Wander With Wonder - Traveloka Chinese New Year Film 2018

AI Trade
Wander with Wonder - tajuk filem pendek daripada Traveloka sempena kehadiran Tahun Baru Cina 2018. Ia sebuah filem pendek (TVC) yang menyentuh rasa. Inilah sebabnya saya mahu berkongsi video filem pendek ini. Mesej yang ingin disampaikan cukup mudah - Bukan semua orang mampu untuk melancong dan mengembara ke negara orang.

Namun, menerusi Traveloka .. anda mungkin berpeluang untuk melancong ke negara orang dengan bajet sesuai kemampuan anda. Saya dan keluarga, walaupun belum pernah melancong dan bercuti ke luar negara menggunakan Traveloka, tetapi menerusi aplikasi Traveloka, saya dan keluarga dah banyak kali dapat bercuti ke hotel-hotel bertaraf bintang di dalam Malaysia.

Wander With Wonder - Traveloka Chinese New Year Film 2018

Wander With Wonder - Traveloka Chinese New Year Film 2018
Wander With Wonder - Traveloka Chinese New Year Film 2018
Jika anda follow blog saya, tentu perasan yang saya dan keluarga sering bercuti ke Hotel Lexis Suites Penang, dan saya pula sering pergi memancing di Rockbund Fishing Chalet, Marina Island. Jika anda tengok rate penginapan di kedua-dua tempat ini, memang anda akan kata .. saya ni barangkali orang yang berduit banyak.
[post_ads]
Aha, tapi sebenarnya saya ni jenis nak berjimat dan kalau boleh mahu dapat harga penginapan yang murah, yang tidak mengganggu bajet bulanan. Siapa tak mahu benda murah kan? Come on .. blogger sepenuh masa seperti saya ni income bukan tetap bro .. kejap ada, kejap tak ada. Jadi, keperluan untuk berjimat tu memang menjadi keutamaanlah.

[Dah Baca?] Kenapa Pilih Menjadi House Husband dan Blogger Sepenuh Masa?

Jadinya, setiap kali mahu bercuti, kami akan lihat apa yang ditawarkan oleh Traveloka.

Menerusi filem pendek Traveloka Chinese New Year Film 2018 ini, apa yang ingin dibawakan ialah bagaimana menerusi Traveloka, anda mampu untuk bercuti ke tempat-tempat dan lokasi percutian impian anda.

Sedikit sinopsis sebelum anda tonton video filem pendek Wander With Wonder ni ye ...

Sinopsis Wander With Wonder

Filem pendek Chinese New Year 2018 daripada Traveloka ini mengisahkan mengenai kehidupan seorang ibu tunggal dengan anak lelaki tunggalnya. Beliau adalah seorang pemandu teksi wanita yang gigih dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk setiap penumpangnya.

Dan pada masa yang sama, beliau juga mahu memberikan yang terbaik kepada anak lelakinya yang masih kecil. Disebabkan kesibukan kerja, dan juga kemampuannya yang terhad untuk bawa anak lelakinya bercuti, maka setiap kali dia mengambil anaknya dari sekolah dengan teksinya, ibu tunggal ini akan cuba menghias ruang dalaman teksi berdasarkan tempat-tempat pelancongan menarik seluruh dunia.

[Dah Baca?] Dunia Seni Seminyak Bali, Indonesia

Dia tahu dia tidak mampu untuk membawa anaknya bercuti ke tempat-tempat tersebut, maka diusahakan dengan penuh kreatif supaya anaknya merasa seolah-olah sedang bercuti di luar negara.

Namun, sehingga anak lelaki tunggalnya dewasa, dia masih lagi belum mampu untuk membawa anaknya pergi bercuti. Apakah kesudahan filem pendek Wander With Wonder dari Traveloka ini?

Tonton Wander With Wonder - Filem Pendek Chinese New Year 2018 Traveloka

Saksikan video penuh filem pendek Wander With Wonder dari Traveloka di bawah sempena Chinese New Year 2018.


[post_ads_2]

Selepas Anda Tonton ....

Dalam filem pendek Wander With Wonder ini, anda akan dapat lihat betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya, demi memastikan anaknya terasa bahagia dan gembira.

Dalam filem pendek ini juga, anda akan lihat bagaimana seorang anak merealisasikan impian ibunya selepas 18 tahun!

Dalam filem pendek ini juga memberitahu .. seandainya anda mahu travel dan melancong ke mana-mana tempat menarik di dunia, pastikan anda bersama dengan yang tersayang, kerana satu percutian itu akan menjadi lebih bermakna dengan kehadiran keluarga bersama.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

5 Comments

  1. Terusik jiwa ni tengok video tu,sampai macam tu sayangnya mak pada anak. Nasib ada traveloka yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. nasib baik ada traveloka, dan nasib baik ada internet. Kalau takde internet, tak leh la nak tempah online ni.

      Delete
  2. good video to watch ... everone have to watch it ! btw visit our blog @ https://www.ketamkecil.com/perlukah-vitamin-atau-suplemen-setiap-hari-untuk-orang-yang-sihat/

    ReplyDelete
  3. rasa terharu pula bila baca sinopsis dia sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa tengok video dia... baru rasa bebetul.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.