Dah Semak SSPN1M Geran RM500? Dapat Tak?

AI Trade
Alhamdulillah, dua orang anak saya dah terima geran sepadan RM500 yang dijanjikan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M). Saya dah buat semakan secara online untuk lihat samada geran sepadan RM500 yang dijanjikan menerusi Bajet 2018 dikreditkan ke dalam akaun SSPN1M anak-anak saya. Alhamdulillah, tak sampai 30 hari, geran bernilai RM500 telah berada dalam akaun SSPN1M anak-anak saya.

Jika anda ada membuat simpanan tambahan sebanyak RM500 ke dalam SSPN1M anak-anak, in Sha Allah .. anda boleh terus semak di hujung bulan tersebut untuk melihat samada geran RM500 ini dikreditkan ke dalam akaun.

Dah Semak SSPN1M Geran RM500? Dapat Tak?

Dah Semak SSPN1M Geran RM500
Anak-anak saya dah terima RM500 geran sepadan seperti dinyatakan dalam pembentangan Bajet 2018. Dua lagi anak saya tak dapat memandangkan mereka tidak menepati syarat yang dinyatakan.

Aha, bukan semua anak yang ada akaun SSPN1M boleh menerima geran sepadan RM500 ni ye. Hanya anak-anak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun sahaja boleh menerima geran ini, dan ianya pula terhad kepada 500,000 pemilik akaun SSPN1M.
[post_ads]

Info Berkaitan Geran Sepadan RM500 SSPN1M

Mungkin ada yang tak pasti tentang geran RM500 ini. Ok ... saya berikan sedikit nota ringkas mengenainya untuk panduan.
  • Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500 adalah insentif daripada Bajet 2018 yang diberikan secara percuma bernilai RM500.
  • Pelaksanaan insentif GS500 adalah mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).
  • Anda tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana insentif GS500 akan diberikan secara automatik.
  • Insentif GS500 ini akan diberikan pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).
  • Layak untuk terima skim takaful berkelompok apabila jumlah simpanan termasuk pemberian GS500 berjumlah RM1000.
  • Pendeposit boleh menyemak penyata simpanan mulai 10 haribulan berikutnya di Portal Rasmi PTPTN

Terima RM500 Dalam Akaun SSPN1M

Nah .. ni bukti yang geran sepadan RM500 seperti dijanjikan sudah masuk akaun anak-anak saya. Anda yang dah buat simpanan tambahan tu, dah semak ke? Dapat tak?
Dah dapat geran sepadan RM500 SSPN1M
Dah terima RM500 geran sepadan SSPN1M

Bagus membuka akaun SSPN1M ini untuk keperluan dan kemudahan anak-anak di masa akan datang. Lagipun ada pulangan keuntungan diberikan kepada mereka yang menyimpan, jadinya duit yang disimpan dalam SSPN1M ini akan menerima 'dividen'.

[Baca] Semakan Dividen dan Geran Sepadan RM500 Online SSPN1M

Bukan itu sahaja, ada perlindungan takaful atau insurans diberikan. Jadi, simpanan untuk anak-anak ini dalam SSPN1M akan jadi lebih berbaloi.
[post_ads_2]
Dan lebih berbaloi, kalau anda buka akaun dalam SSPN1M-i Plus yang ada lebih manfaat untuk anak anda. Tak percaya? Boleh lihat sendiri di sini - SSPN1M-i Plus

Bukan apa, saya beria-ia ni sebab menurut laporan akhbar pada 2017, untuk geran sepadan RM50 dalam Bajet 2017, tak ramai ibu bapa yang ambil kesempatan untuk menyimpan dalam SSPN-i dan SSPNi-Plus. Rugi betul sebab dah ada peruntukan yang besar, tetapi ibu bapa macam buat tak tahu je.

Jadi, kali ini, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tambahan percuma RM500 ke dalam akaun simpanan SSPN1M-i ini.


Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

1 Comments

  1. mama nak buka utk syafi tapi tak buka2 lagi akaun sspn dia sampai lah skrg

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.