blogger yang masih lagi belum mempunyai akaun Google Adsense untuk jana income USD menerusi blog, boleh dapatkan Panduan Adsense Revive dengan harga diskaun di sini - Panduan Adsense Blogger.
Info berkaitan Auto Ads ini juga boleh anda baca di blog rasmi - https://adsense.googleblog.com/2018/02/introducing-adsense-auto-ads.html
That's easier for newbie like me, akak tak mohon lagi sebab takut tak paham bab2 koding ni nak boh kat mana, camni kan mudah.
BalasPadamAgak2 kalau akak mohon, lulus tak ya?
terima kasih tuan HH for sharing..
BalasPadamWahh, mudahnyaaa.
BalasPadamYa dah makin mudah sekrang. Bila semua dah auto ni, tak ada alasan lagi blogger untuk buat duit usd dengan blog.
Padamtq for the info abg hasrul. Dah tukar pada Auto Ads ikut step diatas :)
BalasPadamAlhamdulillah, semoga dapat earning lebih nanti
Padamsalam. TQ sharing. sy dpt juga notification utk Google auto Ads ni.. tp sy xdpt nak letak kat mana code tu.. < head > dan . xde dlm html blog sy.. Terima kasih.
BalasPadamIshh ... semua blog HTML mesti ada HEAD tu ...
PadamJika tak ada, letakkan sebelum tutup body
Saya pun tak jumpa juga...jumpa satu jer <head
Padamsemalam perasan jugak di dashboard adsense..tapi tak try lagi..
BalasPadamtrylah ... best.
PadamKalau kod kod yg letak kt blog sbelum ni mcm mne? Kena buang dlu ke?dan klau acc wordpress cmne nk buat? Mohon tunjuk ajar😊
BalasPadamBoleh buang, dan tak buang pun tak pe. Tak ada masalah sbb koding untuk ni sama je untuk page-level (jika dah letak) sebelum ni.
PadamOh utk wordpress, saya tak tahu. Kena tanya mereka yang tahu, tapi simple je kot cuma kena letak dalam bahagian head/header
LEPAS INI MAKIN MASYUK LA INCOME , DONE , TERIMA KASIH HH ...
BalasPadambaru je edit iklan ni, tq for sharing info, harap2 cepatla naik income adsense ni
BalasPadamDah nampak ada peningkatan sikit. Alhamdulillah.
PadamOk, dah cuba. Thanks for sharing info.
BalasPadamda cuba jugak..thanks Hh ya.
BalasPadamsalam tuan, maknanya kalau dah masukkan kod ni tak perlu lagi add kod lain kan? kod yang sedia ada kena padam ke?
BalasPadamJika menurut blog Adsense tu, tak perlu pun buang. Kalau buang pun tak apa.
PadamOo..maknanya kalau masuk dua-dua kod ni boleh la ye. Memang tak jejas apa-apa ye
PadamYa .. betul. Adsense ni bijak .. jangan risau, ia seboleh2nya nak bantu blog dapat income yang benar.
Padamterima kasih atas perkongsian. boleh la cuba auto ads ni. masih belajar lagi nak placement ads
BalasPadam| blog helloaiman |
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.