Widget blog untuk ketahui suhu dan keadaan cuaca terkini. Sekarang ni, ramai yang heboh memperkatakan mengenai cuaca sejuk di seluruh Malaysia. Macam-macam teori telah dibawakan. Pun begitu, ia bukanlah satu perkara yang mustahil untuk sebuah negara beriklim tropika ini menerima suhu sejuk. Bukan sekali dua telah berlaku, malah sudah beberapa kali berlaku keadaan cuaca suhu sejuk di Malaysia.

Untuk bantu pembaca blog anda ketahui keadaan cuaca dan suhu terkini, maka bolehlah gunakan widget khas menunjukkan keadaan cuaca dan suhu terkini tempat mereka berada. Ia juga untuk info dan panduan anda .. ye tak?

Widget Cuaca dan Suhu Terkini Untuk Blog

Widget Keadaan Cuaca Suhu Terkini
Widget ini adalah widget percuma daripada Accuweather. Anda boleh letakkan widget ini dengan senang dan mudah sekali ke dalam blog anda, terutama di bahagian sidebar blog.

Apa yang perlu anda lakukan, hanya salin dan tampal widget daripada Accuweather ini menerusi add HTML/Javascript di blog anda. Buat rakan blogger lama, tentu dah biasa dengan cara ini. Namun, untuk rakan blogger baru yang masih lagi belum biasa, anda boleh ikut panduan di bawah ini.

Cara Letak Widget Cuaca dan Suhu Terkini Dalam Blogspot

Klik layout dalam dashboard blogspot, kemudian 'add HTML/Javascript'. Salin kod HTML yang saya berikan di bawah post ini, dan tampal atau paste je. Save dan susun widget anda di tempat yang sesuai di bahagian sidebar blog.
Cara letak widget dalam blogspot
Cara letak widget dalam blogspot
Mudah je kan? Tak susah pun. Widget ini akan membolehkan anda untuk paparkan keadaan cuaca dan suhu terkini, selain mendapatkan butiran lebih lanjut keadaan cuaca dan suhu di tempat lain. Ia juga akan memudahkan sesiapa sahaja yang klik widget tersebut untuk lihat ramalan keadaan cuaca serta suhu di tempat lain, terutama di Malaysia.

Anda akan dapat lihat antaranya maklumat dan info terkini keadaan cuaca dan suhu seperti dipaparkan di bawah ini.
Keadaan cuaca suhu terkini

Orait? Ok .. berikut adalah kod widget yang perlu anda letak ikut langkah yang saya beritahu di awal tadi. Salin sahaja salah satu pilihan kod HTML widget ikut saiz tu.

Kod HTML untuk Letak Widget Cuaca/Suhu

Saiz kecil - 115px

Saiz medium - 216px

Saiz besar - 479px

Jangan risau, widget ini selamat untuk digunakan dalam blog, dan ia tidaklah memberatkan kadar loading blog anda. Malah, saya sendiri menggunakannya (ketika post ini ditulis) dan diletakkan di bahagian sidebar blog saya.

Paparan Widget Cuaca dan Suhu Terkini di Blog

Widget Keadaan Cuaca dan Suhu Terkini Untuk Blog
Widget keadaan cuaca dan suhu daripada Accuweather ini juga membolehkan anda ketahui keadaan cuaca dan suhu untuk kawasan-kawasan berdekatan, dan meramalkannya untuk tempoh seminggu. Jadinya, ia satu widget yang sangat baik terutama untuk blog-blog yang berkisar mengenai percutian, travel, penginapan hotel dan homestay serta tempat menarik. Ia akan dimanfaatkan oleh pembaca blog yang mahu tahu keadaan cuaca dan suhu di tempat tersebut dengan lebih mudah.

Widget ini akan memberitahu anda tentang keadaan cuaca di sesuatu tempat samada cerah, mendung, hujan atau ribut, berdasarkan origin akses ke blog anda.

Katakan anda baca blog ini dari tempat anda di Johor, atau lebih tepat lagi di Johor Bahru, maka widget Accuweather ini akan paparkan keadaan semasa cuaca serta suhu di Johor Bahru. Pembaca lain yang akses blog saya dari Kota Bharu, Kelantan pula akan dapat lihat keadaan semasa cuaca dan suhu di Kota Bharu.

Widget yang menarik bukan?

Cuma satu sahaja kelemahannya, iaitu ia tidak begitu tepat dari segi lokasi. Ini adalah kerana akses internet itu bukan bergantung kepada GPS kedudukan anda, melainkan anda membenarkan kedudukan GPS anda disesuaikan dengan pelayar internet.

Namun, ia masih lagi satu widget yang menarik dan memberikan manfaat untuk pembaca blog anda.

Cubalah.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai widget ini, boleh terus ke laman berikut - https://www.accuweather.com

Nak tahu keadaan cuaca dan suhu terkini di tempat anda? Lihat paparan di bawah ini.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!

Advertisement