Sebagai seorang penulis blog, anda perlu sentiasa berfikiran kreatif. Anda perlu kreatif jika mahu penulisan di blog anda mendapat bacaan tinggi, dan mudah diviralkan oleh sesiapa sahaja. Memang sukar sebenarnya untuk menjadi kreatif ni, apatah lagi dalam bentuk penulisan. Saya pun sentiasa ada masalah untuk menulis secara kreatif.

Menulis secara kreatif kena ada akal dan fikir kreatif. Masalahnya ialah, bagaimana nak menjadi kreatif atau berfikir dan menulis secara kreatif ni. Dalam sibuk-sibuk saya sedang mencari sesuap nasi dengan hasil income blog saya, saya terus terfikirkan cara untuk berfikiran secara kreatif ini.

Tips Untuk Menulis Kandungan Blog yang Kreatif

Cara menjadi seorang penulis blog yang kreatif
Kreatif bermaksud lain dari yang lain. Dalam hal sebagai seorang penulis blog, anda perlu tulis dan hasilkan kandungan blog anda yang lain daripada orang lain. Tulis kreatif, namun ia mesti ada tujuan, misi, matlamat yang jelas nak disampaikan. Selalunya kreatif ini mesti ada perkara-perkara ini.
Bagaimana nak menulis blog dengan kandungan kreatif dan unik
Makanya itu, untuk hasilkan isi kandungan blog yang terhasil dari pemikiran yang kreatif, perlu sentiasa berfikir dengan mendalam dan mencari lubuk sumber ilham. Untuk itu, kena meneroka, membuat kajian, membuat perbandingan, mencari jalan penyelesaian lalu menulisnya di dalam blog.

5 Tips Untuk Menjadi Seorang Berfikiran Kreatif

Mungkin tips di bawah ini dapat membantu saya dan anda agar sentiasa berfikiran kreatif untuk hasilkan kandungan blog yang kreatif dan mampu dikongsikan oleh orang lain kepada orang lain. Meh tengok satu persatu ...samada boleh diguna-pakai atau sebaliknya...

Sentiasa Punyai Soalan dan Sering Bertanya

Bila kita ada soalan dan mahu mencari jawapan, maka kita akan berfikir panjang dan mendalam unuk mendapatkan jawapan. Amalan sering bertanya ini akan membuahkan pelbagai idea untuk menulis sesuatu yang lain daripada yang lain.
Bertanya soalan dan mencari jawapan untuk menjadi kreatif
Soalan 'mengapa', 'kenapa', 'bagaimana' perlu sentiasa menjadi nadi dalam pemikiran dan penulisan kreatif. Maka dengan cara begini, kita akan cuba mencari jawapan dan membongkarkannya di dalam penulisan di blog. Hasilnya nanti, isi blog dengan entri sebegini akan jadi mantap, kuat, penuh isi, terjawap segala soalan, dan memenuhi segala kehendak pembaca blog akan tajuk ditulis.

Ia juga akan mampu mengembangkan blog kita untuk sering diisi dengan niche yang sama, di mana persekitaran, keadaan, sumber kepada jawapan soalan sentiasa berbeza.

Gunakan Teknik 'Zero-Based Thinking'

Apa kebendanya teknik 'zero-based thingking' ni? Ia adalah satu proses membuat keputusan berdasarkan kepada imaginasi pada ketika sesuatu keputusaan khusus dibuat, dan anda bebas untuk membuat keputusan baru dengan pengetahuan dan pengalaman sekarang mengenai hasilnya.

Katakan anda sedang menulis tentang pelaburan emas. Pada waktu anda tulis, mungkin harga emas itu rendah, dan anda andaikan bahawa harga emas akan naik ... namun sebaliknya berlaku, maka anda boleh tulis kembali mengenai pelaburan emas itu kembali berdasarkan situasi semasa dan pengalaman sebenar anda dalam pelaburan emas untuk masa sekarang.
[post_ads]
Inilah yang sering saya gunakan apabila saya republish balik beberapa entri lama saya, apabila saya dah tahu hasilnya bagaimana.

Faham tak ni? Anda dah tulis sesuatu kandungan dalam blog, tetapi tak ramai yang baca atau cuma dapat beberapa pageviews sahaja. Maka, anda kembali balik pada kandungan tersebut dan fikir kembali akan penulisan dan adaptasi (tambah, ubah, tulis semula) dengan situasi semasa dengan pengalaman anda yang terbaru.

[Dah Baca?] 6 Idea Sempoi Menulis Tajuk Entri

Praktis Menulis Entri Tanpa Tajuk 500 Patah Perkataan

Banyakkan menulis untuk biasakan berfikir kreatif
Anda akan kerahkan otak anda untuk berfikir tentang apa yang anda tulis. Ia mungkin bertujuan, mungkin secara santai tanpa motif. Praktis cara ini untuk anda latih diri anda untuk sentiasa berfikiran kreatif. Anda tentu mahu hasil dengan apa yang anda tulis, jadinya otak akan cuba selesaikan entri anda tanpa tajuk itu dengan sebaiknya.

Dan nanti, akhirnya juga akan terhasil satu tajuk yang lain daripada yang lain. Malah, ia mungkin akan kelihatan satu tajuk yang pelik, yang tidak pernah anda terfikirkan ia sebagai sebuah tajuk entri blog anda.

Dengan praktis ini nanti, anda akan membiasakan otak untuk sentiasa kreatif dalam menghasilkan isi kandungan yang jitu dan tidak ada pada penulisan blog lain.

Perbanyakkan Hobi

Antara sumber inspirasi saya untuk sentiasa menghasilkan kandungan blog saya ialah menerusi hobi. Saya ada banyak hobi, antaranya memancing, berkebun, memelihara ikan dalam akuarium, fotografi dan beberapa lagi.

Apabila kita banyak hobi, kita ada kreativiti yang berbeza bagi setiap hobi yang dijalankan itu. Ini akan membantu dalam berfikir secara kreatif. Contohnya hobi mengumpul setem, anda tentu mahu setem anda kelihatan tersusun cantik dan menarik, maka anda akan fikir bagaimana cara nak susun, ikut negara kah? ikut matawang kah? ikut warna kah? ikut event tertentu kah? ikut nilaian kah?

Sama juga dengan hobi mengambil gambar atau fotografi. Anda akan berfikir secara kreatif untuk hasilkan gambar yang cantik menarik. Lantas membolehkan akal dan minda anda berfikir ligat, mendalam dan sentiasa berterusan untuk tujuan tersebut.

Tahukah anda, hobi dengan bercakap dengan alam dan juga hobi sentiasa beristifar dan berzikir juga boleh membantu untuk diri anda sentiasa tenang dan berfikir kreatif?

Melakukan Senaman

Senaman untuk bantuk otak berfikir kreatif
Otak yang sering berfikir dengan kreatif perlukan oksigen. Makanan otak adalah oksigen yang cukup. Otak yang tak cukup oksigen akan layu dengan idea kreatif. Maka, untuk itu .. anda perlu melakukan senaman supaya jantung anda boleh mengepam darah beroksigen yang banyak ke otak anda.

[Dah Baca?] Rahsia Menulis Entri dan Kandungan Blog Berkualiti

Bila otak anda dapat bekalan oksigen yang baik, maka ia boleh berfungsi dengan maksima dan pastinya akan membantu untuk berfikiran kreatif sentiasa. Dengan melakukan senaman, kita akan membolehkan jantung dan peparu bekerja lebih supaya lebih banyak oksigen dipam ke dalam tubuh.
[post_ads_2]
Cubalah tips yang telah saya tuliskan ini. Aha .. jangan tak tahu, saya cuba fikir sekreatif yang mungkin untuk hasilkan entri ini bagi membantu anda menulis blog yang bagus. Bukan mudah, sama juga seperti saya .. banyak kali ketandusan idea, dan kantoi menghasilkan sebuah kandungan blog yang kurang kreatif.

Ada idea dan cadangan lain?

Sumber idea asal: Blog Maukerja

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih atas perkongsian tips HH ni, fikiran tengah celaru cari idea...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalaman sendiri boleh jadikan anda kreatif untuk menulis .. hehe

      Padam
  2. Bagus tips ni untuk diguna pakai. Terkadang blur juga bila nak tulis entri kat blog

    BalasPadam
  3. terima kasih untuk tips yang menarik!

    BalasPadam
  4. tq HH sharing..bagus ni. AR pun sokmo la blur. haha

    BalasPadam
  5. hah..elok sangat tips ni, tengah dok pulon cari idea nak taip entry.. Kalau boleh as blogger memang selalu nak menyampaikan maklumat kepada pembaca disamping diselang selikan dengan cerita2 selingan kehidupan blogger.. Macehh HH

    BalasPadam
  6. sampai sekarang pun saya masih memperbaiki penulisan..banyak gak baca idea² penulisan yang bagus ni...sebab kadang² penulisan saya ni macam sempoi sangat...tq sharing HH

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Teima kasih atas perkongsian ini. Saya pun kadang-kadang hilang arah.

    BalasPadam
  9. memang membantu untuk hasilkan entri post. ye lah, kita blogging bukannya bergosip. hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, mudah-mudahan tips blogging ni dapat membantu banyak.

      Padam
  10. wah...teknik menulis tanpa tajuk belum pernah saya buat.

    BalasPadam
  11. bagus tips nih... I like hehehhe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement